Hujan 10 Minit, Hentian Bas Seksyen 20 Banjir SHAH ALAM - Baru sahaja hujan lebat tidak sampai 10 minit, jalan hadapan hentian bas di Seksyen 20, Shah Alam sudah digenangi air . Suasana tersebut sekaligus mencetuskan suasana panik terhadap pembonceng motosikal yang meninggalkan motor mereka untuk berlindung di situ kerana, limpahan air hujan tersebut hampir-hampir ‘menenggelamkan’ motor mereka. “Saya baharu sahaja berhenti ‘parking’ motor saya disini, hujan terlalu lebat… tetapi baru sahaja ‘parking’, motor saya dah hampir hanyut, jadi terpaksalah saya ubah dengan kadar segera,” kata seorang pembonceng motorsikal tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad. Dalam pada itu, pemerhatian Sinar Online mendapati punca kejadian itu terjadi adalah disebabkan oleh keadaan parit yang tersumbat dan keadaan tempat menunggu bas tersebut yang terlalu rendah sehingga mudahnya aliran air ‘berkumpul’ di kawasan tersebut. Oleh itu, kepada pihak berkuasa tempatan diharap turun padang menyiasat punca tersebut, bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
|
17
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
6
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT