CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azira Shafinaz Mengalami Keretakan Pergelangan Tangan

24-2-2024 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10710| Komen: 5

Description: Penyanyi dan pelakon jelita, Azira Shafinaz mengalami keretakan pada bahagian pergelangan tangannya dipercayai selepas terjatuh sewaktu menjalani sesi penggambaran drama yang bertajuk ‘Nafsu’ pada m ...


Penyanyi dan pelakon jelita, Azira Shafinaz mengalami keretakan pada bahagian pergelangan tangannya dipercayai selepas terjatuh sewaktu menjalani sesi penggambaran drama yang bertajuk ‘Nafsu’ pada malam Khamis.

Menerusi Instagram (IG), Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan memuat naik gambar tangannya dalam keadaan berbalut selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta.


Azira yang juga merupakan ahli kumpulan De Fam bagaimanapun meluahkan rasa syukur selepas tidak mengalami kecederaan yang serius meskipun kejadian tersebut menakutkan dirinya.

"Saya terjatuh secara tidak sengaja sewaktu menjalani sesi penggambaran drama".

Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan serius cuma saya mengalami keretakkan kecil (hairline fracture) pada bahagian tulang pergelangan tangan.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon berusia 33 tahun itu turut berkongsi gambar paparan sinar x-ray yang menunjukkan keadaan terkini pergelangan tangannya.

Di akhir hantarannya itu, Azira meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhannya agar dapat bekerja semula seperti biasa.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa kesian terhadap Azira dan menitipkan doa agar pelakon drama ‘Pia’ itu cepat sembuh.

Sumber: Instagram Azira Shafinaz/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 24-2-2024 11:20 AM
Harap cepatlah sembuh tangan tu, dah nak kawin pun. Muka dia pun manis.
Quote rainbowrainz 24-2-2024 05:06 PM
Gws ye.. InsyaAllah
Quote lightheaded67 24-2-2024 06:52 PM
si azira ni ek, first aku tgk dia, time deme buat bidio takde hal bro tu, lawa nya time tu kata aku, rupanya tak lama pastu mmg jd retis
Quote asfaz 25-2-2024 12:32 AM
ReginaGeorge replied at 24-2-2024 11:20 AM
Harap cepatlah sembuh tangan tu, dah nak kawin pun. Muka dia pun manis.

Anak ai dlm 2minggu lebih baru elok tpi doktor tak kasi angkat berat/aktviti berat sebulan
Bersimen la jugak.
Quote bedahmenjuyah 25-2-2024 06:43 PM
Teruk ke jatuh sampai retak gitu. Uishh terasa2 sakitnya. Gws azira.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048079 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top