Konsert Ada Apa Dengan Melly Live In Kuala Lumpur kali ini benar-benar meriah apabila ramai selebriti terkenal hadir ke konsert tersebut dengan memakai baju seragam sekolah. Selain tetamu VIP seperti Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin yang sporting menggayakan baju sekolah, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza juga turut tampil memakai seragam sekolah. Melalui beberapa perkongsian video di Tiktok, Tokti kelihatan memakai baju seragam ala-ala sekolah Hogwarts dalam lakonan filem Harry Potter.
Ramai yang memuji kecomelan Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti apabila menggayakan pakai sekolah itu dan masing-masing menggamit kembali kisah silam di zaman persekolahan terutamanya geng kain singkat. Selain Tokti, selebriti tanah air yang lain seperti Fazura, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Izara Aishah dan Puteri Aishah yang turut sama mengikuti "dresscode" ketika konsert berkenaan.
|
ReginaGeorge replied at 5-2-2023 06:50 AM
Nampak sendat baju tok ti. Mcm biasa, iols menyampah tgk tya
jejarihalus replied at 5-2-2023 07:27 AM
Kawan Aku pun pun Gigih Beli baju uniform sek nak gi konsert melly goeslow .....
krustykrab replied at 5-2-2023 09:21 AM
Apa lla punya tema..dh tua² nkampos pun nk bergaya uniform budak²
ADVERTISEMENT