CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Sebagai Rakyat Malaysia Dan Seorang Lelaki Saya Kena Cakap..." - Joe Flizzow

27-10-2021 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 973| Komen: 0

Description: Penyanyi rap popular, Joe Flizzow terpanggil untuk bersuara di media sosial baru-baru ini mengenai kontroversi program bual bicara Rumah No 107 yang membincangkan babak rogol membabitkan pelakonnya, F ...
Penyanyi rap popular, Joe Flizzow terpanggil untuk bersuara di media sosial baru-baru ini mengenai kontroversi program bual bicara Rumah No 107 yang membincangkan babak rogol membabitkan pelakonnya, Fauzi Nawawi dengan Raja Farah dalam filem Anak Halal kerana menganggap ia keterlaluan.


"Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai individu yang terbabit dalam program itu. Bukan cara saya untuk bersuara, namun saya tampil membuka mulut kerana berpendapat bukan semua benda boleh dijadikan bahan jenaka.


Kredit foto: IG Joe

"Sebagai rakyat Malaysia dan seorang lelaki, saya terpanggil untuk menyuarakan rasa ralat mengenai perkara berkenaan. Bagi saya, perkara itu begitu melampau dan memaparkan kelakuan kita sebagai masyarakat.


"Saya tidak mahu menyinggung mana-mana pihak apatah lagi kami berlainan cabang seni. Saya daripada bidang muzik dan tiada kena mengena dengan bidang filem, namun perkara itu tidak seharusnya berlaku," katanya.


Kredit foto: IG Joe

Menurut Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, golongan selebriti yang mempermainkan isu terbabit dianggap tidak matang dan profesional.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2021 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.077712 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top