“InshaAllah 2022.” Demikian jawapan Ameera Khan apabila ditanya pengikutnya menerusi sesi Ask Me Question di Instagram mengenai rancangannya untuk mendirikan rumah tangga.
Adik kepada personaliti popular Neelofa itu bagaimanapun mendakwa masih belum mempunyai calon suami, namun sudah merancang tarikh perkahwinannya bakal dilangsungkan. "Belum (ada calon) lagi, tapi cincin dan tarikh kahwin dah ada. Nak cari jodoh lah ni," tulisnya.
Antara lain soalan terpilih untuk dijawabnya menerusi sesi itu adalah nasihat paling baik yang pernah diberikan Neelofa iaitu jangan biarkan lelaki menentukan segala-galanya atau menghalangnya daripada melakukan apa yang disukainya. Siapa agaknya calon suami Ameera yang lebih dikenali sebagai Little Miss Khan itu ya? - CARI
|
Orix: pls bukan dgan jefri nichol... ...
bolamata: See her level.. Calon suami ta ...
makton replied at 16-11-2021 08:15 AM
budak ni ape keje nya skrg? ke tgh study?
hidet replied at 16-11-2021 01:40 PM
Jadi model/cover hi end brand...syok hidup..tak payah buat resume
ADVERTISEMENT