View: 1026|Reply: 9
|
'Ada Orang Sayang Nak Buang, Tapi Makan Roti Berkulat Boleh Bawa Maut'
[Copy link]
|
|
Keracunan makanan bukanlah satu kondisi yang boleh diambil remeh.
Mungkin ada yang melihat ia bukan kategori penyakit kronik, namun sudah banyak kes maut yang dilaporkan berpunca daripada keracunan makanan.
Gambar hiasan
Makanan yang terdedah, kotor dan tidak dimasak dengan betul mungkin antara penyumbang kepada keracunan makanan.
Namun, perkongsian seorang doktor mengenai salah satu punca keracunan makanan iaitu roti yang sudah 'expired' pastinya membuka mata kerana masih ramai yang mengambil ringan mengenainya.
"Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti," tulisnya.
Tambah Dr Kamarul Ariffin, tabiat sesetengah individu yang membersihkan bahagian berkulat dan kemudian memanaskan roti bertujuan untuk membunuh kulat juga bukanlah tindakan yang betul.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr Kamarul Ariffin berkata kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin) yang boleh menyebabkan gejala keracunan makanan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Benda kalau dah rosak atau berkulat tak perlu ler gigih nak makan sebab masih banyak sayang terbuang tak pasal2 dapat sakit pulak nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah jugak mkn yg dah berkulat ni sbb nak buang sayang
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah makan kek raya tahun 2005...tp.makan tahun 2006...setshun kemudian..aku buang putih2 dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu buatkdg2 beli roti pastu lupa nak makan tahu2 ada kulat..sayang la nak buang |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu makan je sbb iols kdg2 beli roti tp lupa nak makan tau2 dh kulat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau iols pabila roti dah naik kulat walaupun tak semua keping kan iols ambik bagi semut atau burung je makan. Yang bagi tu ambik yang elok lagi cuma yang naik kulat tu buang la. Kang sakit perut pulak burung2 & semut2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi penah la iols termakan roti yang ada kulat sikit pasal makan pun kelam kabut nak kejar masa. Tak sempat nak belek dah. Pastu teperasan sendiri. Rupanya roti dah expired. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah jika ada doktor yang memaklumkan info ni, sangat berguna |
|
|
|
|
|
|
| |
|