Kata orang, sebelum melakukan sesuatu melibatkan anak-anak, ibu bapa perlulah berfikir dengan teliti tentang kesan kepada mereka terutamanya jika masih kecil. Baru-baru ini, sepasang suami isteri teruk dikecam warganet selepas tular video dimuat naik di media sosial mempamerkan anak-anak mereka dalam ketakutan. Menerusi video itu, mereka dilihat membawa anak-anak menjamu selera di sebuah kedai makan yang berkonsepkan hantu dan elemen seram. Berdasarkan rakaman tersebut, dua anak kecilnya dilihat menangis ketakutan sehingga mereka menutup muka dengan memeluk si ibu. Ketika itu, meja mereka dihampiri dua pekerja yang berpakaian seperti hantu dan si ibu kemudian dilihat meminta ‘entiti’ yang mengusik anak-anaknya untuk beredar. Rata-rata warganet mengkritik tindakan ibu dan bapa dua kanak-kanak tersebut kerana memilih makan di restoran bertemakan hantu mungkin boleh membuatkan mereka trauma. Malah, mereka juga tidak menyalahkan pekerja-pekerja yang berpenampilan seperti hantu itu berbuat sebegitu kerana ia adalah kerja mereka, mengikut tema restoran tersebut. Ada yang turut persoal suami isteri terbabit kerana mahu menjamu selera dengan anak-anak di kedai tersebut dan sesetengah individu turut mempertikaikan konsep restoran sebegitu. "Kau mesti tahu anak kau punya penakut tahap mana tapi tetap nak pergi. Nak makan, pergi kedai makan. Nak hantu, pergi rumah hantu. Jangan campur." SUMBER : Twitter/Beautifulnara |
Menerusi video itu, mereka dilihat membawa anak-anak menjamu selera di sebuah kedai makan yang berkonsepkan hantu dan elemen seram.
ADVERTISEMENT