CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

14 Tahun Berlalu, Bapa Nurin Jazlin Desak Siasat Semula- "Tu Bukan Mayat Anak Saya"

27-10-2021 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16013| Komen: 272

Description: Sejak penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berkeadaan tragis pada pagi 17 September 2007 dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya, Sela ...
Sejak penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berkeadaan tragis pada pagi 17 September 2007 dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya, Selangor, Jazimin Abdul Jalil tetap berpendirian itu bukanlah anaknya, Nurin Jazlin.


Sepanjang tempoh 14 tahun kejadian Nurin Jazlin hilang hingga kini, Jazimin, 47, berkata, dia masih mengingati pengecaman fizikal yang dilakukan terhadap mayat kanak-kanak berkenaan berlainan dengan ciri-ciri pada anaknya yang ketika itu berusia lapan tahun.

Beliau berkata, ini termasuk saiz gigi yang berbeza, tahi lalat hidup di paha dan ketiadaan parut suntikan pelalian Bacillus Calmette–Guerin (BCG).

Foto: Harian Metro



"Dari dahulu lagi saya menafikan bahawa kanak-kanak itu Nurin Jazlin seperti kenyataan yang diulangi sebelum ini. Waktu itu saya perlu lunaskan fardu kifayah terhadap jenazah kanak-kanak berkenaan untuk dikebumikan.

"Jenazah kanak-kanak itu ada tahi lalat hidup di paha yang hakikatnya tidak ada pada anak saya. Begitu juga dengan saiz gigi jenazah yang lebih besar berbanding Nurin Jazlin.

"Saya sudah tanya rakan pakar forensik adakah saiz gigi seseorang boleh berubah jika menjadi mangsa penderaan? Pakar forensik berkata tidak akan berlaku demikian.

"Kemudian jenazah kanak-kanak dikatakan Nurin Jazlin itu tidak mempunyai parut BCG sedangkan anak saya sudah mengambil pelalian berkenaan," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di kedai makanan miliknya di Menara Teo Chew, Pekeliling, di sini.



Pada masa itu, katanya, tiada sesiapa yang menuntut jenazah dan tiada sesiapa membuat laporan polis mengatakan kehilangan kanak-kanak atau kehilangan anak.

Menurutnya, ketika itu juga hasil daripada pemadanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang didakwa mengesahkan mayat kanak-kanak terbabit adalah Nurin Jazlin juga dipertikaikannya berikutan keputusannya diperoleh terlalu cepat.

"Saya pernah meminta supaya ujian pemadanan DNA dilakukan sekali lagi namun terpaksa saya batalkan apabila pihak berkuasa memberitahu ia akan menyebabkan jenazah lebih lama di peti mayat.

"Memang pada waktu itu saya hanya mahu menunaikan fardu kifayah supaya pengurusan jenazah kanak-kanak yang ditemui dapat disempurnakan segera walaupun enggan menerima dan mengakui itu Nurin Jazlin," katanya.


Foto: Arkib NSTP

Sehubungan itu, Jazimin meminta kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kes Nurin Jazlin.

"Itulah satu daripada langkah yang saya harapkan. Tubuhkan jawatankuasa khas. Jika kerajaan tubuhkan jawatankuasa khas untuk mencari kebenaran kes Adib (anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim), Pulau Batu Putih dan Tommy Thomas (bekas Peguam Negara), saya nakkan keadilan untuk anak saya, Nurin Jazlin.

"Selama 14 tahun saya masih menunggu jawapan daripada pihak yang berwajib mengenai siapa pelaku kepada Nurin Jazlin," katanya.

Jazimin berkata, dia ada membuat laporan polis pada Jun lalu selepas mendapat petunjuk lain daripada seorang individu warga Indonesia berhubung suspek kes Nurin Jazlin, tetapi masih belum dapat reaksi positif.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terbaru itu, seorang lelaki Indonesia yang bekerja dalam bidang perkapalan dikatakan menculik Nurin Jazlin dan anaknya itu sudah dibawa ke negara jiran berkenaan.


Foto: Harian Metro

Katanya, dia tidak berniat untuk mencari publisiti apabila meminta pihak berkuasa melakukan siasatan semula kes Nurin Jazlin, sebaliknya semata-mata mahukan keadilan.

"Kalau pihak berwajib tak dapat anak saya dalam keadaan yang selamat, sekurang-kurangnya dapat si pelaku itu untuk dibawa ke muka pengadilan, baru saya berpuas hati. Baru saya boleh tidur lena. Kalau tidak saya asyik teringat sahaja.

"Kadang-kadang jam 3 pagi saya terjaga, saya teringatkannya. Sampai bila saya nak bersikap macam itu," katanya.

Beliau berkata, walaupun berat mengakui mayat ditemui 14 tahun lalu itu dan yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak adalah Nurin Jazlin namun sekurang-kurangnya ada pusara untuk diziarahi daripada hilang begitu sahaja.

Hingga kini, katanya, dia masih menyimpan pakaian sekolah yang ada tanda nama Nurin Jazlin sebagai kenangan walaupun ia semakin lama semakin lusuh.

"Pakaian Nurin Jazlin yang lain sudah disedekahkan kepada orang memerlukan," katanya.

Mengenai perniagaan kedai makannya, Jazimin berkata, ada sebab dia meletakkan gambar besar Nurin Jazlin pada papan tanda dan sepanduk kedai di dua cawangannya.

Menurutnya, ini kerana dia masih berharap jika Nurin Jazlin masih hidup, anaknya itu akan kembali pulang ke pangkuannya jika terpandangkan paparan gambar terbabit.

Nurin Jazlin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos 2007.

Dia yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.

Penjenayah yang dikatakan menculiknya menyumbat mayat mangsa dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Mayat itu kemudian ditemui oleh pemilik kedai sebelum diadukan pada polis.

Polis kemudian berusaha menjejaki suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian namun kualiti video yang kurang jelas menyukarkan polis untuk mengecam wajah suspek. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 27-10-2021 01:31 PM
Wow, macam menarik je
Quote nononcrux 27-10-2021 01:36 PM
lama dah kes ni, hmm kalau tengok crime patrol kes bertahun pon boleh settle dgn cekap.. tapi ada butol ka itu?
Quote tumpanglalu74 27-10-2021 01:42 PM
Geng Darul Syifa tau sape buad tapi takmo kasi tau sesape..
Quote monreyes 27-10-2021 01:52 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2021 01:42 PM
Geng Darul Syifa tau sape buad tapi takmo kasi tau sesape..

citer la lebih sikit
Quote LoveSungmin 27-10-2021 01:57 PM
biar je la jenazah tu disimpan lama sikit asalkan kita puas hati dengan result dna.. ada pula bagi alasan macam tu then nak minta siasat semula after so many years.. dah jadi cold case pun..
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 02:00 PM
Kesiannya... Iol tak boleh tengok parents kehilangan anak dengan cara tragis ni

Iol ingat lagi kat paper gambar mayat nurin (?) tu
Kalau tu bukan arwah nurin, siapa tu?

Quote axl_bach 27-10-2021 02:03 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2021 01:42 PM
Geng Darul Syifa tau sape buad tapi takmo kasi tau sesape..

Mengarutlah dorg bleh tau sapa buat...

Kalau dorg ada capability utk tau pembunuh Nurin ni patut dorg gak bleh tau mana tempat bangkai pesawat MH370 bersemadi
Quote uori 27-10-2021 02:07 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2021 01:42 PM
Geng Darul Syifa tau sape buad tapi takmo kasi tau sesape..

sape? orang luar ke orang terdekat?
ayuh bongkarkan kat sini
Quote tumpanglalu74 27-10-2021 02:11 PM
uori replied at 27-10-2021 02:07 PM
sape? orang luar ke orang terdekat?
ayuh bongkarkan kat sini

Dorang terer remote viewing kan?

Quote LadyCarefree 27-10-2021 02:15 PM
axl_bach replied at 27-10-2021 01:03 PM
Mengarutlah dorg bleh tau sapa buat...

Kalau dorg ada capability utk tau pembunuh Nurin ni patut ...

Chuols jangaaaaan. Ada orang tu masa Sarah nak meninggal pun dia tau dan ada rasa ke haper ha.
Quote axl_bach 27-10-2021 02:17 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2021 02:11 PM
Dorang terer remote viewing kan?

Dorg xleh tgk ke kat mana bangkai MH370?
Quote RinIna 27-10-2021 02:34 PM
Masih ingat lagi kisah ni.. mmg tragis dan sedih sgt.. ayh dia masa tu mmg x nak ngaku tu ank dia..
Quote tumpanglalu74 27-10-2021 02:36 PM
LadyCarefree replied at 27-10-2021 02:15 PM
Chuols jangaaaaan. Ada orang tu masa Sarah nak meninggal pun dia tau dan ada rasa ke haper ha.

Pagi meninggal la ngok..  Dapat merasekan kesedehan roh arwah.  Ko jelez nape???

Quote noor2 27-10-2021 02:39 PM
Oh my....sebaknya baca....aku lebih percaya kata2 bapanya ni....
Quote sharlenetexas 27-10-2021 02:39 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2021 01:42 PM
Geng Darul Syifa tau sape buad tapi takmo kasi tau sesape..


Ada kaitan dgn upacara ke?

Quote Tokeybundle 27-10-2021 02:41 PM
Teringat masa berita tv3 tunjuk sembahyang jenazah imam ni menangis teresak2 masa baca doa utk jenazah
Pemberita tu pun sebak
Iolls pun nangis kat rmh
Quote tumpanglalu74 27-10-2021 02:42 PM

Aku pecaye.. pasti sekali child sacrifice.

Quote spankee_fili 27-10-2021 02:43 PM
Tapi rasa macam pernah ayah Nurin ni cakap tu bukan anak dia
People assume dia indenial
Cuma kalau dia yakin tu bukan anak dia patutnya buat DNA test sampai puas hati baru release mayat
Ada foul play dalam kes ni kah? Kenapa?
Quote missus_meow 27-10-2021 02:51 PM
dah 14 tahun berlalu ... kalo tu bkn nurin jazlin, anak sape pulak yg jd mangsa ...

Lihat semua komen(272)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-1-2022 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.077942 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top