CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Takkan Jadi Saksi Kes Rasuah Rosmah

10-1-2022 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1092| Komen: 0

Description: Pasukan pembelaan memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak akan dipanggil sebagai saksi pada prosiding bela diri kes rasuah membabitkan isterinya, Datin ...
Pasukan pembelaan memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak akan dipanggil sebagai saksi pada prosiding bela diri kes rasuah membabitkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pertuduhan kes rasuah projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

 
Peguam Datuk Jagjit Singh turut berkata ketika prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Najib sepatutnya dijadualkan untuk memberi keterangan sebagai saksi pembelaan ketiga pada Isnin


Kredit foto: Malay Mail

Selepas mengadakan diskusi, beliau berkata, pembelaan membuat keputusan untuk tidak memanggil bekas Perdana Menteri itu kerana keterangan Najib pada dasarnya bersifat menyokong.


“Kami berbincang secara panjang lebar bermula Sabtu hingga malam Ahad dan akhirnya mengambil keputusan tersebut.

“Kami mengubah strategi asal dan pihak pembelaan memohon maaf kepada mahkamah,” katanya.

Berikutan itu, Jagjit memohon kepada mahkamah agar dapat melapangkan perbicaraan sepanjang minggu ini.

Ini kerana, katanya, saksi kedua, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod iaitu bekas pegawai khas Najib sedang menunaikan umrah dan hanya berkelapangan pada 4 Februari depan.

Menurutnya, Siti Azizah yang juga bekas Pengarah Bahagian First Lady Of Malaysia (FLOM) selesai membaca sebahagian pernyataan saksi dan dijadualkan untuk disoal balas pada tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, terpulang kepada pasukan pembelaan untuk memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohamed Zaini menangguhkan perbicaraan kes dan menetapkan ia disambung semula pada Februari depan.

Pada 18 Februari 2021, mehkamah memerintahkan Rosmah membela diri atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Rosmah, 71, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Beliau didakwa menerima rasuah itu melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.070804 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top