CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak Arab Cuba Lari Ke Luar Negara Lepas Simbah Asid Sampai Isteri Mati

22-11-2021 11:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2203| Komen: 14

Polis menahan lelaki berasal dari Asia Barat selepas didakwa menyimbah asid ke isterinya sehingga menyebabkan wanita itu maut.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kediaman pasangan suami isteri terbabit di Kampung Munjul, Desa Sukamaju, Cianjur, Jawa Barat kelmarin.

Selepas melakukan perbuatan itu, suspek cuba melarikan diri ke luar negara dan ditahan polis di lapangan terbang.



Jurucakap polis, Septiawan Adi Prihartono berkata, suspek memberitahu, dia ingin pulang ke negara asalnya di Arab Saudi.

“Polis berjaya tahan suspek ketika dia menunggu pesawat untuk berlepas ke Arab Saudi.

“Polis mengesan suspek berdasarkan data yang diperoleh daripada jabatan imigresen,” katanya.

Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Jelas Septiawan, polis masih meneliti motif kejadian dan Kedutaan Arab Saudi di Indonesia akan turut memberi kerjasama berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, mangsa ditemukan dalam keadaan cedera parah dengan hampir seluruh tubuhnya melecur akibat simbahan asid.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama kemudian.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 23-11-2021 02:45 AM
makan x abis la
Quote apalancut 23-11-2021 03:08 AM
[youtube]SaQNefmquCw[/youtube]
Quote naina 23-11-2021 10:22 AM
Simbah la asid balik kat dia
Kat Kotey dia sampai cair
Jahat kau ek
Lepastu nak lari plak
Quote Artemesiaa 23-11-2021 10:27 AM
Nasib sempat dicekup syabas buat pihak berkuasa yang bertindak pantas moga hukuman setimpal dikenakan.
Quote angelofish 23-11-2021 11:27 AM
berita indon lagi? kat siakap keli pon berita indon jugak. wartawan kat malaysia ni dah pupus ke
Quote becir 23-11-2021 12:03 PM
Sian bininya muda lagi..ni kawen niat nak mencelop saja agaknya..
Quote epal_putih 23-11-2021 12:13 PM
pak arab oh pak arab
baran kut
Quote Belibis 23-11-2021 12:17 PM
angelofish replied at 23-11-2021 11:27 AM
berita indon lagi? kat siakap keli pon berita indon jugak. wartawan kat malaysia ni dah pupus ke

Wartawan masih wfh agaknya..cedok jer la dari mana2 sumber tenet..sambil layan porum.
Quote nononcrux 23-11-2021 01:50 PM
jahat nye arab ni, kejam btl
Quote Kitty_catz 23-11-2021 02:04 PM
tu lagi ummah melies nak ikut cara ereb sana.. acer tanya kengkawan korang yg keja kat ereb.. cemaner orang ereb tu sebenau nya sblm buta2 smua nak ikut ereb
Quote kelapaparut 23-11-2021 02:08 PM
lg berita dr indonesia ke..omg
Quote emel4g 24-11-2021 09:07 PM
asid tu indon panggil air keras rupanya
Quote sekngucing 24-11-2021 09:27 PM
aku hairanlah.nabi diutuskan utk memgubah kaum arab
..tp tak.berubah pun kaum gasar ni
Quote Decaffeinated 24-11-2021 09:37 PM
baru nak puji TT akhirnya ada juga berita ereb rupanya...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.082826 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top