NaylaArisha Publish time 15-1-2014 04:42 PM

kak_sall posted on 15-1-2014 02:27 PM static/image/common/back.gif
Untung badan mandi berlulur
Ditaja pulak Oleh Mak Bedah
Wah kipas angin hadiah di hulur


langit biru bertukar merah
tandanya senja sudah menjengah
kalau ada jualan murah
beli yang tinggi besarlah hadiah

***************************

cantik sungguh inai di jari
nampak menawan si pemakai
senang saja tempat nak cari
pergi saja kedai terpakai ;P

NaylaArisha Publish time 15-1-2014 04:45 PM

kak_sall posted on 15-1-2014 02:33 PM static/image/common/back.gif
bukan niat nak marah-marah
tapi hati rasa tak puas sahaja
iyalah kak sall memang dah lumrah


membiar luka busuk bernanah
sukar diubat bila dah parah
sabar sajalah melayan kerenah
orang besar memang suka mengarah http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/mad.gif

********************************

singgah sekejap ke kampung Saripa
kampung pulak jauh terpencil
saya sedar diri siapa
hanyalah insan kerdil :L

ginger_B Publish time 15-1-2014 11:00 PM

NaylaArisha posted on 15-1-2014 09:47 AM static/image/common/back.gif
sungguh indah bulan di awan
terasa nyaman hingga ke hati
jangan di gusar dan jangan di rawan


memang rezeki Allah yang beri
dinafi tidak di sanggah pon tidak
tapi sekarang susah nak cari
kerja yang boleh mengikut kehendak http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*****************************

pagi hari makan capati
tengahari makan mee segera
ikutlah saja kehendak hati
tepuk dada tanya selera:loveliness:

ginger_B Publish time 15-1-2014 11:13 PM

kak_sall posted on 15-1-2014 10:15 AM static/image/common/back.gif
masuk hutan tangkap rama-rama
sambil menunggang kuda belang
dua tahun bukanlah lama


sayup terdengar kompang dipalu
si dara menunggu debar di hati
memanglah masa cepat berlalu
bukan jaminan tetap diingati http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/tongue.gif

**********************

sayup kedengaran paluan rebana
terasa menyusup ke dalam hati
janganlah kak_sall gunda gulana
sebab ginger akan cuba mengingati ;P

ginger_B Publish time 15-1-2014 11:16 PM

NaylaArisha posted on 15-1-2014 10:15 AM static/image/common/back.gif
bulan puasa makan kurma
kalau tak makan terasa rugi
cermin bilik mandi pun saya terima


adik kecik lari sembunyi
kerana takut hendak berkhatan
kalau dah itu nada bunyi
nanti kan saya bawa cermin satu tan http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif

***************************
tak lalu nak makan mee ramin
sedap lagi rasa capati
amboi banyaknya cermin
apa yang gin nak buat nanti? :funk:

ginger_B Publish time 15-1-2014 11:20 PM

kak_sall posted on 15-1-2014 10:21 AM static/image/common/back.gif
goreng jemput-jemput untuk sarapan
menikmati hidangan di atas rumput
menu kangkung jadi santapan ...

bermacam program sudah dirangka
menu bermacam kuih dan laksa
teratak kak sall sentiasa terbuka
tetamu di alu setiap masa http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

************************

rasa seronok bila bercinta
cerita lama jangan di kenang
betul ke begitu apa yang dikata
nantikan gin bila ke penang :loveliness:

ginger_B Publish time 15-1-2014 11:24 PM

kak_sall posted on 15-1-2014 10:25 AM static/image/common/back.gif
cantik sungguh si cincin tanda
untuk jelita yang tinggal di marang
itu bukan nak mengasah minda
...

buat baik berpada2
budi dilupa hanya sia2
asah parang dan asah minda
mental fizikal selari kekuatannya http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

**************************

pagi petang bermain futsal
siapa yang kalah harus di denda
bagus juga falsafah kak_sall
boleh diterap di dalam minda :loveliness:

anniez08 Publish time 16-1-2014 10:18 AM

Bunga mawar berbau harum
Petik sekuntum letak di peti
Sudah lama tidak berforum
Rasa rindu melanda di hati

ginger_B Publish time 16-1-2014 10:26 AM

kak_sall posted on 15-1-2014 10:31 AM static/image/common/back.gif
dari hilir hendak ke hulu
berakit bersama cik puan maya
kenalah berumah tangga dulu


perasaan bercampur resah dan gembira
rancangan di atur tidak tergendala
apa ditunggu kawinlah segera
turunkan ilmu rumahtangga pada adik2 pula :P

**********************************

mahu berjaya perlu keupayaan
cara orang jangan di tiru
ginger nak buat satu permintaan
bolehkah kak_sal menjadi guru?..:lol:


mod @novelloverzz

ginger_B Publish time 16-1-2014 10:35 AM

anniez08 posted on 16-1-2014 10:18 AM static/image/common/back.gif
Bunga mawar berbau harum
Petik sekuntum letak di peti
Sudah lama tidak berforum


Bunga mawar berbau harum
Petik sekuntum letak di peti
Sudah lama tidak berforum
Rasa rindu melanda di hati

*******************

makan sate bersama roti
lepas makan terus selsema
kalau rindu melanda di hati
marilah kita berforum bersama..:loveliness:

tari Publish time 16-1-2014 11:00 AM

anniez08 posted on 16-1-2014 10:18 AM static/image/common/back.gif
Bunga mawar berbau harum
Petik sekuntum letak di peti
Sudah lama tidak berforum


Bunga mawar berbau harum
Petik sekuntum letak di peti
Sudah lama tidak berforum
Rasa rindu melanda di hati
~~~~~~~~~~~~~~~
muka selamba tersenyum sinis
penat duduk baik berdiri
wahai anniez yang manis
kemana menghilang membawa diri

novelloverzz Publish time 16-1-2014 11:21 AM

ginger_B posted on 16-1-2014 10:26 AM
perasaan bercampur resah dan gembira
rancangan di atur tidak tergendala
...

pandainya gin berpantun..

nov terpinga2 jap..lm x bc pantun..:$

NaylaArisha Publish time 16-1-2014 12:39 PM

ginger_B posted on 15-1-2014 11:00 PM static/image/common/back.gif
memang rezeki Allah yang beri
dinafi tidak di sanggah pon tidak
tapi sekarang susah nak cari


pagi hari makan capati
tengahari makan mee segera
ikutlah saja kehendak hati
tepuk dada tanya selerahttp://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif



*******************


atas meja nama tertera
dapat notis dari cik Monti
kalaulah boleh ikut selera
sudah lama saya berhenti :loveliness:


NaylaArisha Publish time 16-1-2014 12:41 PM

anniez08 posted on 16-1-2014 10:18 AM static/image/common/back.gif
Bunga mawar berbau harum
Petik sekuntum letak di peti
Sudah lama tidak berforum


Bunga mawar berbau harum
Petik sekuntum letak di peti
Sudah lama tidak berforum
Rasa rindu melanda di hati

*******************

comel sungguh harimau belang
duduk menegak di pohon jati
N, kenapa lama sangat menghilang
adakah rajuk masih di hati? :o

NaylaArisha Publish time 16-1-2014 12:44 PM

novelloverzz posted on 16-1-2014 11:21 AM static/image/common/back.gif
pandainya gin berpantun..

nov terpinga2 jap..lm x bc pantun..

Anak itik pulang ke kandang
kandang terletak tepi tandas
wahai cik nov datang bertandang
tak ada ke pantun barang sedas? :o

NaylaArisha Publish time 16-1-2014 12:59 PM

ginger_B posted on 15-1-2014 11:16 PM static/image/common/back.gif
adik kecik lari sembunyi
kerana takut hendak berkhatan
kalau dah itu nada bunyi


tak lalu nak makan mee ramin
sedap lagi rasa capati
amboi banyaknya cermin
apa yang gin nak buat nanti? http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/funk.gif

***********************
lepas isyak mereka berdikir
potong jambul untuk si cilik
Apa susah hendak fikir
Boleh lah letak satu bilik :lol:

novelloverzz Publish time 16-1-2014 01:28 PM

NaylaArisha posted on 16-1-2014 12:44 PM static/image/common/back.gif
Anak itik pulang ke kandang
kandang terletak tepi tandas
wahai cik nov datang bertandang


angin menderu menyapa gegendang,
teriknya mentari hari ini,
dari jauh aku datang,
mengorak langkah hingga ke sini. :o:$

ginger_B Publish time 16-1-2014 01:34 PM

novelloverzz posted on 16-1-2014 11:21 AM static/image/common/back.gif
pandainya gin berpantun..

nov terpinga2 jap..lm x bc pantun..


nampak cantik lauk beradap
bertambah cantik dengan hiasan
ginger berpantun ikut sedap
banyak tersasar dari landasan :lol:

jom mod nov kita berpantun..:loveliness:

ginger_B Publish time 16-1-2014 01:40 PM

NaylaArisha posted on 16-1-2014 12:39 PM static/image/common/back.gif
pagi hari makan capati
tengahari makan mee segera
ikutlah saja kehendak hati


atas meja nama tertera
dapat notis dari cik Monti
kalaulah boleh ikut selera
sudah lama saya berhenti :loveliness:

*********************

berbaju kurung kain sutera
nampak cantik anak siapa
bercakap tentang selera
harini mod nay makan apa?..:$

novelloverzz Publish time 16-1-2014 03:19 PM

ginger_B posted on 16-1-2014 01:34 PM static/image/common/back.gif
nampak cantik lauk beradap
bertambah cantik dengan hiasan
ginger berpantun ikut sedap


pergi ke kedai memakai pelikat,
pelikat terlerai akibat disakat,
minggu ini sibuk sangat-sangat,
ada audit tidak menyempat.

pantun kelam-kabut namanya..
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT