Curahan hujan di Indonesia semakin meningkat dan di beberapa kawasan, kerajaan tempatan mula bersia sedia dengan jangkaan bencana banjir.
Reuters melaporkan, di sebalik ‘bencana’ yang bakal dihadapi itu, lain pula bagi Ki Joko Sapu-Jagat, seorang bomoh hujan terkenal. Sebabnya, sejak musim hujan ini, dia sudah banyak menerima permintaan orang ramai supaya ‘menolak hujan’, khususnya bagi mereka yang mahu melangsungkan kenduri perkahwinan. Hari pertama kembali bekerja selepas sekian lama ‘terperuk’ di rumah ekoran pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM), Ki Joko kini kembali beroperasi.
Walaupun ramai yang tidak percaya, namun masih ada yang percaya dengan kemampuan ‘pawang hujan’ itu mengawal cuaca. Di negara yang mengalami hujan monsun selama berbulan-bulan setiap tahun ini, bomoh hujan sering diupah untuk memastikan majlis perkahwinan, konsert dan juga acara kerajaan ‘bebas daripada hujan’. Menurut Ki Joko, dia ‘mencipta’ pelindung yang tidak kelihatan untuk memindahkan awan ke tempat lain. Ki Joko kembali bertugas membabitkan majlis perkahwinan di Bekasi, Jawa Barat yang dihadiri 400 tetamu, ketika cuaca diramalkan ribut dan hujan. Dia berasal dari susur galur nenek moyang dukun hujan di Bali dan telah mewarisi perkara itu selama beberapa dekad. Sumber: Utusan
|
Adrif replied at 3-11-2021 12:20 AM
teringat masa pakcik aku kawen dulu. lama dah.
masa tu kami mesyuarat kenduri, semua sedara-mara be ...
ADVERTISEMENT