CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

2 Termasuk Kanak-kanak Keracunan, Makan Juadah Basi Di PPS

10-1-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1072| Komen: 28

Description: Dua penghuni termasuk kanak-kanak di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di daerah ini mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menjamah juadah tengah hari, se ...
Dua penghuni termasuk kanak-kanak di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di daerah ini mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menjamah juadah tengah hari, semalam.


Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nurkasih Segamat, Azizah Elias yang juga petugas di PPS berkenaan, dia menerima panggilan pada pukul 2 pagi tadi daripada salah seorang penghuni PPS yang memaklumkan anaknya sakit perut dan muntah.

“Saya menerima panggilan daripada wanita itu yang berada di unit kecemasan Hospital Segamat, dia beritahu anaknya telah diberikan dua botol air drip kerana mengalami keracunan makanan.

“Mereka dipercayai menjamah menu tengah hari semalam yang tiba lewat di PPS tersebut pada pukul 1.45 petang, kami sebenarnya sudah mendapati makanan yang dihantar sebanyak 29 bungkus itu telah basi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


MAKANAN tengah hari yang basi diterima pukul 1.45 petang semalam pada penghantaran pertama di sebuah PPS di Segamat, Johor.

Tambahnya, penghuni PPS di situ turut mengadu menu sayur kubis dan ayam masak kicap telah basi kerana mengeluarkan bau kurang menyenangkan, malangnya terdapat beberapa penghuni sudah menjamah makanan tersebut kerana terlalu lapar.

“Saya dan beberapa petugas PPS mengambil tindakan mengumpul semula semua bungkusan makanan yang diterima dan tidak benarkan penghuni memakannya. Pada pukul 2.30 petang pula, pihak penyedia makanan menghantar 50 bungkus lagi nasi bagi mencukupkan 79 bungkusan untuk semua penghuni di situ dengan menu sama tetapi tiada sayur kubis.

“Makan malam pula diterima pada pukul 7.15 malam dengan menunya masih sayur yang sama iaitu kubis. Dengan kualiti makanan basi, kuantiti yang tidak berbaloi dibayar dan kelewatan penghantaran, saya rasa ini tidak sepatutnya berlaku kerana yang jadi mangsa adalah penghuni PPS sampai ada yang keracunan makanan,” katanya.

Menurut Azizah, ia adalah penyedia makanan kedua yang dipertanggungjawab oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah pembekal pertama tidak dapat memenuhi permintaan penyediaan makanan kerana jumlah penghuni PPS yang bertambah kira-kira lima hari lalu.

Katanya, dia juga telah memaklumkan secara terus kepada pihak pembekal terbabit mengenai kualiti dan kuantiti makanan yang tidak memuaskan, namun perkara itu tidak diendahkan sebelum isu memuncak apabila ada penghuni yang keracunan makanan.

“Bukan niat saya untuk memanjangkan isu ini atau menutup periuk nasi sesiapa tetapi saya hanya mempertahankan hak penghuni PPS ini yang telah banyak menanggung kesusahan kerana banjir. Ramai yang sudah tiada duit, rumah tenggelam, harta benda musnah dek banjir.

“Mereka telah ditimpa musibah yang dasyat jadi menjadi tanggungjawab di PPS ini menjaga kebajikan dengan memberi yang terbaik untuk mereka dan keracunan makanan bukanlah isu kecil,” katanya.

Azizah yang juga pengusaha makanan berkata, sepatutnya dengan caj RM5 sekepala bagi menu sarapan pagi dan minum petang serta RM10 bagi makanan tengah hari dan makan malam, menu yang lebih memuaskan boleh disediakan pembekal.

“RM5 sarapan pagi boleh disediakan nasi goreng dan ayam seketul, soto nasi atau lontong berkuah lemak dan tambah sekeping dua kuih-muih siap air teh o atau kopi. Tetapi apa yang diterima penghuni amat menyedihkan dan pembekal seolah sambil lewa menyediakan makanan,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 10-1-2022 05:47 PM
Bagi lauk semalam tak habis ke macam mana, tak pasal2 ada yang sakit perut.
Quote prettyuglybabe 10-1-2022 05:54 PM
ingatkan dorang kat sana gotong royong masak makanan sendiri..
rupanya serba serbi dihantar ye..
Quote Skuau 10-1-2022 05:58 PM
ni bkn tolong ni....dh bg orng 'penyakit'... dh ni.
Quote Normabaru 10-1-2022 06:01 PM
Lauk ayam kecik sayur sikit basi plak mcm gitu rm10 area segamat?bapak mahal..patut dh dpt job bagila discount..xpon bg la org mkn puas2..ni ciput gitu siap basi..kroni sapa la ye

KL Masih blh jumpa RM5, ja..nasi penuh,ayam besar siap ada sambal belacan lagi
Quote Cik_jantung 10-1-2022 06:30 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:50 AM
Normabaru: Lauk ayam kecik sayur sikit ba ...

...........
Quote caprut 10-1-2022 07:44 PM
Skuau replied at 10-1-2022 05:58 PM
ni bkn tolong ni....dh bg orng 'penyakit'... dh ni.

Ko nk tlong mcm mana? Bnda tu common je kot especially masa2 banjir ni
Quote Tinot7 10-1-2022 11:21 PM
Cik_jantung replied at 10-1-2022 06:30 PM
KL nasi bajet ayam goreng berempah kuah Kari kosong n sambal n ulam.kobis masih rm4.50.

Harga 10 k ...

ni kat KL, kat mana ni? rega kurang drp RM5?
Quote Tinot7 10-1-2022 11:21 PM
Normabaru replied at 10-1-2022 06:01 PM
Lauk ayam kecik sayur sikit basi plak mcm gitu rm10 area segamat?bapak mahal..patut dh dpt job bagil ...

kaka beli kat mana nih?
Quote Normabaru 10-1-2022 11:26 PM
Tinot7 replied at 11-1-2022 01:21 AM
kaka beli kat mana nih?

Dekat sekitar area klcc ja dik tinot..dkt bangunan bsn sama Public bank cafe Pon kaka ada je makan dpt harga gitu

klu online Pon ada tp plg murah kat shopee laa..siap sen2 Pon ada..berlambak2 depa jual nasi campur kat sana murah2..
Quote Normabaru 10-1-2022 11:28 PM
Cik_jantung replied at 10-1-2022 08:30 PM
KL nasi bajet ayam goreng berempah kuah Kari kosong n sambal n ulam.kobis masih rm4.50.

Harga 10 k ...

Ye betul tu..kita dok bandar tgh kotaraya Pon terkejut tgk nasi gitu rege kayangan..

Nway ko mesti keje or stay around that area jugak kan..heheheh
Quote Tinot7 10-1-2022 11:29 PM
Normabaru replied at 10-1-2022 11:26 PM
Dekat sekitar area klcc ja dik tinot..dkt bangunan bsn sama Public bank cafe Pon kaka ada je makan ...

iols tak dpt rega mcm tuh.. harap masa bulan posa beli nasi bajet dari bazaar je dpt rega mcm tuh..nnt iols nak jjcm area2 tuh la... harap2 akhir tahun rega masih sama...
Quote Normabaru 10-1-2022 11:33 PM
Tinot7 replied at 11-1-2022 01:29 AM
iols tak dpt rega mcm tuh.. harap masa bulan posa beli nasi bajet dari bazaar je dpt rega mcm tuh. ...

Ko duk area kerinchi tu kan dik? Ke kaka Salah..

Quote musangbodoh 10-1-2022 11:39 PM
bukan kt pps nie disponsor ke? dgr makanan yg dtg melambak2...tp bc kt atas kena byr plak?
Quote tumpanglalu74 10-1-2022 11:39 PM
Edited by tumpanglalu74 at 10-1-2022 11:40 PM

IMG_20220110_233855.jpg

Quote Normabaru 10-1-2022 11:41 PM
tumpanglalu74 replied at 11-1-2022 01:39 AM
PPS & basi berpisah tiade..

Kira dh nk basi br release bg kt mangsa ke cmne..

Kaka xphm tajuk cite dia
Quote Tinot7 10-1-2022 11:44 PM
Normabaru replied at 10-1-2022 11:33 PM
Ko duk area kerinchi tu kan dik? Ke kaka Salah..

iols ada dekat2 area tuh.. tak dok sana.. tapi la ni takde kat sana..
Quote tumpanglalu74 10-1-2022 11:44 PM
Normabaru replied at 10-1-2022 11:41 PM
Kira dh nk basi br release bg kt mangsa ke cmne..

Kaka xphm tajuk cite dia

Kes aritu Disember.  Urusetia otak bongok tahap jamban sis.  
Quote Normabaru 10-1-2022 11:49 PM
Tinot7 replied at 11-1-2022 01:44 AM
iols ada dekat2 area tuh.. tak dok sana.. tapi la ni takde kat sana..

G dkt area pantai dalam atas sikit..situ murah..xsilap kaka la..dulu kat area situ ada ayam golek sedap..xtau skrg ada lg ke x..

Lg satu rajin2 scroll apps food delivery cth mcm shopeefood..dorg siap ada promo voucher..kadang ko beli nasi beriani Pon blh dpt RM5 jah.
Quote Tinot7 10-1-2022 11:50 PM
Normabaru replied at 10-1-2022 11:49 PM
G dkt area pantai dalam atas sikit..situ murah..xsilap kaka la..dulu kat area situ ada ayam golek  ...

ooo.. tengkiu kaka.. nnt iols cuba amalkan...

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-1-2022 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.082081 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top