NaylaArisha Publish time 11-2-2014 07:08 PM

kak_sall posted on 11-2-2014 03:44 PM static/image/common/back.gif
sedap sungguh kuih bahulu,
dikongsi bersama Encik Vellu
kata-kata nasihatmu ku junjung selalu,


sungguh pantas berlalunya masa
tidak kusedari diri dah tua
salam perkenalan buat adik zadzamusa
saling menasihati amalan kita semuahttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif


********************************************
naik bukit pergi bertapa
sambil2 mahu berburu
lama sudah tidak menyapa
lantaran masa yang terlalu cemburu


NaylaArisha Publish time 11-2-2014 07:12 PM

zadzamusa posted on 11-2-2014 03:36 PM static/image/common/back.gif
mata terarah hanya di pintu
menunggu si dia hati merindu
kalau dah memang harus begitu


sedap sungguh kuih bahulu,
dikongsi bersama Encik Vellu
kata-kata nasihatmu ku junjung selalu,
tapi terlupa nak berkenalan dahulu..http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif


*******************************

makin lama makin jemu
tapi harus jugak di telan
pantun seloka medan bertemu
Hai zaza selamat berkenalan


anniez08 Publish time 11-2-2014 11:23 PM

NaylaArisha posted on 7-2-2014 02:27 PM static/image/common/back.gif
laparnya perut makan kebab
sambil melihat tarian kuda
punca menghilang ada bersebab


Bunga mawar di susun sepuluh
Buat hantaran Adik si Farhan
Buka CARI noti dah lebih seratus lima puluh
Nampaknya kena reply perlahan-lahan

*******************************

pulau pandan nampak berbayang
hujan pula sedang menitis
bertabahlah wahai nay sayang
sudah habiskah nay reply notis?..;P


Last edited by anniez08 on 12-2-2014 12:10 PM

anniez08 Publish time 11-2-2014 11:28 PM

moyas posted on 8-2-2014 10:52 AM static/image/common/back.gif
pergi ketaman mengejar rama-rama
berlari-lari hingga kepenatan
dah lama kita tak moyan bersama


nampak air baling-baling batu
batu dikutip oleh makcik mala
masa moyan sekarang di catu
di kuatiri kerja lain tergendala


http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/th_2lol.gif

*****************************************

masa periksa tak dapat nombor satu
kena denda berdiri depan pintu
N juga patut buat macam tu
sekarang pun N moyan tak tentu..{:1_563:}

anniez08 Publish time 11-2-2014 11:34 PM

NaylaArisha posted on 11-2-2014 07:04 PM static/image/common/back.gif
pergi ketaman mengejar rama-rama
berlari-lari hingga kepenatan
dah lama kita tak moyan bersama


2013 sudah berlalu
begitu banyak kenangan lama
kalau macam tu moyan lah selalu
barulah boleh moyan bersama

************************

hendak bercakap terasa malu
minta disampaikan oleh cik Eja
tahun 2013 banyak kenangan lalu
tahun 2014 masa untuk santai saja..:$

zadzamusa Publish time 12-2-2014 10:32 AM

kak_sall posted on 11-2-2014 03:44 PM static/image/common/back.gif
sedap sungguh kuih bahulu,
dikongsi bersama Encik Vellu
kata-kata nasihatmu ku junjung selalu,


sungguh pantas berlalunya masa
tidak kusedari diri dah tua
salam perkenalan buat adik zadzamusa
saling menasihati amalan kita semua

######################


hendak ke utara menaikki kereta,
singgah sebentar di kedai nyonya,
saling menghormati sesama kita,
harap-harapnya begitulah hendaknya.

zadzamusa Publish time 12-2-2014 10:49 AM

moyas posted on 11-2-2014 03:57 PM static/image/common/back.gif
Walau berdarah tetap ku tenang,
Kerana tercucuksi duri semalu,
baik pekerti moy buat ku terken ...

unggas dihutan turut berdendang
bersiul riang sekawan merpati
bila terluang datanglah bertandang
rumah CARI senantiasa menanti

######################

Indah sungguh perabot jati,
Tampak menarik memenuhi ruang,
rumah CARI tetap di hati,
luangkan masa bila berpeluang.

zadzamusa Publish time 12-2-2014 11:21 AM

NaylaArisha posted on 11-2-2014 07:12 PM static/image/common/back.gif
sedap sungguh kuih bahulu,
dikongsi bersama Encik Vellu
kata-kata nasihatmu ku junjung selalu,


makin lama makin jemu
tapi harus jugak di telan
pantun seloka medan bertemu
Hai zaza selamat berkenalan

#################

bercucuk tanam di tanah gambut,
keringat membasahi ditubuhku ini,
salam perkenalanmu ku sambut,
indahnya rasa nak bertamu di sini,

moyas Publish time 12-2-2014 11:41 AM

kak_sall posted on 11-2-2014 12:01 PM static/image/common/back.gif
nampak air baling-baling batu
batu dikutip oleh makcik mala
masa moyan sekarang di catu


malam-malam pasang pelita
habis minyak sumbu berasap
nampaknya dik moyas senasib lah kita
kerja bertimbun takut tak siaphttp://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/cry.gif
+++++++++++++++++++++++++++++
pergi kehutan memburu rusa
membawa bekal kueh lepat
kalau pandai membahagi masa
kerja siap menCARI pun dapat
:lol:


moyas Publish time 12-2-2014 12:33 PM

NaylaArisha posted on 11-2-2014 07:06 PM static/image/common/back.gif
unggas dihutan turut berdendang
bersiul riang sekawan merpati
bila terluang datanglah bertandang ...

cantik sungguh bersopan santun
menjadi kebanggan En Ilyas
sudah lama ikut berpantun
baru kini tersua moyas
+++++++++++++++++++++
ikan tenggiri juga daging sekati
dimasak pula di tepian pantai
daku ada saja disini memerhati
setiap inci kamu ku intai-intai

:lol:




kak_sall Publish time 12-2-2014 12:43 PM

NaylaArisha posted on 11-2-2014 07:08 PM static/image/common/back.gif
sungguh pantas berlalunya masa
tidak kusedari diri dah tua
salam perkenalan buat adik zadzamusa
...
naik bukit pergi bertapa
sambil2 mahu berburu
lama sudah tidak menyapa
lantaran masa yang terlalu cemburu

******************************************

sungguh erat tali persahabatan
bermula dengan pantun seloka
datanglah selalu bila berkesempatan
silaturrahim terjalin tetap terpelihara :loveliness:


kak_sall Publish time 12-2-2014 12:47 PM

moyas posted on 12-2-2014 11:41 AM static/image/common/back.gif
malam-malam pasang pelita
habis minyak sumbu berasap
nampaknya dik moyas senasib lah kita

pergi kehutan memburu rusa
membawa bekal kueh lepat
kalau pandai membahagi masa
kerja siap menCARI pun dapat

**********************************************

semakin dekat hari periksa
hati di dalam ber dup dap dup dap
masalahnya bukan kerana masa
bos sentiasa kena mengadap :vmad3:
Last edited by kak_sall on 12-2-2014 03:58 PM

NaylaArisha Publish time 12-2-2014 03:38 PM

anniez08 posted on 11-2-2014 11:23 PM static/image/common/back.gif
Bunga mawar di susun sepuluh
Buat hantaran Adik si Farhan
Buka CARI noti dah lebih seratus lim ...

pulau pandan nampak berbayang
hujan pula sedang menitis
bertabahlah wahai nay sayang
sudah habiskah nay reply notis?..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

******************************
cantik sungguh pancaran lampu
di beli oleh sepasang dekan
reply notis mana yang mampu
kalau tak mampu nay tinggalkan

kak_sall Publish time 12-2-2014 03:57 PM

zadzamusa posted on 12-2-2014 10:32 AM static/image/common/back.gif
sungguh pantas berlalunya masa
tidak kusedari diri dah tua
salam perkenalan buat adik zadzamusa
...

hendak ke utara menaikki kereta,
singgah sebentar di kedai nyonya,
saling menghormati sesama kita,
harap-harapnya begitulah hendaknya

*************************************

memang benar pepatah berbicara
ambil yang jernih buang yang keruh
hidup kita hanya sementara
banyakkan berkawan jangan bermusuh :bye:


anniez08 Publish time 12-2-2014 10:39 PM

NaylaArisha posted on 12-2-2014 03:38 PM static/image/common/back.gif
pulau pandan nampak berbayang
hujan pula sedang menitis
bertabahlah wahai nay sayang


cantik sungguh pancaran lampu
di beli oleh sepasang dekan
reply notis mana yang mampu
kalau tak mampu nay tinggalkan

**************************

badan sihat sebab bersukan
minda tenang senang belajar
kalau banyak notis ditinggalkan
bagaimana legend yang di kejar?..:$

moyas Publish time 14-2-2014 10:47 AM

kak_sall posted on 12-2-2014 12:47 PM static/image/common/back.gif
pergi kehutan memburu rusa
membawa bekal kueh lepat
kalau pandai membahagi masa


semakin dekat hari periksa
hati di dalam ber dup dap dup dap
masalahnya bukan kerana masa
bos sentiasa kena mengadap
++++++++++++++++++++++++++
pergi bercuti menaiki kereta
tak cukup berdua tambah berlima
jika begitu bagai kaksall kata
malam sahajalah dikau menjelma

NaylaArisha Publish time 14-2-2014 01:38 PM

anniez08 posted on 11-2-2014 11:34 PM static/image/common/back.gif
2013 sudah berlalu
begitu banyak kenangan lama
kalau macam tu moyan lah selalu


hendak bercakap terasa malu
minta disampaikan oleh cik Eja
tahun 2013 banyak kenangan lalu
tahun 2014 masa untuk santai saja..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif

*****************************

sepanjang hari menghadap kerja
tiada masa untuk bersantai
siang malam gigih berkerja
hendak moyan tangan di rantai :'(:'(



NaylaArisha Publish time 14-2-2014 01:41 PM

zadzamusa posted on 12-2-2014 11:21 AM static/image/common/back.gif
makin lama makin jemu
tapi harus jugak di telan
pantun seloka medan bertemu


bercucuk tanam di tanah gambut,
keringat membasahi ditubuhku ini,
salam perkenalanmu ku sambut,
indahnya rasa nak bertamu di sini,

******************************

pengantin di belai mandian lulur
pengantin di rai bertema barat
terima kasih salam di hulur
moga silaturahim semakin erat

NaylaArisha Publish time 14-2-2014 01:43 PM

moyas posted on 12-2-2014 12:33 PM static/image/common/back.gif
cantik sungguh bersopan santun
menjadi kebanggan En Ilyas
sudah lama ikut berpantun


ikan tenggiri juga daging sekati
dimasak pula di tepian pantai
daku ada saja disini memerhati
setiap inci kamu ku intai-intai

*************************

bertaburan sampah hendak di kutip
dikutip oleh anak Pak Riyan
rupanya cik momoy jadi pengintip
melepas rasa tak dapat moyan :lol::lol:

NaylaArisha Publish time 14-2-2014 01:45 PM

kak_sall posted on 12-2-2014 12:43 PM static/image/common/back.gif
naik bukit pergi bertapa
sambil2 mahu berburu
lama sudah tidak menyapa


sungguh erat tali persahabatan
bermula dengan pantun seloka
datanglah selalu bila berkesempatan
silaturrahim terjalin tetap terpelihara http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif


*******************************

adik Fira mengadu sakit begnya berat
terpaksa di angkat oleh kak layla
pantun seloka jadi pengerat
antara kak sall dan juga Nayla

Pages: 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 [16] 17 18 19 20 21 22 23 24 25
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT