Video Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjawab soal isu enam sukarelawan MUDA disoal siasat Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam tular di media sosial.
Menurut Syed Saddiq, sukarelawan dari partinya ditahan kerana menghantar secara terus bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan tanpa mematuhi standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan di mana bantuan yang disalurkan harus ditempatkan di kawasan khusus kerajaan. Menyentuh soal penahanan sukarelawan pula, ahli parlimen Muar ini berharap pihak berkuasa tidak melayan para sukarelawan seperti penjenayah apatah lagi mereka ikhlas turun padang bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas secara suka rela.
|
ADVERTISEMENT