Keracunan makanan bukanlah satu kondisi yang boleh diambil remeh. Mungkin ada yang melihat ia bukan kategori penyakit kronik, namun sudah banyak kes maut yang dilaporkan berpunca daripada keracunan makanan.
Makanan yang terdedah, kotor dan tidak dimasak dengan betul mungkin antara penyumbang kepada keracunan makanan. Namun, perkongsian seorang doktor mengenai salah satu punca keracunan makanan iaitu roti yang sudah 'expired' pastinya membuka mata kerana masih ramai yang mengambil ringan mengenainya.
"Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti," tulisnya. Tambah Dr Kamarul Ariffin, tabiat sesetengah individu yang membersihkan bahagian berkulat dan kemudian memanaskan roti bertujuan untuk membunuh kulat juga bukanlah tindakan yang betul. Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr Kamarul Ariffin berkata kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin) yang boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT