CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor ‘Antivaksin’ Dicekup Jual Sijil Vaksin Palsu

10-1-2022 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6474| Komen: 72

Kegiatan seorang doktor ‘antivaksin’ mengeluarkan sijil vaksinasi palsu kepada individu yang tidak mahu disuntik vaksin Covid-19 akhirnya terbongkar selepas dia ditahan sepasukan polis pada Sabtu.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, tangkapan terhadap doktor lelaki berusia 51 tahun sebuah klinik swasta di Marang itu dilakukan selepas menerima maklumat orang awam berhubung aktiviti


Rohaimi (kanan) menunjukkan kad vaksinasi yang dirampas selepas penahanan seorang doktor klinik swasta di Marang pada Sabtu.

“Siasatan awal mendapati, klinik swasta itu mendapat kebenaran memberi suntikan vaksin Covid-19 secara berbayar sejak September lalu dan dalam tempoh empat bulan, seramai 1,900 individu telah mendapat sijil vaksinasi Covid-19 daripada doktor berkenaan.


“Bagaimanapun, tidak semua sijil vaksin itu palsu dan kita sedang menyiasat berapa individu yang benar-benar menerima suntikan dan tidak disuntik,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini pada Isnin.

Menurut Rohaimi, klinik swasta itu menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin berbayar kepada orang ramai dengan bayaran antara RM400 hingga RM600 namun bagi mereka yang tidak mahu disuntik, sijil vaksin tetap dikeluarkan.

Beliau berkata, penjualan sijil vaksin palsu itu dipromosikan dan dijalankan secara dalam talian kepada golongan antivaksin dan beberapa ejen turut diupah dengan bayaran RM50 bagi setiap pelanggan yang membeli sijil berkenaan.


Gambar hiasa/Kredit foto: BH Online

“Kita dapati, ada pelanggan yang datang dari Kedah, Johor dan Kuala Lumpur.

“Doktor yang sudah mengendalikan klinik selama 20 tahun itu juga mengaku sebagai antivaksin namun sudah menerima suntikan kerana terpaksa berikutan profesion beliau sebagai pegawai perubatan.

Jelas Rohaimi, beberapa barangan dan dokumen penting seperti telefon bimbit, komputer riba, kad vaksinasi dan borang kebenaran pengambilan suntikan vaksin turut dirampas bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Doktor itu kini direman tiga hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Kita turut menahan enam individu lain bagi membantu siasatan namun kesemua mereka sudah dibebaskan,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 10-1-2022 03:24 PM
skrg ni sijil dlm my sejahtera tu bukan bukti dah suntik,
Quote BartholomewKuma 10-1-2022 03:30 PM
Berapa dia juai tuuuu
Quote MissYouSayang 10-1-2022 03:48 PM
Keji nyehhh  perlakuan doc antivaksin ni
Quote mbhcsf 10-1-2022 04:02 PM
apa lah buat keje macam ni ....tak bertanggugngjawab betul.
Quote Manjahati 10-1-2022 04:03 PM
Napalah ada org gini
Quote prettyuglybabe 10-1-2022 04:27 PM
itu pun ada yang kata doktor mana yang ikut kehendak antivax..
nak gi buat ibadat takkan la nak menipuuuu..
Quote cutieslilies 10-1-2022 04:32 PM
dah antivak.. pastu munafiq pulak...

dia cocok...... pastu bg pulak kat org x cocok...
Quote tumpanglalu74 10-1-2022 04:35 PM
Antivax sejati ney takde kuase nak pi beli sijil menipoo diri sendiri..  Ape la nikmatnye jadi antivax kalo di MySejahtera tu tunjok ko dah vaxxed pon.  Ini sume provax yang dah U-turn je.  
Quote jahcomel 10-1-2022 04:40 PM
tumpanglalu74 replied at 10-1-2022 04:35 PM
Antivax sejati ney takde kuase nak pi beli sijil menipoo diri sendiri..  Ape la nikmatnye jadi antiv ...

alih cerita kisah jemaah umrah n sijil beksin budak ite
Quote annehuda 10-1-2022 04:47 PM
Screenshot_2022-01-10-16-46-29-85_6012fa4d4ddec268fc5c7112cbb265e7.jpg
Kalau doktor ni btul2 fikir kesejahteraan manusia knp die nak caj sampai ratus2,baik caj rm10 ke. Sape kene game sbnrnye ni

Quote Normabaru 10-1-2022 05:34 PM
tumpanglalu74: Antivax sejati ney takde kuase ...


Itula pasal..dan2 keyjay kantoi..terkeluar plak isu ni ye
Quote maydanoz 10-1-2022 05:42 PM
doktor tu mengaku antivaksin?? ni mesti ayat tokok tambah reporter..bkn dia kira anti ke pro, benda bole buat income, market ada..
Quote bakingsoda 10-1-2022 05:54 PM
dedah la skali nama klinik, nak jd antivaxx duk diam2 jah boleh tak takyah nak menipu nak merasuah last2 menyusahkan orang yg betul2 amik vaksin kat tempat sama kena syak
Quote awanearisu 10-1-2022 06:00 PM
bakingsoda replied at 10-1-2022 05:54 PM
dedah la skali nama klinik, nak jd antivaxx duk diam2 jah boleh tak takyah nak menipu nak merasuah l ...

Boleh tengok sendiri. Ada di sini

[youtube]S81Rc7BuWbs[/youtube]
Quote ninja9 10-1-2022 06:03 PM
orang bisnes kata ada permintaan adalah tawaran...
Quote bakingsoda 10-1-2022 06:14 PM
awanearisu replied at 10-1-2022 06:00 PM
Boleh tengok sendiri. Ada di sini

oh nama dia klinik aqil kijing, gi tgk kat fb ada yg tanya klinik aqil bukak kul bpe
Quote mrsamz 10-1-2022 06:14 PM
copy_paste replied at 10-1-2022 03:24 PM
skrg ni sijil dlm my sejahtera tu bukan bukti dah suntik,

Sapa2 doktor atau admin klinik yg bagi vaksin mmg diorang ada access utk masukkan sijil vaksin kat mysejahtera pesakit...
Quote LoveSungmin 10-1-2022 06:56 PM
ni ke docnya?

FB_IMG_1641811634770.jpg
FB_IMG_1641811652324.jpg
Quote abangbikerz 10-1-2022 07:12 PM
elok gantung sampai mati je ni

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051370 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top