kak_sall Publish time 17-1-2014 11:41 AM

tari posted on 17-1-2014 10:42 AM static/image/common/back.gif
pagi hari makan roti
malam makan cucur kelapa
hari ini hari cuti

selesai acara adat meminang
diikuti majlis berinai
bila cuti hati pun senang
hari ini sarapan roti canai

******************************

pinangan ditolak mohon dimengerti
miskin rupa dan miskin harta
wahai dik tari yang sedang bercuti
sama pula menu sarapan kita



kak_sall Publish time 17-1-2014 11:45 AM

tari posted on 17-1-2014 11:39 AM static/image/common/back.gif
hati sakit mohon dimengerti
kerana saya tak pandai menjaja
seronoknya adik2 semua bercuti


malam raya pasang pelita
pelita disangkut atas dahan
apa daya hendak dikata
kita bekerja mengikut arahan

*************************

saya anak pulau pinang jati
rasa megah gagah berani
arahan datang menyakitkan hati
sabar sahajalah sudah rezeki di sini :'(

NaylaArisha Publish time 17-1-2014 11:51 AM

kak_sall posted on 17-1-2014 11:24 AM static/image/common/back.gif
minta cuti dengan Ms Gan
kerana uniform sudah basah
apa laginak segan - segan


sudah penat membasuh kain
tak ada air perigi digali
amboi dik nay bukan main
nasihat diberi bernas sekali http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*************************


termenung sakan merindu padanya
walaupun jauh tak rasa jemu
tak usah malu untuk bertanya
kerana Nay suka berkongsi ilmu :lol:

NaylaArisha Publish time 17-1-2014 11:57 AM

kak_sall posted on 17-1-2014 11:31 AM static/image/common/back.gif
adik suka sayur Bayam
sangat kaletah juga manja
hari ni menu cuma nasi ayam


tegur sedikit sudah kena marah
mentang mentang lah dia pengarah
nasi ayam di sini tidaklah murah
tak jimat mana harga cekik darah http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/mad.gif

****************************

naik hutan bersama Sarah
hendah mencari bunga raflesia
kedai di sini sungguh murah
kerana menu 1 Malaysia

tari Publish time 17-1-2014 12:12 PM

kak_sall posted on 17-1-2014 11:41 AM
selesai acara adat meminang
diikuti majlis berinai
bila cuti hati pun senang


pinangan ditolak mohon dimengerti
miskin rupa dan miskin harta
wahai dik tari yang sedang bercuti
sama pula menu sarapan kita
*****************************
bahu gatal sebelah kiri
tolong digaru oleh papa
hari sudah tengahari
tiada idea nak masak apa

ginger_B Publish time 17-1-2014 12:27 PM

tari posted on 17-1-2014 10:37 AM static/image/common/back.gif
sudah lama tak makan kari
makan dengan kawan yang kaya
elok juga cadanga ...

pisang emas masak sesisir
dibeli oleh abang matkel
kalau ginger nak cari langsir
jom kita pergi ke JAKEL


********************

duit tak ada makan biskut
lagi sedap di letak kaya
boleh saja saya mengikut
tapi tari belikan untuk saya..:$

novelloverzz Publish time 17-1-2014 04:47 PM

kak_sall posted on 17-1-2014 11:16 AM static/image/common/back.gif
angin menderu menyapa gegendang,
teriknya mentari hari ini,
dari jauh aku datang,


kompang dipalu menyambut keberangkatan
selesai berkompang dijemput makan
kedatangan adik novelloverzz kami alukan
karpet merah kami bentangkan

***********************

pakcik hussein mengadap tv,
makan nasi bersama bergedil,
terima kasih menerima kedatangan nov,
salam perkenalan buat kak sal.



tari Publish time 17-1-2014 08:01 PM

ginger_B posted on 17-1-2014 12:27 PM static/image/common/back.gif
pisang emas masak sesisir
dibeli oleh abang matkel
kalau ginger nak cari langsir


duit tak ada makan biskut
lagi sedap di letak kaya
boleh saja saya mengikut
tapi tari belikan untuk saya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hujung minggu hendak ke Melaka
pergi bersama encik Abdullah
tunggu masa dan ketika
ada rezeki InsyaAllah

tari Publish time 17-1-2014 08:08 PM

kak_sall posted on 17-1-2014 11:45 AM static/image/common/back.gif
malam raya pasang pelita
pelita disangkut atas dahan
apa daya hendak dikata


saya anak pulau pinang jati
rasa megah gagah berani
arahan datang menyakitkan hati
sabar sahajalah sudah rezeki di sini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
waktu malam makan bihun
bihun digoreng oleh si jaja
bonus ganjaran dihujung tahun
jadi bersemangat bila bekerja

novelloverzz Publish time 18-1-2014 08:27 AM

NaylaArisha posted on 17-1-2014 11:51 AM static/image/common/back.gif
sudah penat membasuh kain
tak ada air perigi digali
amboi dik nay bukan main


termenung sakan merindu padanya
walaupun jauh tak rasa jemu
tak usah malu untuk bertanya
kerana Nay suka berkongsi ilmu

*************************

mentari muncul di waktu pagi
dingin pagi masih terasa
apakah rahsia wajah berseri
kulit mulus tanpa cela

novelloverzz Publish time 18-1-2014 08:35 AM

kak_sall posted on 17-1-2014 11:45 AM static/image/common/back.gif
malam raya pasang pelita
pelita disangkut atas dahan
apa daya hendak dikata


saya anak pulau pinang jati
rasa megah gagah berani
arahan datang menyakitkan hati
sabar sahajalah sudah rezeki di sini

*************************

mari makan nasi dagang
enak dimakan bersama keluarga
kak sall anak jati pulau pinang
kalau begitu senegeri lah kita

tari Publish time 18-1-2014 10:08 AM

novelloverzz posted on 18-1-2014 08:35 AM
saya anak pulau pinang jati
rasa megah gagah berani
arahan datang menyakitkan hati


mari makan nasi dagang
enak dimakan bersama keluarga
kak sall anak jati pulau pinang
kalau begitu senegeri lah kita
******************************
pergi pantai hendak berenang
setelah penat minum air
kalau kak sall dan nov org Penang
kita pula orang selatan tanah air Last edited by tari on 18-1-2014 10:09 AM

novelloverzz Publish time 18-1-2014 10:52 AM

tari posted on 18-1-2014 10:08 AM static/image/common/back.gif
mari makan nasi dagang
enak dimakan bersama keluarga
kak sall anak jati pulau pinang


pergi pantai hendak berenang
setelah penat minum air
kalau kak sall dan nov org Penang
kita pula orang selatan tanah air

******************************

melah ke kedai hendak berteman
hendak membeli buah berangan
tari berasal dari selatan
adakah johor tempat kelahiran

NaylaArisha Publish time 18-1-2014 01:47 PM

novelloverzz posted on 18-1-2014 08:27 AM static/image/common/back.gif
termenung sakan merindu padanya
walaupun jauh tak rasa jemu
tak usah mal ...

mentari muncul di waktu pagi
dingin pagi masih terasa
apakah rahsia wajah berseri
kulit mulus tanpa cela

**************************

sekarang dah masuk tengah hari
ramai sungguh berasak-asak
sungguhnya tiada rahsia wajah berseri
hanya amalkan minum air masak ;P

NaylaArisha Publish time 18-1-2014 01:49 PM

ginger_B posted on 17-1-2014 12:27 PM static/image/common/back.gif
pisang emas masak sesisir
dibeli oleh abang matkel
kalau ginger nak cari langsir


duit tak ada makan biskut
lagi sedap di letak kaya
boleh saja saya mengikut
tapi tari belikan untuk saya..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif

******************************

anak kecik susah di pujuk
makan biskut sebagai alas
adakah ginger sedang merajuk
notice semua tidak berbalas? :o

NaylaArisha Publish time 18-1-2014 01:50 PM

kak_sall posted on 17-1-2014 11:41 AM static/image/common/back.gif
selesai acara adat meminang
diikuti majlis berinai
bila cuti hati pun senang


pinangan ditolak mohon dimengerti
miskin rupa dan miskin harta
wahai dik tari yang sedang bercuti
sama pula menu sarapan kita


***********************************

jalan-jalan nak cari pasal
singgah di kedai mencari peplum
selamat tengah hari kak sal
dah masak ke belum?

ginger_B Publish time 18-1-2014 06:26 PM

NaylaArisha posted on 18-1-2014 01:49 PM static/image/common/back.gif
duit tak ada makan biskut
lagi sedap di letak kaya
boleh saja saya mengikut

anak kecik susah di pujuk
makan biskut sebagai alas
adakah ginger sedang merajuk
notice semua tidak berbalas? http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/shocked.gif

***********************

deruan ombak terasa sejuk
lama di laut terasa mabuk
notis tak di balas bukan merajuk
tapi sekarang ginger sangat sibuk :'(

tari Publish time 18-1-2014 11:41 PM

novelloverzz posted on 18-1-2014 10:52 AM
pergi pantai hendak berenang
setelah penat minum air
kalau kak sall dan...

melah ke kedai hendak berteman
hendak membeli buah berangan
tari berasal dari selatan
adakah johor tempat kelahiran
*******************************
bila berporem selalu leka
sampai ibu jadi hairan
tepat sekali bagai diteka
johor negeri tempat kelahiran

ginger_B Publish time 19-1-2014 07:49 AM

tari posted on 17-1-2014 10:42 AM static/image/common/back.gif
pagi hari makan roti
malam makan cucur kelapa
hari ini hari cuti

selesai acara adat meminang
diikuti majlis berinai
bila cuti hati pun senang
hari ini sarapan roti canai

*********************

dari delhi terus ke chennai
naik bas terpaksa berdiri
sedapnya sarapan roti canai
beli kedai atau masak sendiri?..

ginger_B Publish time 19-1-2014 07:52 AM

NaylaArisha posted on 17-1-2014 10:58 AM static/image/common/back.gif
sedap sungguh rasa putu mayam
makan cepat sebab nak bekerja
sedap juga menu nasi ayam

memilih baju hendak ke pejabat
berganti baju entah kali berapa
hari2 masuk lambat http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif
hari ini menu apa?

**********************

perut lapar nak makan megi
kalau tak makan terasa rugi
menu hari ini belum tahu lagi
sebab nak keluar berjalan lagi :$
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 [11] 12 13 14 15 16 17 18 19 20
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT