CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Jadikan Hayati Watak Alasan Terbawa Perasaan - Zed Zaidi Tegur Pelakon Main Cinta Lokasi

4-2-2023 08:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1275| Komen: 8

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menegur golongan pelakon supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan cinta lokasi yang boleh menimbulkan masalah kepada seluruh tenaga produksi.


Zed, 43, berkata, perbuatan tidak profesional itu bukan sahaja boleh mencalarkan imej pekerja filem atau drama, malah mendatangkan kecaman andai membabitkan hubungan terlarang antara suami atau isteri orang.


IG

Tambah Zed, dia memohon supaya selebriti tidak terbabit dengan cinta lokasi kerana ia hanya menyusahkan diri dan orang lain.

"Jangan jadikan method atau menghayati watak sebagai alasan kerana perkara yang tak diingini itu boleh berlaku andai pelakon sendiri terbawa-bawa perasaan.

"Set penggambaran bukan tempat untuk seseorang pelakon bermain cinta sebaliknya tumpukan kepada niat untuk mencari rezeki," katanya kepada mStar.

Zed berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran menandatangani hubungan kerjasama diantara Kamisempoi International Agensi (TikTok) dan kelab wanita ikon Malaysia kempen CSR ‘Are you ok?’ yang diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam pada itu, Seniman tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terutama untuk mengambil tindakan seperti digam stesen televisyen.

Jika memang mereka didapati bersalah, membawa kepada kes mahkamah barulah persatuan boleh ambil tindakan mengikut garis panduan yang sepatutnya.

"Tindakan hanya boleh diambil selepas mahkamah tentukan seseorang itu bersalah," ujarnya.

Zed berkata demikian ketika diminta mengulas isu pelakon Sophia AlBarakbah yang didakwa cubaan mengganggu rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Sementara itu, Zed turut menasihatkan kepada rakan artis apabila timbul isu membabitkan mana-mana rumah tangga, mereka wajar berkomunikasi dengan baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

"Apabila isu babitkan sesebuah keluarga, selebriti yang terbabit kena tahu cara untuk memberi reaksi.

"Biasanya apabila seseorang artis itu kurang arif soal ini, mereka cenderung memberi reaksi menggunakan emosi," katanya.

Bagaimanapun, Zed merancang untuk mengadakan program mengasah kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelakon melalui kerjasama dengan Kementerian Kemahiran Komunikasi dan Digital.

"Seniman akan memohon kementerian untuk bersama-sama menggariskan panduan berhubung apa boleh dan tak supaya dijadikan rujukan semua artis tempatan.

"Ia supaya dapat melahirkan lebih ramai bakat baru yang bijak berkomunikasi dan berkebolehan berdepan sesuatu isu dengan bijak," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 4-2-2023 08:41 PM
Apakah fungsi anda dalam industri seni sebenarnyaaaaa
Quote pocongkiutss 4-2-2023 08:56 PM
Walaupun iols menyampah ngan dia ni..betul kan apa yg dia cakap tu? Motip x professional skit2 nak jatuh chenta? Takde koje lain?
Quote ReginaGeorge 4-2-2023 09:06 PM
Kata2 ni ditujukan bukan dekat peah je ye.. alipnajis sila terasa.
Quote dudaberhias 4-2-2023 09:43 PM
biasa la tu jatuh cinta... manusia memang bernafsu gittuhhh lagi2 kalau di gandingkan dengan hero heroin yang herlok... tapi bukan lebih kepada cinta cintun pun sebab semuanya di set... more to nafsu jah ada rasa ingin melambung sampai ke syiling...

elok di gandingkan dengan hero ponen... yang tu takyah risau... ala2 adik dan kakak gitu jah... lagi takut dekat director atau kru2 jejan kat belakang tu... silap2 habis lubsjubs di kerjakan dek hero ponen...
Quote kaedahnya 5-2-2023 12:13 PM
menghiris bagaikann sembiluu
awak pun cinlok ngan hetty khenn dulu
Quote kaedahnya 5-2-2023 12:17 PM
tapi betulla apa dia cakap tu. ko nak kerja ke ko nak berskandal. dah asyik ko je buat hal silap haribulan kena gam, comeback kemana apa kemana
Quote gideoncross 5-2-2023 02:55 PM
Alah, cinlok, biasalh. Irl pun bnyk yg trjatuh cinta tpi xkn lh nak bgithu org, senyap2 dh lh.
Quote gideoncross 5-2-2023 02:56 PM
dudaberhias replied at 4-2-2023 09:43 PM
biasa la tu jatuh cinta... manusia memang bernafsu gittuhhh lagi2 kalau di gandingkan dengan hero he ...

Aiol stuju je dgn uol, biasalh jtuh cinta, dlm khidupan sharian ni pun sma x kiralh ummah LGHDTV ke apa, cuma pilih nak gebang or not je.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036731 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top