Tindakan pihak sekolah membuat pemeriksaan haid secara fizikal terhadap murid dipandang serius oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Tanpa bertangguh, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Kuching, Dr Radzi terus menuju ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlakunya amalan tersebut. “Saya memandang serius dakwaan berhubung perkara tersebut. “Sekiranya ada amalan sebegini di mana-mana institusi KPM, kami komited untuk memastikan ianya tidak terus berlaku,” katanya.
Dr Radzi mendengar sendiri secara terus daripada murid di sekolah berkenaan untuk mendapatkan maklumat mengenai dakwaan itu. Beliau turut mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah terbabit. “KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama. “Ini bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua,” katanya. Dr Radzi berkata, Kementerian Pendidikan akan memperhalusi segala maklumat yang diperolehi bagi tindakan lanjut. Sumber: Suara Merdeka |
nakkomenjugak replied at 27-10-2021 02:02 PM
Zaman SR/SA memang ada
Dok sibuk raba2 fooki
Suruh solat semua
Cik_jantung replied at 27-10-2021 03:58 PM
Patutnya sediakan je period table setiplap student tu. Tick tarikh masing2. Period ni takkan lari ja ...
Kitty_catz replied at 27-10-2021 04:12 PM
setajah meols ada fetish nengok pad berdarah.. ntah lalu makan ke tak lepas tu tak ku tahu
mmg me ...
ADVERTISEMENT