ciksurie Publish time 1-4-2014 11:35 AM

kak_sall posted on 1-4-2014 11:29 AM static/image/common/back.gif
bengkak bengkil kerna kelahi
selisih faham kerana isteri
denganrestu keizinan ilahi


Pedih di hati luka berdarah
tabah dan sabar melayan kerenah
hanya pada Allah kita berserah
setiap kejadian pasti ada hikmah
****************************

kenduri besar terpacak khemah
cuti sekolah memanglah kerap
sebagai makhluk insan lemah
jangan sampai berputus harap

anniez08 Publish time 1-4-2014 01:39 PM

NaylaArisha posted on 30-3-2014 05:32 PM static/image/common/back.gif
sakitnya kaki tercucuk semalu
gara-gara mengambil buah petola
masa merindu sudah berlalu


cantik sungguh cincin suasa
di sarung pulak di jari Tanti
tak lama lagi bulan puasa
puasa lama sudah berganti?

**************************

berjalan-jalan bersama cik siti
terkena hujan hingga selsema
puasa sudah habis di ganti
cuma menunggu ramadhan menjelma:loveliness:

anniez08 Publish time 1-4-2014 01:47 PM

NaylaArisha posted on 30-3-2014 05:35 PM static/image/common/back.gif
bunyi gendang bertalu-talu
tanda persembahan sudah bermula
zaman moyan kita sudah berlalu


berita terkini berita mutakhir
entah di mana MH 370 berada
zaman nay belum berakhir
keinginan moyan sentiasa ada

***********************

rindu rasanya nak jumpa mat tahir:lol:
bila berjumpa sempat bermanja{:1_563:}
zaman ann pula sudah berakhir
sekarang hanya mencari tacang saja..;P

kak_sall Publish time 2-4-2014 05:32 PM

ciksurie posted on 1-4-2014 11:35 AM static/image/common/back.gif
Pedih di hati luka berdarah
tabah dan sabar melayan kerenah
hanya pada Allah kita berserah

kenduri besar terpacak khemah
cuti sekolah memanglah kerap
sebagai makhluk insan lemah
jangan sampai berputus harap

****************************

doa tak putus dari kita bersama
tak kira bangasa Melayu Cina India
ketentuan Allah tetap diterima
sabar dan redho pengubat jiwa


anniez08 Publish time 11-4-2014 11:16 AM

kak_sall posted on 2-4-2014 05:32 PM static/image/common/back.gif
kenduri besar terpacak khemah
cuti sekolah memanglah kerap
sebagai makhluk insan lemah


indahnya malam bercahaya purnama
si gadis bersimpuh berkebaya petak
lama sudah tak berpantun bersama
kak_sal masih ingat pada N tak?..:$

kak_sall Publish time 14-4-2014 05:54 PM

anniez08 posted on 11-4-2014 11:16 AM static/image/common/back.gif
indahnya malam bercahaya purnama
si gadis bersimpuh berkebaya petak
lama sudah tak berpantun ber ...
ndahnya malam bercahaya purnama
si gadis bersimpuh berkebaya petak
lama sudah tak berpantun bersama
kak_sal masih ingat pada N tak?.

*****************************

kicauan burung indahnya irama
redup suasana mengimbau kenangan
walau dah lama tak berpantun bersama
adik N manis tetap di ingatan... :loveliness:

anniez08 Publish time 14-4-2014 10:20 PM

kak_sall posted on 14-4-2014 05:54 PM static/image/common/back.gif
ndahnya malam bercahaya purnama
si gadis bersimpuh berkebaya petak
lama sudah tak berpantun bers ...

kicauan burung indahnya irama
redup suasana mengimbau kenangan
walau dah lama tak berpantun bersama
adik N manis tetap di ingatan... http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

*************************

pergi ke kebun bersama cik nyonya
hendak mengambil buah rambutan
gembiranya hati bila mendengarnya
kak_sall juga dalam ingatan..:loveliness:

kak_sall Publish time 15-4-2014 10:48 AM

anniez08 posted on 14-4-2014 10:20 PM static/image/common/back.gif
kicauan burung indahnya irama
redup suasana mengimbau kenangan
walau dah lama tak berpantun bers ...

pergi ke kebun bersama cik nyonya
hendak mengambil buah rambutan
gembiranya hati bila mendengarnya
kak_sall juga dalam ingatan..http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

**********************************

sedapnya makan buah berangan
dijual orang di tepi jalanan
ingatan kasih sayang biarlah berpanjangan
silaturrahim terjalin diputuskan jangan :loveliness:

moyas Publish time 8-5-2014 10:09 AM

enaknya kari kambing biri-biri
dibeli pula dari pasar tani
lama sudah daku tidak kemari
melihat-lihat siapa ada disini

kak_sall Publish time 8-5-2014 12:00 PM

moyas posted on 8-5-2014 10:09 AM static/image/common/back.gif
enaknya kari kambing biri-biri
dibeli pula dari pasar tani
lama sudah daku tidak kemari


enaknya kari kambing biri-biri
dibeli pula dari pasar tani
lama sudah daku tidak kemari
melihat-lihat siapa ada disini

******************************************

habis kerja balik ke rumah
sampai rumah termengah-mengah
forumer cari pekerja berhemah
tekun bekerja tak sempat menjengah ;P


moyas Publish time 9-5-2014 01:15 PM

kak_sall posted on 8-5-2014 12:00 PM static/image/common/back.gif
enaknya kari kambing biri-biri
dibeli pula dari pasar tani
lama sudah daku tidak kemari


habis kerja balik ke rumah
sampai rumah termengah-mengah
forumer cari pekerja berhemah
tekun bekerja tak sempat menjengah http://forum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif
-----------------------------------------
bila sibuk terasa nak makan
bila lambat lauk sedap terlepas
kerjamestilah selalu didahukan
jika lalai rezeki pun melepas

kak_sall Publish time 12-5-2014 03:00 PM

moyas posted on 9-5-2014 01:15 PM static/image/common/back.gif
habis kerja balik ke rumah
sampai rumah termengah-mengah
forumer cari pekerja berhemah


bila sibuk terasa nak makan
bila lambat lauk sedap terlepas
kerjamestilah selalu didahukan
jika lalai rezeki pun melepas
**********************************************
di tepi jalan dijual berangan
digoreng orang dalam kuali
masuk forum sekadar selingan
otak penat cergas kembali {:1_551:}

moyas Publish time 14-5-2014 12:27 PM

kak_sall posted on 12-5-2014 03:00 PM static/image/common/back.gif
bila sibuk terasa nak makan
bila lambat lauk sedap terlepas
kerjamestilah selalu didahukan


di tepi jalan dijual berangan
digoreng orang dalam kuali
masuk forum sekadar selingan
otak penat cergas kembali http://forum.cari.com.my/static/image/smiley/default/67.gif
*********************************
sifat ayah memang tegas
tetapi tiadalah seperti raja
bila otak sudah cergas
malas pula hendak kerja

{:1_563:}

intan_smsb Publish time 14-5-2014 02:30 PM

moyas posted on 14-5-2014 12:27 PM static/image/common/back.gif
di tepi jalan dijual berangan
digoreng orang dalam kuali
masuk forum sekadar selingan


sifat ayah memang tegas
tetapi tiadalah seperti raja
bila otak sudah cergas
malas pula hendak kerja

**********************************
Pergi sekolah bersama jaja
Masuk acara sukan memanah
Jangan suka malas sahaja
Kerja itu satu amanah

kak_sall Publish time 14-5-2014 06:46 PM

moyas posted on 14-5-2014 12:27 PM static/image/common/back.gif
di tepi jalan dijual berangan
digoreng orang dalam kuali
masuk forum sekadar selingan


sifat ayah memang tegas
tetapi tiadalah seperti raja
bila otak sudah cergas
malas pula hendak kerja

************************************
airmata membasahi pipi
bila dituduh tak sedar diri
malas kena tolak ke tepi
kerana 'dateline' sudah menghampiri :'(


kak_sall Publish time 14-5-2014 06:49 PM

intan_smsb posted on 14-5-2014 02:30 PM static/image/common/back.gif
sifat ayah memang tegas
tetapi tiadalah seperti raja
bila otak sudah cergas


Pergi sekolah bersama jaja
Masuk acara sukan memanah
Jangan suka malas sahaja
Kerja itu satu amanah

*************************************

lama tak makan durian belanda
susah nak jumpa orang berniaga
penyakit "M" kadang-kadang melanda
adakah Intan ada ubatnya? :P

intan_smsb Publish time 14-5-2014 09:09 PM

kak_sall posted on 14-5-2014 06:49 PM
Pergi sekolah bersama jaja
Masuk acara sukan memanah
Jangan suka malas sahaja


lama tak makan durian belanda
susah nak jumpa orang berniaga
penyakit "M" kadang-kadang melanda
adakah Intan ada ubatnya?

*************************************

Beli pisang dari nyonya
Pisang untuk di masak pengat
Penyakit 'm' ada ubatnya
Ubat mujarab sentiasa beringat:$

moyas Publish time 15-5-2014 12:00 PM

intan_smsb posted on 14-5-2014 02:30 PM static/image/common/back.gif
sifat ayah memang tegas
tetapi tiadalah seperti raja
bila otak sudah cergas


Pergi sekolah bersama jaja
Masuk acara sukan memanah
Jangan suka malas sahaja
Kerja itu satu amanah
********************************
Pergi sekolah bekal mee kari
Masuk acara sukan lari
amanah... tapi selalu ingkari
seperti kamu berforum dicari

{:1_563:}{:1_563:}{:1_563:}


kak_sall Publish time 15-5-2014 01:10 PM

intan_smsb posted on 14-5-2014 09:09 PM static/image/common/back.gif
lama tak makan durian belanda
susah nak jumpa orang berniaga
penyakit "M" kadang-kadang melanda
...

Beli pisang dari nyonya
Pisang untuk di masak pengat
Penyakit 'm' ada ubatnya
Ubat mujarab sentiasa beringat

*****************************

sedapnya makan lauk pajeri
menjadi pilihan kalau berjumpa
walau sentiasa ingatkan diri
bila 'm' melanda tetap terlupa   ;P




intan_smsb Publish time 15-5-2014 02:24 PM

moyas posted on 15-5-2014 12:00 PM static/image/common/back.gif
Pergi sekolah bersama jaja
Masuk acara sukan memanah
Jangan suka malas sahaja


Pergi sekolah bekal mee kari
Masuk acara sukan lari
amanah... tapi selalu ingkari
seperti kamu berforum dicari

***************************************

Pergi kedai beli buah mangga
Mangga di bungkus oleh nyonya
berforum sambil buat kerja juga
tidaklah sampai mengabaikannya :P:lol:



Pages: 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 [21] 22 23 24 25 26 27 28 29 30
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT