CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Awak Patutnya Bukan Hubungi Ejen” – Isa Isarb Akhirnya Perjelas Difitnah Isu Tipu Beli Rumah RM9.7 Juta

23-2-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11628| Komen: 66

Description: Sebelum ini ada seorang individu mendedahkan YouTuber, Isa Isarb sebenarnya tidak beli pun rumah RM9.7 juta seperti yang diwar-warkannya tapi sebaliknya hanya sewa sahaja.


Sebelum ini ada seorang individu mendedahkan YouTuber, Isa Isarb sebenarnya tidak beli pun rumah RM9.7 juta seperti yang diwar-warkannya tapi sebaliknya hanya sewa sahaja.

Walau bagaimanapun, Isa tampil mempertahankan diri dan menegaskan yang dakwaan itu adalah fitnah menerusi satu video yang dimuat naiknya di Instagram.

"Kalau kita beli satu rumah, lepas itu kita nak masuk awal. Proses banking belum selesai lagi tapi kita nak masuk awal. Jadi, apa yang kita buat adalah kita minta dekat owner lama. Cakap ‘saya nak masuk dulu dan saya bayar sewa dekat awak’."

"Awak (Ishaq) patutnya bukan hubungi ejen (hartanah) yang tengah cuba menjual rumah ini. Sekarang cuba awak pergi semak iklan di satu Malaysia. Mesti dah tak ada iklan untuk rumah ini dijual."

"Awak sebenarnya dah memfitnah, you’re very wrong and you’re bad person now. Jadi sekarang ini kesannya awak dah bagi saya nampak jahat. Macam mana awak nak bayar hutang saya?"



Isa juga hairan kenapa lelaki yang dipercayai seorang ejen hartanah itu mempertikai dia sewa rumah itu yang memperuntukkan sudah mencecah RM45,000.

"Saya pelik sebenarnya.. kalau sewa pun apa masalah dengan awak? Untuk maklumat awak, saya sewa pun RM20,000, maintenance RM10,000 termasuk aircond 40 HP, landskap, kolam renang, kolam ikan dan segalanya. Bil elektrik nak dekat RM15,000. Jadi, di situ saja dah dekat RM45,000."

"Apa point awak viralkan saya? Untuk apa sebenarnya? Ini rumah subsale, proses jual beli tengah berjalan. Saya boleh masuk awal tapi kena bayar sewa dekat pemilik lama.

"Sekarang in awak dah viralkan saya. Macam mana? Jadi awak dah kacau proses saya (beli rumah). You very disturbing, I hate you."

Apa pandangan korang? Apapun, kita tunggu pula penjelasan dari individu berkenaan mengenai hal ini. 

Kredit: Instagram Isa Isarb/OhMedia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gerbera.memopad 23-2-2024 10:57 PM
Okay, aku tanya dulu. Who are you?
Quote LadyCarefree 23-2-2024 11:19 PM
Dia ni mana dapat duit?
Quote orkid_amani 24-2-2024 12:02 AM
Aiiikkk yg dulu kaantoooiii bawak duit cash ( taksure duit ori @ photostat) masa beli rumah tuu bukan dia ni jugak ka? Dah la bawak duit rm50 berkepuk2..letak ats island table gitu jaa,.
Quote ReginaGeorge 24-2-2024 12:14 AM
Content bodoh2 utk remaja yg bodoh.
Quote sleepandream 24-2-2024 12:22 AM
so betulla heols belum beli lagi rumah tu... status masih menyewa...
gebang macam dah tukar nama pulek...
Quote mamarilia 24-2-2024 12:36 AM
7 bulan lepas kalau tak silap, mamat ni ckp beli rumah 9.7juta ... betul la ada yg komen.. content creator ni kalau betull beli, mesti mcm2 dia share utk dijadikan content.. tapi tak de pun.. at least tunjuk la bukti bayar booking fee ke.. yg pecahkan tembelang tu pun bukan sbrg orang...  dah masak proses jual beli hartanah.... orang yg sama share rumah Datin teletubbies kena lelong...
Quote imransulaiman 24-2-2024 12:58 AM
Dia kawtim dengan tuan punya rumah kot. Memang sewa...tapi bila kantoi dia belum beli, terus cakap nak beli. Nanti pandai lah dia cakap proses dah kacau.. Padahal loan bank tak lulus.

Hmmmmmmmmm
Quote TerataiMelur02 24-2-2024 01:02 AM
mamarilia replied at 24-2-2024 12:36 AM
7 bulan lepas kalau tak silap, mamat ni ckp beli rumah 9.7juta ... betul la ada yg komen.. content c ...

Dah terjual kah rumah datin teletubbis?
Quote habisnamadahni 24-2-2024 01:15 AM
ReginaGeorge: Content bodoh2 utk remaja yg b ...
remaja jaman now what do you aspect hahaha
Quote mamarilia 24-2-2024 01:55 AM
TerataiMelur02 replied at 24-2-2024 01:02 AM
Dah terjual kah rumah datin teletubbis?

tak sure, tapi ada la diceritakan macamana orang kaya2 ni bila rumah kena lelong harga rendah nanti suruh la kawan2 kaya beli...
Quote nuryakmal 24-2-2024 07:46 AM
Apa yg kacau nya. Just pay the deposit, tunggu loan approve, if approved (kalau amik loan) kalau cash lagi senang, sign agreement, sign mot, pay the balance money due the house is yours. So celah mana gosip ganggu process beli rumah?

Bank takde masa nak tgk gosip each and every buyers lah.
Quote nordin84 24-2-2024 08:31 AM
nampak sgt bodohnye..proses beli rumah dgn bank sekejap je..sap2 soi rekod cantik seminggu da blh..membongak..
Quote blue_blur 24-2-2024 08:38 AM
rumah jenis 10M ke atas, tak ada masa lah kami nak melayan, tak ada orang sewa pun kami tak kisah.. sila berurusan dengan agen/konsultan kami sahaja..
Quote Rogue98 24-2-2024 08:44 AM
So tak beli lah kan....membongak jer lebih...
Even si Ammar pun sewa jer padahal highest paid youtuber msia.
Quote honeybee1802 24-2-2024 08:51 AM
nuryakmal replied at 24-2-2024 07:46 AM
Apa yg kacau nya. Just pay the deposit, tunggu loan approve, if approved (kalau amik loan) kalau cas ...

Ntahnya...tjk la evidence dah bayar deposit...ni ckp pusing2 mcm kalo jumpa ulau dgn dia...dia yg kena katoq dulu...tp geng dia bukan main back up...
Geng dia ada beb kes dah kan?kes gaduh main futsal tu...harap mamat yg tulis pasal rumah tu listkan jg kronologi kes2 dia utk igtan bbnu...
Quote Binodino 24-2-2024 08:54 AM
Influenza2 yang suka flex kekayaan T20 ni under radar LHDN ke tak sebenarnya? Under radar pusat zakat ke tak sebenarnya? Under radar scammer ke tak sebenarnya?

Balik2 yang kena audit cukai, marhaen. Balik2 yang tak berkat hidup & harta kena rompak, marhaen. Balik2 yang kena scam, marhaen. Yang kaki flex T20, travel back to back macam ngai aman2 je hidup.
Quote shida81 24-2-2024 08:54 AM
Jd youtuber mmg loaded sampai mampu beli umah 10m ke apa?....
Quote slyfynx 24-2-2024 09:26 AM
orkid_amani replied at 24-2-2024 12:02 AM
Aiiikkk yg dulu kaantoooiii bawak duit cash ( taksure duit ori @ photostat) masa beli rumah tuu buka ...

Yg tu bukan Aisar ke?
Aku sumpah benci gile "influencer" yang sampah mcm ni.
Ye la, kalau buat mende bermanfaat, x de yang nk tgk kan.
So semua buat konten bodoh.
Baik aku tgk Mek Yun je.
Quote akido_kido 24-2-2024 10:37 AM
so far aku tengok youtuber paling berjaya aliff irfan je..beli rumah berjuta tak ada pun nak menunjuk yg sibuk cover pasal dia beli tu pun orang lain. kereta dekat berbelas2..tapi talent2 dia semua behave...dia ambil pun yang bertudung je. content dia pun ok sesuai la dengan anak remaja dan tak merepek2  

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.063044 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top