Oleh Izzah Abbasy
'Obstetrik' adalah cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn pengendalian ibu semasa hamil, sewaktu bersalin dan selepas bersalin. Sumber Foto : www.siakapkeli.my Pakar perunding kanan obstetrik dalam sektor swasta di negara ini memilih untuk tidak menyambut kelahiran bayi akibat daripada perubahan dalam perlindungan indemniti profesional mereka. Kekurangan pakar dalam bidang tersebut akan menyebabkan bebanan di hospital kerajaan sekali gus meningkatkan kemungkinan sub-standard atau kelewatan dalam pengurusan materniti. Sumber Foto : www.wanista.com Persatuan Pelindungan Perubatan (MPS) mengubah dasar terhadap obstetrik dan ginekologi pada tahun ini, daripada perlindungan berdasarkan kejadian kepada tuntutan berdasarkan perlindungan, di mana doktor-doktor ini perlu membayar premium tahunan selama 25 tahun. Ini bermakna sekiranya seorang doktor bersara pada usia 60 tahun selepas menyambut kelahiran bayi, beliau perlu terus membayar perlindungan sehingga berusia 85 tahun. Lebih 500 pakar obstetrik dan ginekologi dilindungi dibawah MPS yang mempunyai seramai 4,000 ahli di Malaysia. MPS mempunyai lebih daripada 300,000 doktor, doktor gigi dan pelajar perubatan sebagai ahli di seluruh dunia. Dr Tan Boon Nee dari Pusat Perubatan Subang Jaya berkata kebanyakan rakan-rakannya memutuskan untuk berhenti menyambut kelahiran bayi kerana perubahan dasar itu. "Memandangkan kita bertanggungjawab sehingga 25 tahun selepas menyambut kelahiran bayi, ramai di antara kami yang terdiri daripada pakar obstetrik yang berusia perlu membayar perlindungan selepas persaraan," katanya. Dalam satu kenyataan kepada The Star, MPS mempertahankan perubahan dasar tersebut dengan menegaskan tuntutan berasaskan perlindungan adalah bentuk perlindungan biasa untuk pakar obstetrik di kebanyakan negara. - CARI Infonet Sumber asal : http://www.mstar.com.my/berita
|
29
Bagus |
15
Marah |
18
Terkejut |
25
Sedih |
23
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dodolgemok replied at 27-7-2015 11:49 AM
Berita sedih buat ummi abi yg mahukan delivery yg lebih isele. Selayaknyalah dibayar cash terus ummi ...
lurve82 replied at 27-7-2015 12:31 PM
xmo preggy lg la camni...
qronaldo7 replied at 27-7-2015 12:53 PM
xyah dah. kilang stop
dino replied at 27-7-2015 12:39 PM
kat trg hospital bersalin baru... not bad.... cuma takleh la nak privacy.... nak senang melawat mc ...
ADVERTISEMENT