CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas 'Gila' Vaksin Ditahan Sebelum Disuntik Kali Ke-12

10-1-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1664| Komen: 0

Description: Seorang lelaki warga emas di Bihar, India yang mendakwa menerima 11 suntikan vaksin Covid-19 ditahan di pusat kesihatan primer sebelum sempat disuntik buat kali ke-12.
Seorang lelaki warga emas di Bihar, India yang mendakwa menerima 11 suntikan vaksin Covid-19 ditahan di pusat kesihatan primer sebelum sempat disuntik buat kali ke-12.


Brahmadeo Mandal, 84, dikatakan menerima lebih dos itu dengan menggunakan kad pengenalan yang berbeza dan nombor telefon bimbit ahli keluarganya.


Gambar hiasan

Mandal yang dikatakan seorang pesara kakitangan jabatan pos, telah menerima suntikan pertama pada 13 Februari tahun lalu.

Selepas itu, Mandal mengambil suntikan pada Mac, Mei, Jun, Julai dan Ogos.


Dia mendapat lagi suntikan pada bulan September dengan menggunakan kad Aadhaar yang memaparkan 12 nombor unik kepada setiap warganegara dan kad pengundi.

Akhir tahun lalu, Mandal mendakwa telah mendapat 11 suntikan dos vaksin Covid-19.

“Kerajaan melakukan yang terbaik,” katanya.

Kerajaan India meluluskan pemberian dua dos vaksin untuk warganegara dan mulai hari ini, dos penggalak dibenarkan bagi kakitangan penjagaan kesihatan, petugas barisan hadapan dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai komorbiditi.

Sementara itu, pegawai daerah di kawasan tersebut mengarahkan siasatan dijalankan berhubung kes berkenaan.
 
Mandal menyerahkan kad Aadhaar dan nombor telefon bimbitnya sekurang-kurangnya lapan kali.

Dia juga menggunakan kad pengenalan pengundi dan nombor telefon bimbit isterinya sebanyak tiga kali.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046028 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top