CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditumbuk Sampai Bersepai, Ramai Lelaki Sanggup Jadi Pokok Pisang Demi Elizabeth Tan

10-1-2022 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3226| Komen: 17

Description: Penyanyi dan juga pelakon Elizabeth Tan mencuri perhatian netizen apabila mempamerkan aksi ‘ganas’ menumbuk sebatang pokok pisang sehingga bersepai.
Penyanyi dan juga pelakon Elizabeth Tan mencuri perhatian netizen apabila mempamerkan aksi ‘ganas’ menumbuk sebatang pokok pisang sehingga bersepai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, selebriti berusia 28 tahun itu yang dilihat memakai singlet hitam dan berseluar jeans pendek dilihat bersungguh-sungguh menumbuk sebatang pokok pisang bertubi-tubi sehingga hancur.

Foto: IG

“Salam dari Ayer Tawar,” kata Elizabeth pada ruangan kapsyen video tersebut.

Aksi yang dikongsikan Elizabeth atau mesra disapa Lizzy itu sekali gus mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya dalam Instagram berkaitan tindakan yang dilakukan olehnya.


Malah, ada juga segelintir pengikutnya dalam Instagram secara lelucon mendakwa rela ditumbuk Lizzy seperti pokok pisang itu.



“Saya sanggup jadi pokok pisang itu,” kata salah seorang pengguna Instagram.


“Tumbuk sahaja saya. Saya rela jadi pokok pisang itu,” kata seorang lagi pengikutnya.



Malah, ada juga netizen berasa kagum melihat kekuatan tumbukan oleh Lizzy apabila dia mampu membuatkan batang pokok pisang itu hancur sekali gus memberi amaran pada suaminya, Siew Tan supaya berhati-hati dengan isterinya.

“Kalau bergaduh apalah nasib suami dia,” usik seorang netizen.



Bagaimanapun, pelantun lagu Knock Knock itu juga tidak terlepas daripada dikecam oleh netizen atas perbuatannya merosakkan pokok pisang tersebut.

“Apa salah pokok pisang tu?” soal seorang pengguna Instagram.

“Jahanam pokok pisang orang,” tegur seorang lagi netizen.




Pada akhir video yang dikongsikan itu, sambil tersenyum Lizzy sempat menunjuk tangannya yang kemerahan akibat melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada pokok pisang. Penyanyi lagu Semua Sudah itu bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai perbuatannya itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 10-1-2022 03:22 PM
Lizzard gelak jek tengok jantan-jantan sangap komen kat socmed sheols... lagi pancing lagi galak dia post yang sensual sensual...pandai guna kesempatan masuk market melayu, nak marah dia non-malay pulak...kalau retis ompuan malay islam dah lama kena hukum macam-macam....padahal suka je tengok.. punyalah double standard...  hujung-hujung laki sheols jugak untung...yang sangap tu korek batang pisang je lahhh bro... hahaha
Quote nakkomenjugak 10-1-2022 04:36 PM
Di news lain pulakkk
jejantz dan hakakz meleis pious di depan pervert di belakang sibok suruh yeka farhana tutup oratttt
Quote Suchi 10-1-2022 04:39 PM
Kalau la pokok pisang tu bleh bersuara

“Sakit la bodooo!”
Quote umbut 10-1-2022 04:45 PM
Kat ig lizzy kemain miang kote jate meleis. Kat ig artis lain jadi lobaiiiii..
Quote mizruncing 10-1-2022 04:46 PM
ramai gak laki melayu minat dia ni ehhh. kemain komen memasing
Quote dudaberhias 10-1-2022 04:53 PM
Ya ampun miangnya jantan2 meleis tu. Tapi heran at the same time account ni juga yang gigih komen aurat orang dekat ig orang beragama islam yang dia sendiri buka nak tengok aurat orang tu. Umat akhir zaman gittew. Sekolah agama darjah 1 tak lepas, IQ paras bawah 2 digit. Di hidupkan di dunia untuk jadi kayu arang gittew.
Quote sarah_ary2 10-1-2022 05:06 PM
Ni dia ikut satu video budak perempuan tumbuk pokok mati sampai bersepai
Quote bankerpencen 10-1-2022 06:52 PM
Tak pernah rasa dia lawa. Kalau tengok C-ent, bersepah perempuan lagi lawa… sebab tu amoi ni femes dalam kalangan melayu je
Quote mamajawie 10-1-2022 10:56 PM
Dia ni memang target nak kekal relevan dekat market showbiz malaysia nk x nk kena la bagi free show kat jantan meleis..demi job kekdahnya..i bet dia ngan laki cingcongcingcong pun tak lama la tu sebab sheollss memang taste kat jantan meleis
Quote Afifi82 10-1-2022 11:35 PM
Mohon lizzy tumbuk muka sendiri,pls. Kbai.
Quote per706 10-1-2022 11:56 PM
mizruncing replied at 10-1-2022 04:46 PM
ramai gak laki melayu minat dia ni ehhh. kemain komen memasing

Ramai..nk cari jantan jantan cabaret bley la p kat ig lizard ni.itu je la tahap dia pon,nk market hi' end or yg senonoh org x bape berkenan,x kenal or x minat.
So Jantan sangap pon jantan sangaplaaa. Janji ade "peminat" selayaknya la,sekufu!

Pathetic gile demi secebis content.
Quote auntyonion 11-1-2022 11:29 AM
Erghhj... nothing wow abt her
Quote gideoncross 14-1-2022 08:39 PM
prince_marhaen replied at 10-1-2022 03:22 PM
Lizzard gelak jek tengok jantan-jantan sangap komen kat socmed sheols... lagi pancing lagi galak dia ...

Klau prmpuan Mlyu yg buat, dh lama jejantz Mulayu neraka jahanam kn smpai 7 kturunan.
Quote gideoncross 14-1-2022 08:40 PM
mizruncing replied at 10-1-2022 04:46 PM
ramai gak laki melayu minat dia ni ehhh. kemain komen memasing

Sbb brkulit putih, teks trsembul & sllu post yg seksi2 je, kn jejantz Mulayu mmg suka bnda2 camni.
Quote gideoncross 14-1-2022 08:41 PM
umbut replied at 10-1-2022 04:45 PM
Kat ig lizzy kemain miang kote jate meleis. Kat ig artis lain jadi lobaiiiii..

Yg ni dh tntu btul, klau prmpuan Mlayu yg buat, konpom 7 kturunan dorg neraka jahanam kn.
Quote Hoola 14-1-2022 08:43 PM
Kesian...
Msg2 tryhard..
Pokokisangygjdmangsa
Quote swimswim 15-1-2022 12:27 AM
Bini org kot.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.173567 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top