kak_sall Publish time 14-1-2014 06:42 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 03:22 PM static/image/common/back.gif
kejar tacang moyan ngn gigih
menunggu hasil terkumpul banyak
janji ginger akan di tagih

buat tapai gunakan ragi
tapi dah habis malas nak ke pasar
tunggu saja dua tahun lagi
tapi jangan lupa bawa hadiah besar

******************************

beras ditampi mengasing padi
letih menampi berguni-guni
dalam dua tahun macam2 boleh jadi
entah2 dah lupa kita di sini :'(

ginger_B Publish time 14-1-2014 11:25 PM

kak_sall posted on 14-1-2014 06:22 PM static/image/common/back.gif
cantik sungguh pandangan di bukit banjar
sinar mentari sangatlah redup
saya perlu banyak belajar ...

jangan makan sambil berdiri
orang tua2 selalu berpesan
belajar lah dari pengalaman sendiri
itu lah pengajaran yang paling berkesan http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

******************************

dari hilir hendak ke hulu
berakit bersama cik puan maya
kenalah berumah tangga dulu
baru dapat belajar sepenuhnya :loveliness:

ginger_B Publish time 14-1-2014 11:29 PM

kak_sall posted on 14-1-2014 06:29 PM static/image/common/back.gif
dari pahang hendak ke melaka
singgah sebentar bermandi manda
saya suka berpantun seloka


kandang dibuka terus diterkam
bersiap-sedialah bersama parang
asahlah sampai tajam menikam
moga tak mudah dibuli orang http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/3flex.gif

***********************

cantik sungguh si cincin tanda
untuk jelita yang tinggal di marang
itu bukan nak mengasah minda
tapi macam nak mengasah parang {:1_563:}

ginger_B Publish time 14-1-2014 11:33 PM

kak_sall posted on 14-1-2014 06:33 PM static/image/common/back.gif
naik motor bersama mutu
nak pergi ke tempat kerja
sedap sungguh menu istimewa tu


hati dah panas jangan cari pasal
bila mengamuk bagaikan ribut taufan
jemputlah datang ke teratak kak sall
menu kangkung sentiasa jadi santapan http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*****************************

goreng jemput-jemput untuk sarapan
menikmati hidangan di atas rumput
menu kangkung jadi santapan
bila agaknya kak_sall nak jemput;P

ginger_B Publish time 14-1-2014 11:44 PM

kak_sall posted on 14-1-2014 06:42 PM static/image/common/back.gif
buat tapai gunakan ragi
tapi dah habis malas nak ke pasar
tunggu saja dua tahun lagi


beras ditampi mengasing padi
letih menampi berguni-guni
dalam dua tahun macam2 boleh jadi
entah2 dah lupa kita di sini http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/cry.gif

***************************
masuk hutan tangkap rama-rama
sambil menunggang kuda belang
dua tahun bukanlah lama
pejam celik saja dua tahun menjelang..;P

NaylaArisha Publish time 15-1-2014 09:47 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 04:39 PM static/image/common/back.gif
Daulat Tuanku irama di raja
menjadi sebutan ahli majlis tertinggi
sekarang susah nak cari kerja
...

sungguh indah bulan di awan
terasa nyaman hingga ke hati
jangan di gusar dan jangan di rawan
sebab rezeki tuhan yang beri..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

**********************************

memang rezeki Allah yang beri
dinafi tidak di sanggah pon tidak
tapi sekarang susah nak cari
kerja yang boleh mengikut kehendak ;P

kak_sall Publish time 15-1-2014 10:15 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 11:44 PM static/image/common/back.gif
beras ditampi mengasing padi
letih menampi berguni-guni
dalam dua tahun macam2 boleh jadi


masuk hutan tangkap rama-rama
sambil menunggang kuda belang
dua tahun bukanlah lama
pejam celik saja dua tahun menjelang

***********************************

sayup terdengar kompang dipalu
si dara menunggu debar di hati
memanglah masa cepat berlalu
bukan jaminan tetap diingati :P

NaylaArisha Publish time 15-1-2014 10:15 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 04:59 PM static/image/common/back.gif
wahai cik abang berkaca mata
nampak handsome lagi menawan
kalau begitu bagai di minta


bulan puasa makan kurma
kalau tak makan terasa rugi
cermin bilik mandi pun saya terima
asalkan mod nay yang bagihttp://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif


***************************

adik kecik lari sembunyi
kerana takut hendak berkhatan
kalau dah itu nada bunyi
nanti kan saya bawa cermin satu tan :lol:

kak_sall Publish time 15-1-2014 10:21 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 11:33 PM static/image/common/back.gif
hati dah panas jangan cari pasal
bila mengamuk bagaikan ribut taufan
jemputlah datang ke teratak ...

goreng jemput-jemput untuk sarapan
menikmati hidangan di atas rumput
menu kangkung jadi santapan
bila agaknya kak_sall nak jemput

*******************************

bermacam program sudah dirangka
menu bermacam kuih dan laksa
teratak kak sall sentiasa terbuka
tetamu di alu setiap masa :loveliness:

kak_sall Publish time 15-1-2014 10:25 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 11:29 PM static/image/common/back.gif
kandang dibuka terus diterkam
bersiap-sedialah bersama parang
asahlah sampai tajam menikam


cantik sungguh si cincin tanda
untuk jelita yang tinggal di marang
itu bukan nak mengasah minda
tapi macam nak mengasah parang

***********************************

buat baik berpada2
budi dilupa hanya sia2
asah parang dan asah minda
mental fizikal selari kekuatannya :loveliness:

kak_sall Publish time 15-1-2014 10:31 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 11:25 PM static/image/common/back.gif
jangan makan sambil berdiri
orang tua2 selalu berpesan
belajar lah dari pengalaman sendiri


dari hilir hendak ke hulu
berakit bersama cik puan maya
kenalah berumah tangga dulu
baru dapat belajar sepenuhnya

*****************************

perasaan bercampur resah dan gembira
rancangan di atur tidak tergendala
apa ditunggu kawinlah segera
turunkan ilmu rumahtangga pada adik2 pula :P

kak_sall Publish time 15-1-2014 10:35 AM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 03:21 PM static/image/common/back.gif
kakak pakai baju warna biru
warna kuning pula untuk saya
sekarang dah masuk tahun baru


cantik bergaya berbaju baharu
di pilih pulak warna merah
apa lah erti tahun baru
dah lah kedekut lagi cekik darah

*********************************

tenangkan hati jangan marah2
petang hari nanti mari beriadah
sabarlah dik nay itu dah lumrah
yang penting ikhlas jadi ibadah {:1_132:}

NaylaArisha Publish time 15-1-2014 10:40 AM

kak_sall posted on 14-1-2014 06:38 PM static/image/common/back.gif
kerja banyak makin sibuk
kampeni pulak makin membesar
saya cuma kerani cabuk


kerja disukai sukar dicari
pada yang dapat syukurlah padaNya
tak perlu lah adik nay merendah diri
kerani dan pengurus sama pentingnya http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/3flex.gif

**********************************

Lenguh rasa kaki berdiri
Tapi seronok ikut perbarisan
harus lah sedar keadaan diri
diri hanya staff picisan {:1_507:}

kak_sall Publish time 15-1-2014 10:40 AM

NaylaArisha posted on 15-1-2014 10:15 AM static/image/common/back.gif
bulan puasa makan kurma
kalau tak makan terasa rugi
cermin bilik mandi pun saya terima


adik kecik lari sembunyi
kerana takut hendak berkhatan
kalau dah itu nada bunyi
nanti kan saya bawa cermin satu tan

*******************************

makan kenduri rumah Puan Yasmin
makan di bawah pohon beringin
kalau dik nay bagi cermin
kak sall pula bagi kipas angin ;P

NaylaArisha Publish time 15-1-2014 02:16 PM

kak_sall posted on 15-1-2014 10:35 AM static/image/common/back.gif
cantik bergaya berbaju baharu
di pilih pulak warna merah
apa lah erti tahun baru


tenangkan hati jangan marah2
petang hari nanti mari beriadah
sabarlah dik nay itu dah lumrah
yang penting ikhlas jadi ibadah http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/icon8.gif

*************************

bukan niat nak marah-marah
tapi hati rasa tak puas sahaja
iyalah kak sall memang dah lumrah
walaupun geram ikutkan sahaja {:1_507:}

NaylaArisha Publish time 15-1-2014 02:19 PM

kak_sall posted on 15-1-2014 10:40 AM static/image/common/back.gif
adik kecik lari sembunyi
kerana takut hendak berkhatan
kalau dah itu nada bunyi


makan kenduri rumah Puan Yasmin
makan di bawah pohon beringin
kalau dik nay bagi cermin
kak sall pula bagi kipas angin http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*************************

Untung badan mandi berlulur
Ditaja pulak Oleh Mak Bedah
Wah kipas angin hadiah di hulur
tapi nak tanya yang tinggi ke yang rendah? ;P

kak_sall Publish time 15-1-2014 02:20 PM

NaylaArisha posted on 15-1-2014 10:40 AM static/image/common/back.gif
kerja disukai sukar dicari
pada yang dapat syukurlah padaNya
tak perlu lah adik nay merendah dir ...

Lenguh rasa kaki berdiri
Tapi seronok ikut perbarisan
harus lah sedar keadaan diri
diri hanya staff picisan

************************

menunggu bonus sampai penasaran
membilang hari penuh pengharapan
setiap individu punya peranan
membangunkan syarikat tempat cari makan :)

kak_sall Publish time 15-1-2014 02:27 PM

NaylaArisha posted on 15-1-2014 02:19 PM static/image/common/back.gif
makan kenduri rumah Puan Yasmin
makan di bawah pohon beringin
kalau dik nay bagi cermin

Untung badan mandi berlulur
Ditaja pulak Oleh Mak Bedah
Wah kipas angin hadiah di hulur
tapi nak tanya yang tinggi ke yang rendah?

***********************************

langit biru bertukar merah
tandanya senja sudah menjengah
kalau ada jualan murah
beli yang tinggi besarlah hadiah ;P
Last edited by kak_sall on 15-1-2014 02:35 PM

kak_sall Publish time 15-1-2014 02:33 PM

NaylaArisha posted on 15-1-2014 02:16 PM static/image/common/back.gif
tenangkan hati jangan marah2
petang hari nanti mari beriadah
sabarlah dik nay itu dah lumrah


bukan niat nak marah-marah
tapi hati rasa tak puas sahaja
iyalah kak sall memang dah lumrah
walaupun geram ikutkan sahaja

*****************************

membiar luka busuk bernanah
sukar diubat bila dah parah
sabar sajalah melayan kerenah
orang besar memang suka mengarah :mad:

NaylaArisha Publish time 15-1-2014 04:38 PM

kak_sall posted on 15-1-2014 02:20 PM static/image/common/back.gif
Lenguh rasa kaki berdiri
Tapi seronok ikut perbarisan
harus lah sedar keadaan diri


menunggu bonus sampai penasaran
membilang hari penuh pengharapan
setiap individu punya peranan
membangunkan syarikat tempat cari makan http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/smile.gif

*******************************

pagi tadi lupa sarapan
sakit perut manahan lapar
makin banyak kerja makin tinggi tekanan
haruslah sentiasa bersabar :(
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT