Tashu Publish time 7-6-2014 10:36 PM

anniez08 posted on 7-6-2014 10:32 PM
Sahabat lama dah kembali kini
masa kecil sesama bermain guli
Gembira lihat Ann ada di sini


Jom kita ke kampung sebelah
Ada orang menjamu ketupat
Memang betul nak meriah
Sambil makan pun sempat;P

anniez08 Publish time 7-6-2014 10:37 PM

Tashu posted on 7-6-2014 09:10 PM static/image/common/back.gif
Beli barang di kedai zaitun
Kedainya itu bercat merah
Tak sangka Ann rajin pantun


Beli barang di kedai zaitun
Kedainya itu bercat merah
Tak sangka Ann rajin pantun
Idea datang mencurah-curah

************************


Teringin rasa nak makan longan
Tapi jauh di pekan Rasah
Idea ann sudah kekeringan
Akibat lama tidak di asah...{:1_563:}

Tashu Publish time 7-6-2014 10:39 PM

anniez08 posted on 7-6-2014 10:37 PM
Beli barang di kedai zaitun
Kedainya itu bercat merah
Tak sangka Ann rajin pantun


Barang semua naik harga
Mendadak melambung tinggi
Sha pun rasa begitu juga
Awal-awal ni kekok lagi;P

anniez08 Publish time 7-6-2014 10:41 PM

NaylaArisha posted on 7-6-2014 09:53 PM static/image/common/back.gif
Pagi hari ke pasar tani
Lalu membeli sebungkus barli
Lama tak jengok rakan di sini


Ayu lagaknya penu santun
itulah dia si manis Lula
Masuk sekejap membeli pantun
Pantun harus di beli semula

*********************

Anak cina bermain guli
Terpelanting kena di kepala
Pantun lama sudah dibeli
sekarang N menjual pula:loveliness:

anniez08 Publish time 7-6-2014 10:45 PM

Tashu posted on 7-6-2014 10:36 PM static/image/common/back.gif
Jom kita ke kampung sebelah
Ada orang menjamu ketupat
Memang betul nak meriah


Jom kita ke kampung sebelah
Ada orang menjamu ketupat
Memang betul nak meriah
Sambil makan pun sempathttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*********************

Sedap sungguh suara si Marsha
Sampai terlentuk kepala dibahu
Jangan begitu wahai cik sha
Nanti sakit perut baru tahu....:curse:;P

anniez08 Publish time 7-6-2014 10:49 PM

Tashu posted on 7-6-2014 10:39 PM static/image/common/back.gif
Barang semua naik harga
Mendadak melambung tinggi
Sha pun rasa begitu juga


Barang semua naik harga
Mendadak melambung tinggi
Sha pun rasa begitu juga
Awal-awal ni kekok lagihttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*********************

Adat sukan menang dan kalah
Siapa yang tak mahu jadi johan
Kalau begitu tak apalah
Kita belajar perlahan-lahan:$

Tashu Publish time 7-6-2014 10:50 PM

anniez08 posted on 7-6-2014 10:45 PM
Jom kita ke kampung sebelah
Ada orang menjamu ketupat
Memang betul nak meriah


Rambut cantik ikal mayang
Terurus rapi setiap waktu
Usah bimbang ann ku sayang
Sha dah biasa buat begitu;P

Tashu Publish time 7-6-2014 10:52 PM

anniez08 posted on 7-6-2014 10:49 PM
Barang semua naik harga
Mendadak melambung tinggi
Sha pun rasa begitu juga


Dari pagi sampai ke petang
Kita dan forum sudah sebati
Bila idea sudah mula datang
Makin rancak lah kita nanti

NaylaArisha Publish time 7-6-2014 10:54 PM

anniez08 posted on 7-6-2014 10:41 PM static/image/common/back.gif
Ayu lagaknya penu santun
itulah dia si manis Lula
Masuk sekejap membeli pantun


Anak cina bermain guli
Terpelanting kena di kepala
Pantun lama sudah dibeli
sekarang N menjual pula

************************

bersungguh-sungguh anak pak Meli
belajar menendang sepak raga
Sekejap sungguh pantun dibeli
rasa baru meletak harga


tari Publish time 8-6-2014 09:40 AM

NaylaArisha posted on 7-6-2014 10:54 PM
Anak cina bermain guli
Terpelanting kena di kepala
Pantun lama sudah dibeli


bersungguh-sungguh anak pak Meli
belajar menendang sepak raga
Sekejap sungguh pantun dibeli
rasa baru meletak harga
-------------------------
Pergi pasar beli ikan keli
Siang ikan buang insang
Pantun panas cepat djbeli
Laris seperti goreng pisang

NaylaArisha Publish time 8-6-2014 11:51 AM

tari posted on 8-6-2014 09:40 AM static/image/common/back.gif
bersungguh-sungguh anak pak Meli
belajar menendang sepak raga
Sekejap sungguh pantun dibeli


Pergi pasar beli ikan keli
Siang ikan buang insang
Pantun panas cepat djbeli
Laris seperti goreng pisang


**************************

singgah sekejap di kedai Balu
singgah membeli mee dan bihun
sekejap sungguh masa berlalu
sekelip mata dah tengah tahun



tari Publish time 8-6-2014 11:59 AM

NaylaArisha posted on 8-6-2014 11:51 AM
Pergi pasar beli ikan keli
Siang ikan buang insang
Pantun panas cepat djbeli


singgah sekejap di kedai Balu
singgah membeli mee dan bihun
sekejap sungguh masa berlalu
sekelip mata dah tengah tahun

-------------------------------

Pakai baju bulu-bulu
Hendak menunjuk badan yang sasa
Sekejap sungguh masa berlalu
Umur bertambah tidak terasa

NaylaArisha Publish time 8-6-2014 12:11 PM

tari posted on 8-6-2014 11:59 AM static/image/common/back.gif
singgah sekejap di kedai Balu
singgah membeli mee dan bihun
sekejap sungguh masa berlalu


Pakai baju bulu-bulu
Hendak menunjuk badan yang sasa
Sekejap sungguh masa berlalu
Umur bertambah tidak terasa


***********************************

semalam berita presiden Rusia
nampaknya perempuan menjadi ketua
bicara mengenai usia
terasa pula semakin tua :'(

tari Publish time 8-6-2014 03:39 PM

NaylaArisha posted on 8-6-2014 12:11 PM
Pakai baju bulu-bulu
Hendak menunjuk badan yang sasa
Sekejap sungguh masa berlalu


semalam berita presiden Rusia
nampaknya perempuan menjadi ketua
bicara mengenai usia
terasa pula semakin tua

----------------------------

Petang hari makan nangka
Perut kenyang tidur lena
Umur itu hanyalah angka
Janganlah rasa gundah gulana

anniez08 Publish time 8-6-2014 04:21 PM

Tashu posted on 7-6-2014 10:50 PM static/image/common/back.gif
Rambut cantik ikal mayang
Terurus rapi setiap waktu
Usah bimbang ann ku sayang


Rambut cantik ikal mayang
Terurus rapi setiap waktu
Usah bimbang ann ku sayang
Sha dah biasa buat begitu

********************

Sakitnya jari tersepit di pintu
Nasib malang terus di rotan
Lain kali sha kujangan begitu
sebab tak elok untuk kesihatan:loveliness:

anniez08 Publish time 8-6-2014 04:26 PM

Tashu posted on 7-6-2014 10:52 PM static/image/common/back.gif
Dari pagi sampai ke petang
Kita dan forum sudah sebati
Bila idea sudah mula datang


Dari pagi sampai ke petang
Kita dan forum sudah sebati
Bila idea sudah mula datang
Makin rancak lah kita nanti

***********************

Pisang berangan di buat pengat
Terkurang manis di tambah gula
Bila sudah rancak sangat
Takut nanti tak boleh berhenti pula..:lol:

Tashu Publish time 8-6-2014 04:27 PM

anniez08 posted on 8-6-2014 04:21 PM
Rambut cantik ikal mayang
Terurus rapi setiap waktu
Usah bimbang ann ku sayang


Berforum kita tak kira waktu
Apalagi bila semangat membara
Sha setuju cadangan ann itu
Perlu fokus sesuatu perkara

anniez08 Publish time 8-6-2014 04:28 PM

NaylaArisha posted on 7-6-2014 10:54 PM static/image/common/back.gif
Anak cina bermain guli
Terpelanting kena di kepala
Pantun lama sudah dibeli


bersungguh-sungguh anak pak Meli
belajar menendang sepak raga
Sekejap sungguh pantun dibeli
rasa baru meletak harga

*********************

Balik kampung naik kereta
Kampung jauh nun di Kelantan
Pantun dibeli sekelip mata
Sebab idea datang spontan..:2lol:

Tashu Publish time 8-6-2014 04:30 PM

anniez08 posted on 8-6-2014 04:26 PM
Dari pagi sampai ke petang
Kita dan forum sudah sebati
Bila idea sudah mula datang


Masak sayur di dalam kuali
Setelah selesai nasi ditanak
Hari ini rasa sibuk sekali
Borak dan pantun dedua nak;P

anniez08 Publish time 8-6-2014 04:31 PM

Tashu posted on 8-6-2014 04:27 PM static/image/common/back.gif
Berforum kita tak kira waktu
Apalagi bila semangat membara
Sha setuju cadangan ann itu


Berforum kita tak kira waktu
Apalagi bila semangat membara
Sha setuju cadangan ann itu
Perlu fokus sesuatu perkara
Nak makan nasi bersama kari
Nasi pula sedangdi kukus
Tapi bila sudah ketagih menCARI
Hilang segala tumpuan dan fokus

Pages: 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 [24] 25 26 27 28 29 30 31 32 33
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT