CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gurauan Peminat Je Tu - Sherry Alhadad

15-11-2021 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5697| Komen: 23

Description: "Setiap pemakaian artis pada malam anugerah, pasti memiliki nilai estetik berbeza. Saya sendiri memandangnya sebagai gurauan daripada peminat di luar sana".
"Setiap pemakaian artis pada malam anugerah, pasti memiliki nilai estetik berbeza. Saya sendiri memandangnya sebagai gurauan daripada peminat di luar sana".


"Paling penting sekali adalah kreativiti mereka! I love".


Kredit foto: IG Sherry

Demikian kenyataan pelakon dan pengacara Sherry Alhadad berhubung jenaka netizen yang menyamakan lengan busana digayakannya ketika Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) lalu dengan pakaian penyanyi, Aina Abdul di Anugerah Bintang Popular BH Ke-34 (ABPBH 34) malam semalam.

Mengenakan busana hitam beropol-ropol di lengan, wargamaya menjadi bahan jenaka mengaitkan lebihan lengan baju Sherry itu dengan gaya Aina di karpet merah ABPBH34 malam tadi yang berupa hijab gumpalan kain berbentuk mawar di kepala.


Pelbagai fesyen menarik artis dan selebriti bergaya sakan di karpet merah memeriahkan anugerah berprestij berkenaan.

Membuat kejutan dengan persembahan istimewa bagi membuka tirai malam kemuncak ABPBH 34 itu, Sherry juga berjaya memikul tanggungjawab membuatkan penonton di rumah merasakan bahang kehangatan seperti dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).


Gumpalan lengan busana digaya Sherry yang disamakan netizen dengan Aina (kanan).

Sherry yang kembali ke pentas ABPBH34 sebagai hos tunggal selepas kali pertama bergandingan dengan Amy Mastura dan AG mengendalikannya pada ABPBH 2014, ternyata semakin mahir dalam pengacaraan meski tanpa kehadiran penonton.

Katanya, dia akan cuba menghiburkan penonton di rumah sebaik mungkin walaupun berseorangan di atas pentas ABPBH34 itu.


Kredit foto: IG Sherry

"Jujurnya, saya gementar sejak Isnin lalu. Sehingga saya menghantar mesej kepada keluarga dan rakan-rakan memohon doa. Sebab selalunya saya mempunyai teman atas pentas, berdua atau bertiga, tetapi kali ini hanya seorang diri.

"Tetapi, saya cuba sebaik mungkin menghidupkan suasana ABPBH34, walaupun berseorangan. Lebih mendebarkan kerana anugerah itu bersiaran secara langsung.

"Terima kasih saya ucapkan kepada kelab peminat iaitu Sherrylicious, rakan selebriti, media dan semua pihak yang memberikan kata-kata semangat," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tootii 15-11-2021 02:14 PM
bagi aku, dia ni wpun badan berisi tapi dia blh carry apa jugak baju yg dia pakai ..nampak elok je ..
ada yg kurus, tapi asik jadi mangsa fesyen .. atau lbh tepat lagi jadi mangsa pereka fesyen hihihi..
Quote prince_marhaen 15-11-2021 02:57 PM
Sherry nampak classy kalau pakai yang haute-couture or avant-garde, boleh carry, sebab look dia strong, character dia strong, lepas tu cara jawab kritikan pun classy, relaks-relaks & enjoy the comments.

Takdelah macam yang Terpaling Vokal, Terpaling Fesyen, Terpaling Seni, Terpaling Berbakat, Terpaling Cover Lagu Version Sendiri tu, orang kritik or comment busana dia aneh-aneh, tak boleh carry, terus sentap bijik, kata rupa paras tak penting, yang penting ART & BAKAT...yihhhhh!!!!
Quote chekacheku 15-11-2021 02:59 PM
Suka tgk sherry..nmpk fit dan bertenaga
Quote woven11 15-11-2021 03:11 PM
Sheols punya personaliti sangat strong. Kasi la baju apa pun sbb tu nampak class
Quote musangbodoh 15-11-2021 03:26 PM
nie semua kimia
Quote Kurex 15-11-2021 03:45 PM
Oh Tuhan... artis gred A dekat Hollywood tu kalau pergi anugerah & red carpet, helok je pakai minimalis, simple.. tetap jadi bualan... Tetiba artis Malaysia yg datang dari mana, pakai baju mcm kau nak model nak peragakan baju
Quote Pujangga22 15-11-2021 03:56 PM
bagi bakul sampah pun she still nampak bergaya...suka sherry mengacara compare tu jihan...
Quote yondu 15-11-2021 04:02 PM
suka je dia ni. mengacara memang ok. i lebih rela tengok dia mengacara dr yg bersin sekuat hati time live, yg asyik merapu meraban je tny soalan tah pape, belum campur yg kejap2 ada bipolar tiba2 tunjuk punggung, tunjuk itu ini. Skg pn da x ramai pengacara best2. rindu zmn cheryl ahmad, sarimah sume tu
Quote makadek 15-11-2021 09:13 PM
Dsbbkn ku anti stock2 gundu
Aku tkleh puji
Tk leh nk minat sherry ni
Quote Normabaru 15-11-2021 09:26 PM
Kaka tgk ig fash_observer..buruk2 nye lahai attire masing2.. Rupenye bunga aina tu tiru. Yang ikan paus pon tiru. Bju jenna gundu pon tiru. Kreatif celah mana klu dh sume tiru tiru tiruuuu!!! Yihh
Quote anony-mous 15-11-2021 09:40 PM
Normabaru replied at 15-11-2021 09:26 PM
Kaka tgk ig fash_observer..buruk2 nye lahai attire masing2.. Rupenye bunga aina tu tiru. Yang ikan p ...

I boleh terima yg janna nick jah. Nampak la inspired. Yg aina tu mmg nampak la meniru. Yg asal by balenciaga tu lawa
Quote dudaberhias 15-11-2021 09:48 PM
Normabaru replied at 15-11-2021 09:26 PM
Kaka tgk ig fash_observer..buruk2 nye lahai attire masing2.. Rupenye bunga aina tu tiru. Yang ikan p ...

baju sherry dah macam tiru corndog cheeese....takpun rhoperr macam karpet yang Jah pi beli pakai duit susu kambuihhh dengan bini kat nilai selangor tu...

Quote dudaberhias 15-11-2021 09:51 PM
dah nama pun anugerah sangkak beli undian pukal undi diri sendiri dikkk...
dah tentu2 la pakaian2nya sedih2.. takkan la nak glam vavavoommm persis met gala versi south african... benda boleh beli buatpeee perabihhh ke baju... baik perabih ke undi boleh jugak menang objek tumpul yang tak boleh tusuk tu balik ke umah letak dalam almari kaca yg penuh anugerah2 beli yang lain dengan anugerah sekolah rendah dan sekolah menengah letak sebelah2....
Quote mojarean_X 15-11-2021 10:04 PM
Rindu zaman Siti pakai dress Michael Ong bertingkat2 nk tiru Nicole Kidman dulu
Quote Normabaru 15-11-2021 10:27 PM
dudaberhias replied at 15-11-2021 11:48 PM
baju sherry dah macam tiru corndog cheeese....takpun rhoperr macam karpet yang Jah pi beli pakai d ...

Bila tang fesyen masing2 all out.. xde nk bertatih sarung itu tanggal ini.. slow mo ke apa

Bila nk tutup aurat dgn sempurna.. Masing2 terus acah mualap br peluk islam mlm smlm.. Jd kena slow2 xblh drastik
Quote love_warrior 15-11-2021 10:27 PM
Ok ja fashun AA, tapi dis time dia berani pakai bju ketat cmtu, sblom ni bju baggy² ... lps gigih masuk gym... Motip
Quote gigi 16-11-2021 10:49 AM
sherry kau pakaii baju apa pun tetap nampak DEBAB
Quote mamaneesa 16-11-2021 11:45 AM
love_warrior replied at 15-11-2021 10:27 PM
Ok ja fashun AA, tapi dis time dia berani pakai bju ketat cmtu, sblom ni bju baggy² ... lps gigih m ...

terkejut gak aritu tgk dia dh berani pakai yg ikut shape tu. trus teringat org ckp bila dh kurus mesti nak tayang body kurus tu...huhu

suka sgt suara dik aina ni, harap2 jgn biarkan diri tu jd bhn eksperimen pereka2 fesyen dah la
Quote Perawankota 19-11-2021 04:30 AM
Aku ingatkan Tom abg saufi, muka dh lebih kurang

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.076908 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top