CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemuda Acung Jari Tengah, Bengang Kakak Halau Ibu Dari Rumah

10-1-2022 01:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9227| Komen: 146|Original author: Tatod

Description: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita menghalau ibu dan adiknya keluar dari rumah.


Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita menghalau ibu dan adiknya keluar dari rumah.

Menerusi sebuah video di TikTok, pemilik akaun, Awkazm dan ibunya terpaksa akur kerana kakaknya merupakan pemilik kediaman berkenaan.

Video berdurasi kurang 10 saat itu memaparkan dirinya dalam keadaan marah mengacungkan jari tengah ke arah sebuah rumah. Kelihatan juga beberapa beg pakaian tersusun di hadapan rumah berkenaan.



Kata Awkazm, entah mengapa sejak kematian bapa mereka lebih setahun lalu, kakaknya seolah-olah menyimpan dendam terhadap ibu mereka. 

"Kakak juga tidak suka ibu berkenalan dan bertemu janji dengan lelaki lain. Satu hari, mereka bertengkar. Kakak menggelar ibu perempuan sundal.

"Saya marah dan membela ibu. Tindakan saya itu menyebabkan dia naik angin dan turut menghalau saya keluar bersama ibu," katanya.

Tambahnya lagi, ketika bapanya masih hidup, dia mewasiatkan rumah berkenaan kepada kakak menyebabkan ibunya kehilangan hak atas rumah berkenaan.



Mengambil masa lima hari mengosongkan bilik di rumah itu, Awkazm berharap kakaknya mendapat balasan setimpal atas perbuatannya.

Menerima pelbagai reaksi dan daripada pengguna TikTok, Awkazm sama sekali tidak peduli dengan komen berbaur negatif. Baginya, dia lega menemui tempat baharu untuk berteduh dengan ibunya.


 


Apa yang membuatkan kakak dia marah sangat sampai sanggup halau ibu sendiri? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 10-1-2022 01:58 PM
ntah2 bpknye terus mwasiatkan rumah tu terus ke akaknye sbb tau perangai playgirl mak dia kot, xkan senang2 anak panggil mak pompuan sundal, mesti ade kes ni
Quote missbigrockstar 10-1-2022 02:01 PM
Kena dengar cerita dua2 belah pihak, baru aku boleh buat kesimpulan
Quote ally9970 10-1-2022 02:06 PM
The sister mungkin tahu certain kisah mak dia yg orang lain tak tau...
Quote prince_marhaen 10-1-2022 02:07 PM
meols stick with kakak tak suka mak dia menyundsss...hihihi. maybe thats why arwah wasiatkan rumah ke kakak?  
Quote honeybee1802 10-1-2022 02:11 PM
Anak2 jaman sekarang...prob kuarga dihavoc sedunia...
Quote Ah_Kwan 10-1-2022 02:19 PM
keh keh keh

walaupun ibu lu seorang pelacur..tetap wajib lu taat dan berbuat baik padanya...
selama mana dia tak menyuruh lu engkar dengan Allah dan Muhammad....
inikan pula hanya sundal...

bukan sudah di beri cerita kepada kita tentang ibu bapa yang Allah tukar menjadi babi?
ditukar rupa bentuk menjadi babi kerana engkar mereka kepada Allah...

tapi, tetap jatuh wajib kepada anaknya untuk menjaga dan berbuat baik kepada mereka...
walau sebabi mana mereka itu....
walau pun mereka engkar dengan Allah..
jika diikut logik, kenapa perlu berbuat baik kepada mereka yang engkar pada Allah?

masuk syurga pemuda itu bukan kerana ia berbuat baik pada ibu dan bapanya yang dah bertukat menjadi babi itu..
masuk syurga pemuda itu adalah kerana dia taat dengan perintah Allah yang memerintahkan seorang anak untuk berbuat baik pada ibu dan bapanya..
taat pemuda itu ....kepada Allah, laluannya adalah makhluk berupa babi yang menjadi ibu dan bapanya...

inikan pula mak lu hanya menyundal..coiiii

keh keh keh
Quote Mamajiyem 10-1-2022 02:21 PM
Kena dgr cerita 2 belah pihak
Quote Thunderclouds 10-1-2022 02:31 PM
Suka sgguh airing ur dirty laundry kt medsos. I hasanahkn sajork. Unless kak dia share bideo mak dia mnyundal br i caya. Hehe
Quote musangbodoh 10-1-2022 02:34 PM
Ah_Kwan replied at 10-1-2022 02:19 PM
keh keh keh

walaupun ibu lu seorang pelacur..tetap wajib lu taat dan berbuat baik padanya...

bro lu punya nm islam apa saja tanya
Quote tungkai 10-1-2022 02:39 PM
"If you need my saka..."..Sempat lagi...
Quote lipans 10-1-2022 02:47 PM
singapore punya olang ka?
Quote BartholomewKuma 10-1-2022 02:52 PM
Ah_Kwan replied at 10-1-2022 02:19 PM
keh keh keh

walaupun ibu lu seorang pelacur..tetap wajib lu taat dan berbuat baik padanya...

Wei hang tau dak wujud hat mak mak orang hat perangai barua? Hang tak besa jumpak na? Jenih suka play victim, jenih dari kecik anak2 dilayan ikut tarap hat dia paling sayang hat dia tak sayang dia tolak kot bucu pakai kaki ja. Bila dah besaq tak dak tempat nak pi tumpang dia pi tumpang rumah anak hat dia tolak bucu pakai kaki dulu nih. Jenis duduk rumah anak nak dilayan supa raja perangai hauk. Jenih mulut puaka tak dak rasa dosa pahala pakai sembuq ikut dan dia ja nak kata pa kat anak. Hat jenih rasa dia mak dia ada kosa besaq dok rasa sorga sok bawah tapak kaki dia. Dah tu hang besa jumpak dak hat mak mak dok pi pelaga anak menantu sampai cerai berai dok mein bomoh? Hang besa jumpak dak mak hat perangai barua rambut karat kali karok balik mabuk tukaq2 jantan anak2 dok bunyi suh tobat dia pi semboq anak dia balik dah tu pi buat cherita kata anak dia hat jahat? Paaru dok laga anak dia dngn menantu dok nak bagi begaduh keh tak puaih hati punya pasai hat cita lama dia kantoi buat benda jahat dengan org len depqn anak dia? Hang ingt senang ka anak nak habaq mai kat mak dia kata mak dia sundal? Kalu setakat jadi pelacur pa lah sngt. Dok campoq sngn perangai hazab. Hang tak besa jumpak kan?

Hanya menyundal pala bana hang aih. Baik hang dengaq dua dua cita dulu.

Tapi jenih hang ni gatai tangan tak ngaku kalah tak ngaku salah. Tat sat hang pi balaih pa pun tak tau
Quote miszclassique 10-1-2022 03:02 PM
Wasiat yg memang legal? Or just cakap2 mulut je? Kalau setakat air liur boleh je fight rumah tu... Tapi yg i faham tu namanya hibah kalau bagi before mati tu dan still kena ada document gak, kalau tidak, waris ada hak tuntut rumah tu
Quote prince_marhaen 10-1-2022 03:09 PM
BartholomewKuma replied at 10-1-2022 02:52 PM
Wei hang tau dak wujud hat mak mak orang hat perangai barua? Hang tak besa jumpak na? Jenih suka p ...

meols loveeeee your points!  yang acah-acah taat & perli orang lain tak taat ni jenis tak bercampur lihat masyarakat sekeliling yang rosak sebab parents toxic macam tu... lepas kena haruk ngan anak, acah-acah victim, masuk bersamamu bagai...
Quote shernazz 10-1-2022 03:13 PM
Ke mak.dia jenis pilih kasih?
Anak.lelaki dirajakan..
Anak pompuan buat semua keje rumah
Quote jazaa100 10-1-2022 03:15 PM
miszclassique replied at 10-1-2022 03:02 PM
Wasiat yg memang legal? Or just cakap2 mulut je? Kalau setakat air liur boleh je fight rumah tu... T ...

Kannn.....

Sepatutnya rmah tu dpt kat adik lelaki dia....mgkin adik tu kecik lg, tak tau caranya.....
Quote copy_paste 10-1-2022 03:18 PM
kalau ikut wasiat mmg xjalan,
boleh fight rumah tu sbb antara wasiat dgn faraid,dah tentulah faraid lebih menang,wasiat xde ape2 fungsi
Quote Ah_Kwan 10-1-2022 03:43 PM
musangbodoh replied at 10-1-2022 02:34 PM
bro lu punya nm islam apa saja tanya

keh keh keh

apa kes nak beritahu lu?
saja tanya juga...

keh keh keh
Quote dudaberhias 10-1-2022 03:48 PM
Sebab hadeknyaaa herlokkk, so kita kena la side hadeknyaa dulu..  walaupun kedengaran macam emaknya merupakan sundel bolong

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.089382 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top