CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bakal Dipenjara Kerana Kerap Memarahi Suami Mabuk Hingga Psikologi Terganggu

15-11-2021 09:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1070| Komen: 2

Description: Pihak pendakwa raya mencadangkan supaya seorang wanita berusia 45 tahun dari Karawang, Jawa Barat dijatuhi hukuman penjara setahun kerana kerap berleter dan memarahi suaminya yang mabuk.
Pihak pendakwa raya mencadangkan supaya seorang wanita berusia 45 tahun dari Karawang, Jawa Barat dijatuhi hukuman penjara setahun kerana kerap berleter dan memarahi suaminya yang mabuk.


Pendakwa raya menyampaikan tuntutan tersebut dengan alasan tertuduh melakukan kekerasan dalam rumah tangga secara psikologi.

CNN Indonesia melaporkan, tuntutan itu dibacakan dalam sidang mahkamah di Pengadilan Negeri Karawang.


Gambar hiasan

Pendakwa Raya, Glendy Rivano berkata, kes itu melibatkan Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2004 Tentang Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga.


Menurutnya, suami tertuduh mengaku diusir dan dimarahi dengan kata-kata kasar hingga psikologinya terganggu.

Bagaimanapun peguam bela tertuduh, Iwan Kurniawan berkata, pihaknya akan mendedahkan fakta perbicaraan dalam pengakuan atau pendengaran pembelaan, Khamis depan.

“Dalam fakta yang didedahkan oleh Pendakwa Raya, perlu dibuktikan apa jenis keganasan psikologi terhadap mangsa. Tentunya fakta sebenar akan kami ungkapkan dalam perbicaraan nanti,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 15-11-2021 10:01 PM
Malaysia ada gak ke akta macam ni? Halahaiii jahanam le hidup kalau ada
Quote makadek 15-11-2021 10:03 PM
Malaysia kalau ade habis semua bini kena masuk gokk ...

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-7-2022 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.068925 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top