CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tersalah Bas, Nenek Belasah Pemandu Hingga Menangis!

7-7-2015 10:04 AM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 8370| Komen: 39

Oleh Adib Za

Siapa sangka, seorang nenek yang bertongkat boleh membelasah seorang pemandu bas sehingga dia (pemandu) itu menangis teresak-esak.


Kejadian yang berlaku di Fuzhou, China ini terjadi apabila seorang wanita warga emas tersalah menaiki salah sebuah bas.

Selepas menyedari bas yang dinaikinya menuju ke arah lain, dia meminta pemandu bas untuk berhenti.

Namun, atas faktor keselamatan, bas tidak boleh diberhentikan. Akibatnya, wanita ini berang lalu membuat bising dan mengetuk-ngetuk pintu bas menggunakan tongkatnya.

(Sumber foto: Shanghaiist)


Tidak cukup dengan itu, dia mula memukul pemandu bas dengan tongkatnya sehinggalah pemandu tersebut memberhentikan bas di tepi jalan. 

Kejadian ini mendapat perhatian berita di China dan video lelaki tersebut menangis teresak-esak selepas dipukul menjadi viral di kalangan netizen. 

Malah, perlakuan seorang nenek yang ganas turut menjadi perbualan hangat di kalangan netizen. Berikut merupakan video yang dirakam melalui CCTV dalam bas tersebut:


- CARI Infonet



4

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 6-7-2015 08:56 AM
"Najib" sungguh pemandu bas itu...
Quote delsmomm 6-7-2015 09:04 AM
kakakaka.....

maklong kawasan..

only in china...
Quote imransulaiman 6-7-2015 09:07 AM
Kenapa dia tak mempertahankan dirinya?
Quote Modngengade 6-7-2015 09:09 AM
Nenek ni mesti ada menuntut kung fu shaolin
Quote mdhelmi 6-7-2015 09:26 AM
pemandu 1 - 0 nenek
Quote mattzzx 6-7-2015 09:26 AM
malunya pemandu bas tersebut......
Quote idadzira 6-7-2015 09:28 AM
kesiannya pemandu tu. nenek tu mesti takut sbb naik salah bas tu yang garang semacam je
Quote zameyla 6-7-2015 09:30 AM
hahaha........nyanyok kot........
Quote Mary_jane 6-7-2015 10:02 AM
imransulaiman replied at 6-7-2015 09:07 AM
Kenapa dia tak mempertahankan dirinya?

Redha jela kena ketuk ngan tongkat. Maybe if dia bertindak boleh-boleh patah riuk ahso dikerjakan.
Quote Mary_jane 6-7-2015 10:02 AM
zameyla replied at 6-7-2015 09:30 AM
hahaha........nyanyok kot........

Tak lagi kot, sebab dia sedar bila tersilap naik bas.
Quote CrowneGlory 6-7-2015 10:05 AM
Kesian drebar bas berjiwa sensitif... Nak pukul balik nenek dh taraf2 nk masuk kubur..hanya airmata yg mampu mengiringi
Quote aTiKah_aYuNi 6-7-2015 10:36 AM
alahai....sian nyer driver...
Quote Santeira 6-7-2015 10:48 AM
[youtube]3g5Fsj4rByE[/youtube]
Quote WawaRaRa 6-7-2015 11:04 AM
sakit kot kena tongkat tu... siap kena baling ngan tong sampah lagi... lelaki ni bukan nyer penakut ke apa... dia hormat org tua... tu pasal dia biar jer nenek tu pukul dia.....

samseng betul nenek tu...

respek aku kat mamat driver tu... klu kena kat driver kat sini abeh ler nenek tu.... dpn mata aku pemandu bas nak langgar org buta... sib baik aku smpt tarik....
Quote fcl29 6-7-2015 11:08 AM
sian driver bas tu... aku gi jepun, naik bas local.. aku syak driver dia lembut2 gitu... emmm
Quote sukacactus 6-7-2015 11:16 AM
WawaRaRa replied at 6-7-2015 11:04 AM
sakit kot kena tongkat tu... siap kena baling ngan tong sampah lagi... lelaki ni bukan nyer penakut  ...

Itu la...aku pun pikir yg sama
Masih ada lg org budiman di bumi tanah besar ni
Driver ni patut diberi pujian pasal masih cuba ikut peraturan demi keselamatan penumpang

Pasal ah so garang tu, sesetengah org tua mmg xnak ngaku kalah...degil yg amat
Quote rayonronie 6-7-2015 11:18 AM
ada tak mcm scene ala2 whiplash?



?sha=2d1444d2de91c808
Quote WawaRaRa 6-7-2015 11:37 AM
sukacactus posted on 6-7-2015 11:16 AM
Itu la...aku pun pikir yg sama
Masih ada lg org budiman di bumi tanah besar ni
Driver ni patut d ...

aku tgk igt la ada satu kes ini... ada benda melayang kena cermin bas pas tu tersusuk kena kat pemandu... pemandu smpt berhentikan bas kat tmpt yg selamat dan dia mati.... kat cina jugak rasanyer... masuk abuk la mata aku time tgk tu....

Quote budakmanentah 6-7-2015 11:39 AM
driver bas tu respect kat nenek tu...xkan la dia nk balas balik

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.241614 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top