Hollywood ada pelbagai cerita di belakang takbir yang tidak boleh keluar di panggung wayang kerana pelbagai perkara berlaku dalam dunia Hollywood yang tidak boleh diceritakan.
Ada yang pelik dan ada juga cerita yang menakutkan orang ramai.
Ini adalah 3 filem "sumpahan" Hollywood.
Adi wira komik berasal dari planet Krypton ini dikatakan mempunyai sumpahan kepada sesiapa yang 'menghidupkan' watak adi wira terkenal itu, sama ada tiada pekerjaan selepas filem superman atau ditimpa jatuh sakit.
Pelakon Kirk Alyn yang berlakon sebagai Superman di era 1940an tidak mendapat job selepas projek Superman tamat manakala George Reeves yang melakonkan watak adi wira itu pada 1950an juga tidak mendapat kerja selepas projek Superman tamat. Bukan itu saja, beberapa tahun kemudian Reeves ditemui mati di dalam bilik tidurnya dengan sepucuk pistol di sebelahnya. Christopher Reeves (tiada kaitan dengan George Reeves) yang menghidupkan semula watak Superman dan membuat empat filem adi wira itu, seperti yang lain juga tiada job selepas projek itu tamat. Malah, dia lumpuh selepas jatuh dari kuda dinaikinya dan meninggal pada 2004. Ada beberapa pelakon lain seperti Tom Welling, Dean Cain dan Brandon Routh yang masih hidup, tetapi mereka tidak mendapat watak besar dalam karier seni mereka selepas itu.
Filem itu melalui pelbagai kes dari pelakon utama Mia Farrow menerima surat penceraiannya di set penggambaran hingga ke kes pembunuhan isteri pengarah Sharon Tate oleh keluarga Manson (Keluarga Manson dikatakan penganut satanik). Apa lagi yang berlaku? Komposer untuk filem tersebut terjatuh dari bukit di Los Angeles, dia mati tidak lama kemudian. Penerbit filem William Castle pula ada masalah buah pinggang dan memerlukan pembedahan. Dia yang dikatakan berhalusinasi di hospital ketika dalam pembedahan menjerit beberapa ayat dari skrip filem berkenaan.
The Omen pula menceritakan tentang dajjal (antichrist) dalam badan seorang kanak-kanak dan ramai percaya yang filem ini mempunyai sumpahan berbahaya. Pereka set John Richardson yang membuat efek memotong kepala dalam filem itu mengalami detik hitam dalam hidupnya selepas terlibat dalam kemalangan. Insiden itu meragut nyawa seorang penumpang yang kepalanya terputus. Anak pelakon utama Gregory Peck pula membunuh diri dua bulan sebelum filem memulakan pembikinan. Pelakon lain dan kru filem itu juga merasakan perkara pelik seperti kapal terbang mereka dipanah petir tiga kali ketika terbang ke set penggambaran seterusnya. Manakala, seorang pelakon lagak ngeri hampir mati selepas merasakan ada orang menolaknya dari belakang. Cerita seram apa yang anda suka tengok? - CARI |
kakikuDibibirmu: Felem Marvel Eternals tu selayaknyalah disumpah!
ADVERTISEMENT