NaylaArisha Publish time 7-1-2014 01:53 PM

ginger_B posted on 6-1-2014 10:29 PM static/image/common/back.gif
cantik baju berbutang butang
dipakaikan kepada anak tersayang
pagi sudah menjelang petang


cantiknya gadis berkebaya nyonya
dipadan dengan kain sepasang
kak_sall bolehkah saya bertanya
dah dapat ke makan goreng pisang..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif

********************************************************
Kain rentang elok di pasang
Di pasang pulak di kedai pak Raya
sedap sungguh goreng pisang
boleh kah cik gin buatkan saya

NaylaArisha Publish time 7-1-2014 01:56 PM

ciksurie posted on 7-1-2014 01:10 PM static/image/common/back.gif
buah mempelam dibuat rojak
makan bersama anak Mr Raja
teruja nak datang bila di ajak


hati lembu ditimbang sekati
mahu jamu sang pendita
sungguh pelik rasanya hati
ayam boleh berkata-kata http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*****************************
Masuk sini nak berbalas pantun
berkejar ke pejabat berlari-lari
Cik surie yang sopan lagi santun
Sudahkah Cik Surie makan tengah hari?


NaylaArisha Publish time 7-1-2014 02:01 PM

kak_sall posted on 7-1-2014 12:47 PM static/image/common/back.gif
naik perahu ke bukit rokan
bawa sekali sebungkus roti
kalau kak_sall nak ginger buatkan


buah mempelam dibuat rojak
makan bersama anak Mr Raja
teruja nak datang bila di ajak
tapi takut hanya ajak2 ayam saja http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif

**************************************
Buah asam buah gelugur
di makan oleh anak Pak Jihat
Lama sudah ingin menegur
nama kak_sall sering terlihat







ginger_B Publish time 7-1-2014 02:02 PM

NaylaArisha posted on 7-1-2014 05:53 AM static/image/common/back.gif
cantiknya gadis berkebaya nyonya
dipadan dengan kain sepasang
kak_sall bolehkah saya bertanya


Kain rentang elok di pasang
Di pasang pulak di kedai pak Raya
sedap sungguh goreng pisang
boleh kah cik gin buatkan saya

***********************

berlenggang kangkung berselisih bahu
sambil berjalan penuh bergaya
boleh saja kalau modnay mahu
sudi-sudilah datang ke rumah saya:$

ciksurie Publish time 7-1-2014 02:05 PM

NaylaArisha posted on 7-1-2014 01:56 PM static/image/common/back.gif
hati lembu ditimbang sekati
mahu jamu sang pendita
sungguh pelik rasanya hati


Masuk sini nak berbalas pantun
berkejar ke pejabat berlari-lari
Cik surie yang sopan lagi santun
Sudahkah Cik Surie makan tengah hari?
*****************************
dari jauh hai abang sayang ;P
wajah gagah dicalit celoreng
tengah hari sudahlah kenyang
tunggu kawan beli pisang goreng

NaylaArisha Publish time 7-1-2014 02:34 PM

ginger_B posted on 7-1-2014 02:02 PM static/image/common/back.gif
Kain rentang elok di pasang
Di pasang pulak di kedai pak Raya
sedap sung ...

berlenggang kangkung berselisih bahu
sambil berjalan penuh bergaya
boleh saja kalau modnay mahu
sudi-sudilah datang ke rumah saya

*********************************
pergi bercuti dengan dahlia
Membeli belah di permatang pauh
Kenapa mesti ke rumah Cik Halia
Kuala Selangor sangat lah jauh

NaylaArisha Publish time 7-1-2014 02:37 PM

ciksurie posted on 7-1-2014 02:05 PM static/image/common/back.gif
Masuk sini nak berbalas pantun
berkejar ke pejabat berlari-lari
Cik surie yang sopan lagi santun ...

dari jauh hai abang sayang http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif
wajah gagah dicalit celoreng
tengah hari sudahlah kenyang
tunggu kawan beli pisang goreng

**********************************

amboi dari jauh sudah di sapa
membuat cik abang tersengih manja
hari ini nak cari air kelapa
harap2 cik suri boleh belanja


ginger_B Publish time 7-1-2014 02:44 PM

NaylaArisha posted on 7-1-2014 06:34 AM static/image/common/back.gif
berlenggang kangkung berselisih bahu
sambil berjalan penuh bergaya
boleh saja kalau modnay mahu
...

pergi bercuti dengan dahlia
Membeli belah di permatang pauh
Kenapa mesti ke rumah Cik Halia
Kuala Selangor sangat lah jauh

*************************
balik kampung naik kereta
sambil memakai kurung berpesak
kalau begitu bagai dikata
apa kata mod nay yang masak

ciksurie Publish time 7-1-2014 02:54 PM

NaylaArisha posted on 7-1-2014 02:37 PM static/image/common/back.gif
dari jauh hai abang sayang
wajah gagah dicalit celoreng
tengah hari sudahlah kenyang

amboi dari jauh sudah di sapa
membuat cik abang tersengih manja
hari ini nak cari air kelapa
harap2 cik suri boleh belanja

**********************

dari pagi sampai senja
penat mengemas kenduri kendara
belanja gambar boleh sahaja ;P
dengan pantas ku tampal segera :lol:

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRzoFrPmy8CCDtJCYppuCgqP4xf_nU3QySTam0U5usZWZSgzbiVjw
air kelapa jando pulang :$;P

tak kuar gambar tadiii:huffy Last edited by ciksurie on 7-1-2014 03:00 PM

NaylaArisha Publish time 7-1-2014 04:49 PM

ginger_B posted on 7-1-2014 02:44 PM static/image/common/back.gif
pergi bercuti dengan dahlia
Membeli belah di permatang pauh
Kenapa mesti ...

balik kampung naik kereta
sambil memakai kurung berpesak
kalau begitu bagai dikata
apa kata mod nay yang masak

***************************************

bergurindam irama cindai
di siul2 oleh pemuda
nak buat macam mana saya tak pandai
sebab saya kawin muda ;P

NaylaArisha Publish time 7-1-2014 04:52 PM

ciksurie posted on 7-1-2014 02:54 PM static/image/common/back.gif
amboi dari jauh sudah di sapa
membuat cik abang tersengih manja
hari ini nak cari air kelapa


dari pagi sampai senja
penat mengemas kenduri kendara
belanja gambar boleh sahaja
dengan pantas ku tampal segera

***************************************

tiada sultan tiada raja
hanya memakai gambar berbaju
tak mahu lah gambar sahaja
kurang2 hantar lah pos laju


;P{:gimmeo

kak_sall Publish time 7-1-2014 05:22 PM

ciksurie posted on 7-1-2014 01:10 PM static/image/common/back.gif
buah mempelam dibuat rojak
makan bersama anak Mr Raja
teruja nak datang bila di ajak


hati lembu ditimbang sekati
mahu jamu sang pendita
sungguh pelik rasanya hati
ayam boleh berkata-kata

**************************

melihat cermin takut jelik
bila bermekap berkodi-kodi
janganlah cik surie merasa pelik
zaman sekarang semua boleh jadi :lol:

ciksurie Publish time 7-1-2014 05:27 PM

NaylaArisha posted on 7-1-2014 04:52 PM static/image/common/back.gif
dari pagi sampai senja
penat mengemas kenduri kendara
belanja gambar boleh sahaja


tiada sultan tiada raja
hanya memakai gambar berbaju
tak mahu lah gambar sahaja
kurang2 hantar lah pos laju


;P{:gimmeo
*************************
hari ini hari selasa
sidai baju terkapai-kapai
marilah sini kalu nak merasa :$
mahu dipos takut tak sampai


kak_sall Publish time 7-1-2014 05:28 PM

ginger_B posted on 7-1-2014 01:49 PM static/image/common/back.gif
buah mempelam dibuat rojak
makan bersama anak Mr Raja
teruja nak datang...

si teruna melihat si gadis tertoleh-toleh
sambil menari ria berdendang
kalau nak ajak ayam sekali pun boleh
nanti kita sembelih buat rendang

******************************

melangkah dengan kaki kanan
masuk nak pujuk orang meradang
semua cerita pasal makanan
sudah lah petang perut berdendang {:fainto

ciksurie Publish time 7-1-2014 05:28 PM

kak_sall posted on 7-1-2014 05:22 PM static/image/common/back.gif
hati lembu ditimbang sekati
mahu jamu sang pendita
sungguh pelik rasanya hati



melihat cermin takut jelik
bila bermekap berkodi-kodi
janganlah cik surie merasa pelik
zaman sekarang semua boleh jadi :lol:
******************************

bedak sejuk tenyeh dimuka
orang kata petua jelita
zaman sekarang dah canggih belaka
ayam itik dah pandai berkata-kata


:$

kak_sall Publish time 7-1-2014 05:32 PM

NaylaArisha posted on 7-1-2014 02:01 PM static/image/common/back.gif
buah mempelam dibuat rojak
makan bersama anak Mr Raja
teruja nak datang bila di ajak


Buah asam buah gelugur
di makan oleh anak Pak Jihat
Lama sudah ingin menegur
nama kak_sall sering terlihat

***************************

pergi ke kolam menjala ikan
ikan bakar sedap dimakan
salam adik naylaArisha ksall hulurkan
tali silaturrahim kita jalinkan{:1_138:}

kak_sall Publish time 7-1-2014 05:45 PM

ciksurie posted on 7-1-2014 05:28 PM static/image/common/back.gif
melihat cermin takut jelik
bila bermekap berkodi-kodi
janganlah cik surie merasa pelik


bedak sejuk tenyeh dimuka
orang kata petua jelita
zaman sekarang dah canggih belaka
ayam itik dah pandai berkata-kata

*******************************

cantik puteri memakai tiara
sambil meronda keliling kota
ayam itik pandai berbicara
ramailah kawan bergaduh kita ;P

NaylaArisha Publish time 7-1-2014 06:24 PM

ciksurie posted on 7-1-2014 05:27 PM static/image/common/back.gif
tiada sultan tiada raja
hanya memakai gambar berbaju
tak mahu lah gambar sahaja


hari ini hari selasa
sidai baju terkapai-kapai
marilah sini kalu nak merasa http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif
mahu dipos takut tak sampai

********************************

cantik sunggu bunga rampai
di pakai sanggul oleh kak Jasmen
bukannya barang tidak sampai
tapi habis di bedal posmen



NaylaArisha Publish time 7-1-2014 06:28 PM

kak_sall posted on 7-1-2014 05:32 PM static/image/common/back.gif
Buah asam buah gelugur
di makan oleh anak Pak Jihat
Lama sudah ingin menegur


pergi ke kolam menjala ikan
ikan bakar sedap dimakan
salam adik naylaArisha ksall hulurkan
tali silaturrahim kita jalinkan

*****************************
buat cekodok asal jadi
untuk di makan juadah berbuka
terima kasih daun keladi
kita menerima dengan terbuka


ginger_B Publish time 7-1-2014 06:34 PM

NaylaArisha posted on 7-1-2014 08:49 AM static/image/common/back.gif
balik kampung naik kereta
sambil memakai kurung berpesak
kalau begitu bagai dikata


bergurindam irama cindai
di siul2 oleh pemuda
nak buat macam mana saya tak pandai
sebab saya kawin muda http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*****************************
pergi ke pasar membeli pulasan
pulasan di beli bersama arang
kahwin muda bukan alasan
sebab mod nay dah jadi mak orang:curse::lol:
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT