CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jepun Hasilkan Bas Yang Boleh Bertukar Jadi Tren Dalam Masa 15 Saat!

10-1-2022 02:53 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1148| Komen: 0|Original author: Agent13k

Description: Anda mesti terkejut jika ada orang beritahu anda yang Jepun mengeluarkan kenderaan yang boleh berubah bentuk seperti dalam filem "Transformers", Jepun telah memperkenalkan Dual-Mod Vehicle (DMV) yang ...
Anda mesti terkejut jika ada orang beritahu anda yang Jepun mengeluarkan kenderaan yang boleh berubah bentuk seperti dalam filem "Transformers".

Jepun telah memperkenalkan Dual-Mod Vehicle (DMV) yang boleh digunakan di atas jalan raya dan landasan kereta api.


Dikatakan DMV yang pertama di dunia tersebut diperkenalkan pada bulan lepas di pekan Kaiyo, Wilayah Tokushima, DMV itu boleh bertukar mod daripada bas yang boleh berjalan di atas jalan raya kepada tren dalam 15 saat jika DMV di landasan kereta api.

kredit foto: Mainichi


Untuk bas, mereka menggunakan tayar yang biasa untuk bergerak di atas jalan raya dan boleh bertukar menjadi tren sekiranya kenderaan itu berjalan di landasan kereta api. Ketua Pengarah Eksekutif Asa Coast Railway, Shigeki Miura berkata, DMV itu boleh menjadi kenderaan serba guna untuk pelbagai masyarakat, terutamannya di kawasan perkampungan. 

Ujarnya, "kenderaan itu amat sesuai digunakan untuk membawa penumpang dan menjangkakan ia menjadi pengangkutan awam yang boleh digunakan di seluruh Jepun, Projek DMV yang sudah berjalan sejak sedekad lalu dan pihak berkuasa Tokushima berharap penggunaannya dapat menarik lebih banyak kemasukan pelancong ke wilayah tersebut."

kredit foto: Autoblog

Kenderaan itu juga boleh membawa seramai 21 penumpang dan bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam bagi mod tren dan 100 kilometer sejam untuk mod bas. Ada sesiapa mahu pergi Jepun untuk cuba naik kenderaan dua alam ini? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.033942 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top