anniez08 Publish time 19-2-2014 11:45 AM

ciksurie posted on 18-2-2014 08:20 AM static/image/common/back.gif
ramainya gadis cantik rupawan
bersuka ria sambil bermadah
kalau surie sudi mahu berkawan


burung nuri berperi-peri
khusyuk mendengar ditepi kali
kawan ramai mahu dicari
kalau bermusuh jangan sekali

***********************

lirikan mata sudah tertawan
baiklah bawa jumpa tok kadi:lol:
hajat hati nak tambah kawan
tapi siapakah yang sudi?..:'(


anniez08 Publish time 19-2-2014 11:47 AM

moyas posted on 18-2-2014 11:12 AM static/image/common/back.gif
masa periksa tak dapat nombor satu
kena denda berdiri depan pintu
N juga patut buat macam tu


hutang banyak dikejar ceti
bukan sedikit tetati bnayak
mari kita disini bersatu hati
lebihkan bantal tidur nyeyak


{:2gd9o

********************

banyak hutang dikejar ceti
penat berlari tak cukup rehat
marilah moy kita bersatu hati
nikmat bantal badan pun sihat.. {:1_518:}{:1_518:}
;P

ciksurie Publish time 19-2-2014 11:52 AM

anniez08 posted on 19-2-2014 11:45 AM static/image/common/back.gif
burung nuri berperi-peri
khusyuk mendengar ditepi kali
kawan ramai mahu ...


lirikan mata sudah tertawan
baiklah bawa jumpa tok kadi:lol:
hajat hati nak tambah kawan
tapi siapakah yang sudi?..:'(

************************
pokok pandan tepi kali
ambil serumpun buat rampai kenduri
anne kan ramah sekali
lirikan mata ramailah yang mari


:$

NaylaArisha Publish time 20-2-2014 10:27 AM

ciksurie posted on 17-2-2014 11:29 AM static/image/common/back.gif
masak kari tidak berasa
tak tahu masak carilah guru
mohon nay luangkan sedikit masa


bangku kosong ditengah laman
hidang kuih dan kopi secawan
kalau nay tak dapat teman
hamba datang mahu berkawan

************************

pagi tadi tak sempat sarapan
tergesa-gesa nak pergi kejar masa
cik surie datang bersama harapan
sebagai penyembuh luka rasa :$

NaylaArisha Publish time 20-2-2014 10:29 AM

kak_sall posted on 17-2-2014 05:19 PM static/image/common/back.gif
adik Fira mengadu sakit begnya berat
terpaksa di angkat oleh kak layla
pantun seloka jadi penger ...

seronok berpantun di alam maya
sambil berpantun tambah kenalan
seronokberkenalan dengan dik nayla
perkenalan mengeratkan tali persaudaraanhttp://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

***************************************

pergi bercuti bersama Kak Tun
hendak berjalan tepian pantai
rasa teruja dapat berpantun
bagai melepas rasa di rantai

NaylaArisha Publish time 20-2-2014 10:33 AM

anniez08 posted on 17-2-2014 10:05 PM static/image/common/back.gif
panjang sungguh reka karangan
tajuk di ambil berdasarkan soalan
harapnya sayang berpanjangan


naik keretapi hingga ke kenya
bawa bekalan sebiji mangga
diharapkan begitulah hendaknya
semoga berkekalan hingga ke syurga..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

****************************

enak sungguh roti Naan
di masak oleh abang Satia
saling percaya asas kebahagiaan
sebagai janji pengikat setia


tari Publish time 20-2-2014 10:33 AM

NaylaArisha posted on 20-2-2014 10:29 AM static/image/common/back.gif
seronok berpantun di alam maya
sambil berpantun tambah kenalan
seronokberkenalan dengan dik na ...

pergi bercuti bersama Kak Tun
hendak berjalan tepian pantai
rasa teruja dapat berpantun
bagai melepas rasa di rantaijalan-jalan ditaman bunga
sambil berehat dipohon sena
bila teruja dapat berpantun
apa khabar orang disana :loveliness:

NaylaArisha Publish time 20-2-2014 10:36 AM

anniez08 posted on 17-2-2014 10:39 PM static/image/common/back.gif
tercari-cari di mana berada
sampai meminta emak telefon
masa itu sentiasa ada


penat berjalan di kebun kelapa
kaki letih badan pun tak selesa
tak suka guna henfon tak mengapa
guna saja laptop bila ada masa..http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

**************************

sampai jugak hendak ke situ
pergi bersama dengan Pak Jinggu
hajatnya hati memang begitu
tapi hanya boleh di hujung minggu

NaylaArisha Publish time 20-2-2014 10:39 AM

moyas posted on 18-2-2014 11:20 AM static/image/common/back.gif
bertaburan sampah hendak di kutip
dikutip oleh anak Pak Riyan
rupanya cik momoy jadi pengintip


nak jumpa singa terjumpa tenok
berehat pula di pokok pulasan
jadi pengintip memang seronok
yang diintip bukannya perasan

***********************

makan nasi sudah jemu
rasa teringin nak makan lasagna
rasanya lama tidak bertemu
apa khabar cik momoy di sana?

NaylaArisha Publish time 20-2-2014 10:41 AM

tari posted on 20-2-2014 10:33 AM static/image/common/back.gif
jalan-jalan ditaman bunga
sambil berehat dipohon sena
bila teruja dapat berpantun


jalan-jalan ditaman bunga
sambil berehat dipohon sena
bila teruja dapat berpantun
apa khabar orang disana http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

**********************

kesian penduduk di tahan tentera
apalah nasib rakyat kenya
Nay di sini sihat sejahtera
Tari pulak apa khabarnya?

ciksurie Publish time 20-2-2014 12:06 PM

NaylaArisha posted on 20-2-2014 10:27 AM static/image/common/back.gif
bangku kosong ditengah laman
hidang kuih dan kopi secawan
kalau nay tak dapat teman


pagi tadi tak sempat sarapan
tergesa-gesa nak pergi kejar masa
cik surie datang bersama harapan
sebagai penyembuh luka rasa

goreng garing si ikan keli
tempe dimasak dengan tauhu
luka dijari tampak sekali
luka dihati siapa yang tahu

anniez08 Publish time 20-2-2014 01:47 PM

ciksurie posted on 19-2-2014 11:52 AM static/image/common/back.gif
lirikan mata sudah tertawan
baiklah bawa jumpa tok kadi
hajat hati nak tambah kawan


pokok pandan tepi kali
ambil serumpun buat rampai kenduri
anne kan ramah sekali
lirikan mata ramailah yang mari


:$

************************

duduk bersila di pohon kemboja
menyusun bunga di dalam tepak
mata N nampak sepet sahaja
nak melirik pun tak nampak..;P

zadzamusa Publish time 20-2-2014 03:00 PM

kak_sall posted on 12-2-2014 03:57 PM static/image/common/back.gif
hendak ke utara menaikki kereta,
singgah sebentar di kedai nyonya,
saling menghormati sesama kit ...

memang benar pepatah berbicara
ambil yang jernih buang yang keruh
hidup kita hanya sementara
banyakkan berkawan jangan bermusuh
##########################

Comotnya baju nampak ketara,
Angkara duduk di merata-rata,
hidup di dunia hanya sementara,
ingat mengingatilah sesama kita,

zadzamusa Publish time 20-2-2014 03:28 PM

NaylaArisha posted on 14-2-2014 01:41 PM static/image/common/back.gif
bercucuk tanam di tanah gambut,
keringat membasahi ditubuhku ini,
salam perkenalanmu ku sambut,
...

pengantin di belai mandian lulur
pengantin di rai bertema barat
terima kasih salam di hulur
moga silaturahim semakin erat

####################

Sudah lama tidak bersua,
hanya suara pengubat lara,
Bila cinta dah terbahagi dua,
Apakah tindakan apakah cara.

zadzamusa Publish time 20-2-2014 03:49 PM

ciksurie posted on 17-2-2014 11:27 AM static/image/common/back.gif
bercucuk tanam di tanah gambut,
keringat membasahi ditubuhku ini,
salam perkenalanmu ku sambut,
...
air ditimba dari perigi
rasa sejuk tidak terperi
jangan segan bertamu lagi
buat macam rumah sendiri

########################

Hatinya sedih berduka lara,
kerana si dia mengucapkan ish,
memang terkejut tidak terkira,
Ingatkan riri berpantun English.

Ni kes translation on pun tak pasan... {:fainto;P
Last edited by zadzamusa on 20-2-2014 03:52 PM

ciksurie Publish time 20-2-2014 04:07 PM

zadzamusa posted on 20-2-2014 03:49 PM static/image/common/back.gif
air ditimba dari perigi
rasa sejuk tidak terperi
jangan segan bertamu la ...


Hatinya sedih berduka lara,
kerana si dia mengucapkan ish,
memang terkejut tidak terkira,
Ingatkan riri berpantun English.

kaki kepoh nama mak jemah
bila bergosip sangatlah lama
jika pantunku sudah terjemah
adakah rimanya turut sama?

kak_sall Publish time 20-2-2014 05:33 PM

NaylaArisha posted on 20-2-2014 10:29 AM static/image/common/back.gif
seronok berpantun di alam maya
sambil berpantun tambah kenalan
seronokberkenalan dengan dik na ...
pergi bercuti bersama Kak Tun
hendak berjalan tepian pantai
rasa teruja dapat berpantun
bagai melepas rasa di rantai

******************************

tekun belajar hendak periksa
ibu bekalkan kuih keria
kalau berpantun melepaskan rasa
bertandang lah selalu biar ceria

Last edited by kak_sall on 20-2-2014 06:02 PM

kak_sall Publish time 20-2-2014 05:40 PM

zadzamusa posted on 20-2-2014 03:00 PM static/image/common/back.gif
memang benar pepatah berbicara
ambil yang jernih buang yang keruh
hidup kita hanya sementara

Comotnya baju nampak ketara,
Angkara duduk di merata-rata,
hidup di dunia hanya sementara,
ingat mengingatilah sesama kita,

********************************

hidup ini bagaikan berdrama
skrip diatur jangan disanggah
ingat mengingati tanggungjawab bersama
agar perjalanan tak pincang melangkah :loveliness:
Last edited by kak_sall on 20-2-2014 06:02 PM

kak_sall Publish time 20-2-2014 05:46 PM

zadzamusa posted on 20-2-2014 03:28 PM static/image/common/back.gif
pengantin di belai mandian lulur
pengantin di rai bertema barat
terima kasih salam di hulur

Sudah lama tidak bersua,
hanya suara pengubat lara,
Bila cinta dah terbahagi dua,
Apakah tindakan apakah cara.

*****************************

dapat naik pangkat jadi ketua
hati menyanyi berbagai irama
bila cinta dah terbahagi dua
belahlah jiwa biar adil saksama :lol:
Last edited by kak_sall on 20-2-2014 06:01 PM

kak_sall Publish time 20-2-2014 05:52 PM

ciksurie posted on 20-2-2014 12:06 PM static/image/common/back.gif
pagi tadi tak sempat sarapan
tergesa-gesa nak pergi kejar masa
cik surie datang bersama harapan
...

goreng garing si ikan keli
tempe dimasak dengan tauhu
luka dijari tampak sekali
luka dihati siapa yang tahu

**************************

masak timun dengan cuka
dah siap masak simpan atas para
hati siapa yang dah terluka
marilah kuubati biar sembuh segera :loveliness:
Pages: 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 [18] 19 20 21 22 23 24 25 26 27
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT