Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah Sikka, Nusa Tenggara Timur meninggal dunia selepas tercekik bebola daging dimakannya.
Kejadian berlaku ketika Aldinus Edel Pati pulang dari sekolah dan membeli bebola daging yang dijual di hadapan sekolah tersebut. Menurut Pengetua Sekolah Maumere, Viotalis Sukalumba, mangsa dan beberapa rakannya sempat membeli bakso dan makan di hadapan pagar sekolah sebelum pulang ke rumah. “Ketika Aldinus makan, dipercayai satu daripada bebola daging itu tersekat di dalam kerongkongnya menyebabkan dia tercekik dan mula sesak nafas. “Rakan-rakannya memberitahu, Aldinus cuba minum air, namun tidak mampu menelannya sebelum cuba mengorek mulutnya untuk mengeluarkan bebola daging tersebut,” katanya. Panik dengan keadaan itu, rakan-rakan mangsa segera memanggil guru untuk pertolongan sebelum Aldinus dihantar ke hospital. Namun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. Sementara itu, Viotalis mewakili semua pihak di sekolah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. “Kami amat berdukacita dengan kejadian yang menimpa Aldinus,” ujarnya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT