CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Nak Buat Bila Lelaki Makan Banyak Tapi Minta Bayar Bil Sama Rata?

8-12-2021 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2694| Komen: 16

Seorang wanita tular di TikTok selepas mendedahkan janji temunya bersama seorang lelaki yang ‘teruk’ kerana meminta bil makanan mereka dibahagi dua, lapor akhbar Metro UK.


Wanita bernama Marina itu berkata, lelaki tersebut memesan lebih banyak makanan berbandingnya.


Kredit foto: TikTok

“Dia memesan stik daging lembu, salad, hidangan sampingan, makan pembuka selera, beberapa gelas wain merah dan banyak lagi.

“Saya pula hanya memesan salad kecil dan satu minuman koktel,” katanya.

Sebaik bil diserahkan, Marina menawarkan untuk membayar sedikit, namun lelaki itu kemudiannya meminta agar bil itu dikongsi sama rata.



“Lucu kerana setiap kali saya melihat lelaki yang meminta agar bil yang diterima itu dibahagi dua di restoran saya, saya rasa mahu menampar lelaki itu,” komen seorang netizen.

Seorang individu bagaimanapun menganggap aduan Marina itu bersifat anti feminis.

“Di Eropah, mereka mengamalkan kesaksamaan, ia mungkin sesuatu yang anda perlu fikirkan,” komen seorang netizen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-12-2021 02:06 PM
What a gentelman
Quote mamajawie 8-12-2021 02:23 PM
stake???oh mai hengleshhhhh
Quote Normabaru 8-12-2021 02:34 PM
next time just say lets go ducth..dh tahu xknl xpyhla nk ngade2 kata nk contribute..hujung2 ko blk merempan..yihhh
Quote DayangKirana 8-12-2021 05:01 PM
first date melantak banyak gitu??
pelahap wehh...
Quote Eva_yy_Ellin 8-12-2021 10:05 PM
Agak-agak la komen pasal kesaksamaan tu.
Lelaki tu makan bukan main banyak tapi perempuan salad je. Mana kesaksamaannya?
Bayar sendiri-sendiri bil la baru adil.
Quote Jitu 8-12-2021 11:21 PM
kenapa tak mintak pompuan tu belanja je terus

Quote lattehazelnut 9-12-2021 05:32 PM
kalau makan kedai mamak xpe lah..
Ini dgn steak n wine je da brp..
Quote Artemesiaa 9-12-2021 05:33 PM
Bye bye kan jer ler kalau dah macam tu
Quote annehuda 10-12-2021 12:25 AM
Hari tu aku ternampak kat csr sorg abang ni gi seluk handbag gf die kot,amek dompet kaler pink bunga-bunga pastu bayar kat kaunter. Like baik gf ko sendiri bayar
Quote faraway1 10-12-2021 02:25 AM
Amboi sebenarnya laki tu ambil kesempatan, nak makan bebanyak takda duit, ajak dating so harap ada orang tolong cover bill..
Quote Mary_jane 10-12-2021 09:47 AM
Tak gentleman langsung. Mentekedarah duit perempuan.
Quote putriTS 12-12-2021 08:17 PM
Teringat my colleague cerita. Ada sorang budak laki kat ofis tu, dia dah resigned and few months lepas tu dia msg kawan i ni ajak jumpa. Kawan i ni pun, pegi la. Makan kat Bangsar Village, ada 1 indian restaurant dekat sebelah MPH. Harga situ, almaklumlah je kan. Kawan i ni minum je. Lelaki tu yg order mcm2. Sekali time bil sampai, mamat ni pandang tepi je weh, buat2 x nampak. Bengang gila kawan i. End up kawan i bayarkan je la. Sengal btul mamat tu.
1 lagi citer, ex tunang. Dulu2 pnah sekali dia ajak pegi pasar malam. I igt time tu ada 30 dlm wallet. Pastu I beli la makanan sikit, n nak bayar bawak klua wallet. Dia beria2 suruh i simpan balik wallet dia nak bayarkan. I ckp lax yah sbb nak bayar sndiri. I bukak2 je wallet, kosong. takde duit lgsg. Rupanya yg dia beria nak bayar tu, sbb dia yg ambik 30 dlm wallet tu. Apekebodo. Memang patut putus.
Quote krustykrab 13-12-2021 08:30 PM
putriTS replied at 12-12-2021 08:17 PM
Teringat my colleague cerita. Ada sorang budak laki kat ofis tu, dia dah resigned and few months lep ...

Kes kawan ko tu kan, kalau kena kt aku, aku buat bodo je..sori la nk bayarkan, dia mkn byk dia la bayar..

Kes  ex tunang ko pulak. Kesian ko, masa bila dia curi duit dlm wallet ko tu?
Quote putriTS 13-12-2021 09:48 PM
krustykrab replied at 13-12-2021 08:30 PM
Kes kawan ko tu kan, kalau kena kt aku, aku buat bodo je..sori la nk bayarkan, dia mkn byk dia la  ...

Itu lah.....baik sgt gi bayar. Malas nak gado kot. Yang ex tunang tu, ntah masa bila dia ambik duit tu pun x perasan. Tau2 dah kosong je wallet. Tapi hujung2 r/ship tu pun dia mmg dah psycho. Rupanya ambik syabu. Mmg patut diputuskan.
Quote Hessa 14-12-2021 09:15 AM
emm..sound je depan2 kat lelaki tu, bgtau je, dia tak gentleman langsung dan tak layak ada pasangan dengan sesiapa pun..dh alang2 nak tinggalkan dia kan..serius benda simple pun nak kena ajar ke..aduhaiii perempuan mcm ni lepas tu buat tik tok lepas perasaan, patutnya masa nak byr tu ko tiktok kan je bagi malu terus kat laki tu dh alang-alang semua benda nak ditiktok kan..diviralkan
Quote Biofuel 14-12-2021 09:21 AM
Tinggal je kalau laki sengkek camni. Laki pun tinggalkan jgk kalau perempuan kaki like perhatian camni. Not fit for each other

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.143713 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top