NaylaArisha Publish time 8-1-2014 03:30 PM

ginger_B posted on 8-1-2014 01:57 PM static/image/common/back.gif
saya suka kumpulan Amuk
imej mereka bak kesatria perang
rasa takut dia mengamuk


putus cinta hatinya remuk
gara-gara sidia bermuka-muka
kalau takut dia mengamuk
bagi saja apa yang dia suka..

***********************************

Hang Tuah pahlawan terbilang
menjadi igauan Puteri Gunung Ledang
dia suka ikan sembilang
saya benci kerana baunya tak hilang

ciksurie Publish time 8-1-2014 03:31 PM

NaylaArisha posted on 8-1-2014 03:22 PM static/image/common/back.gif
dari jauh derap sepatu
anak muda sedang bersiulan
boleh kalau kenanya waktu


sungguh indah seloka di tabur
berbunyi sungguh seperti bidalan
nak pergi sendiri saya pun kabur
sebab itu perlukan penunjuk jalan
****************************


ikan pari dibakar arang
mahu juga menyalai kupang
kalu begitu dah tersalah orang
saya selalu tersalah simpang


:'(

NaylaArisha Publish time 8-1-2014 05:27 PM

ciksurie posted on 8-1-2014 03:31 PM static/image/common/back.gif
sungguh indah seloka di tabur
berbunyi sungguh seperti bidalan
nak pergi sendiri saya pun kabur
...

ikan pari dibakar arang
mahu juga menyalai kupang
kalu begitu dah tersalah orang
saya selalu tersalah simpang

***********************************

apalah malang tertumpah santan
lapik meja menjadi kesat
bukankah ciksu asal kelantan
dah bertahun duduk masih sesat?

ciksurie Publish time 9-1-2014 08:32 AM

NaylaArisha posted on 8-1-2014 05:27 PM static/image/common/back.gif
ikan pari dibakar arang
mahu juga menyalai kupang
kalu begitu dah tersalah orang


apalah malang tertumpah santan
lapik meja menjadi kesat
bukankah ciksu asal kelantan
dah bertahun duduk masih sesat?

*****************************

bunga kemboja disiram baja
keliling pokok diletak bata
saya ini perumah sahaja
sangat jarang berjalan merata

:$

NaylaArisha Publish time 9-1-2014 12:46 PM

ciksurie posted on 9-1-2014 08:32 AM static/image/common/back.gif
apalah malang tertumpah santan
lapik meja menjadi kesat
bukankah ciksu asal kelantan


bunga kemboja disiram baja
keliling pokok diletak bata
saya ini perumah sahaja
sangat jarang berjalan merata

***********************************



Pergi kedai membeli barang
Untuk di guna majlis kenduri
Nampaknya saya tersilap orang
terpaksa lah saya pergi sendiri ;P


kak_sall Publish time 9-1-2014 01:20 PM

NaylaArisha posted on 8-1-2014 02:00 PM static/image/common/back.gif
sekarang kilo dulu kati
orang lama jadi celaru
besar sungguh rasa hati


baca pantun termengah-mengah
sambil makan ketupat palas
banyak sangat bod di jengah
jam 2 baru sempat di balas

****************************

hati gelisah rindukan siapa
termenung sana termenung sini
tak kisahlah dik nay pukul berapa
asalkan sudi senang di hati :loveliness:

kak_sall Publish time 9-1-2014 01:23 PM

NaylaArisha posted on 9-1-2014 12:46 PM static/image/common/back.gif
bunga kemboja disiram baja
keliling pokok diletak bata
saya ini perumah sahaja


Pergi kedai membeli barang
Untuk di guna majlis kenduri
Nampaknya saya tersilap orang
terpaksa lah saya pergi sendiri

************************

tak baik makan sambil berdiri
adab yang baik kita amalkan
janganlah dik nay pergi sendiri
marilah dik nay ksall temankan :)

kak_sall Publish time 9-1-2014 01:27 PM

NaylaArisha posted on 8-1-2014 11:19 AM static/image/common/back.gif
beratnya badan terasa gemuk
tak muat nak pakai baju kemeja
jangan dirisau pada yang mengamuk


saya suka kumpulan Amuk
imej mereka bak kesatria perang
rasa takut dia mengamuk
kerana tak suka goreng pisang

***************************

lama menunggu air dijerang
sambil menunggu mengelamun seketika
kalau hanya kerana goreng pisang
tak payah dibagi kita makan semua;P

NaylaArisha Publish time 9-1-2014 02:26 PM

kak_sall posted on 9-1-2014 01:20 PM static/image/common/back.gif
baca pantun termengah-mengah
sambil makan ketupat palas
banyak sangat bod di jengah


hati gelisah rindukan siapa
termenung sana termenung sini
tak kisahlah dik nay pukul berapa
asalkan sudi senang di hati http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

**************************

bukak tv astro Prima
ariel tv sudah bengkok
nasib baik ksall terima
kalau tidak rasa kekok


NaylaArisha Publish time 9-1-2014 02:28 PM

kak_sall posted on 9-1-2014 01:23 PM static/image/common/back.gif
Pergi kedai membeli barang
Untuk di guna majlis kenduri
Nampaknya saya tersilap orang


tak baik makan sambil berdiri
adab yang baik kita amalkan
janganlah dik nay pergi sendiri
marilah dik nay ksall temankan http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/smile.gif

**************************

pergi kedai beli buah berangan
di teman oleh anak majikan
terima kasih ksall kecik tapak tangan
Stadium Bukit Jalil saya tadahkan

NaylaArisha Publish time 9-1-2014 02:31 PM

kak_sall posted on 9-1-2014 01:27 PM static/image/common/back.gif
saya suka kumpulan Amuk
imej mereka bak kesatria perang
rasa takut dia mengamuk


lama menunggu air dijerang
sambil menunggu mengelamun seketika
kalau hanya kerana goreng pisang
tak payah dibagi kita makan semuahttp://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*******************************


pergi ke pulau nak jumpa Nadea
perjalanan pulak berbatu-batu
heheh terima kasih untuk idea
boleh jugak buat begitu

kak_sall Publish time 10-1-2014 01:26 PM

NaylaArisha posted on 9-1-2014 02:31 PM static/image/common/back.gif
lama menunggu air dijerang
sambil menunggu mengelamun seketika
kalau hanya kerana goreng pisang
...

pergi ke pulau nak jumpa Nadea
perjalanan pulak berbatu-batu
heheh terima kasih untuk idea
boleh jugak buat begitu

*****************************

pergi ke sungai memancing ikan
nasib tak dapat hanya berserah
kalau bercerita pasal makan
idea pun datang mencurah-curah ;P

kak_sall Publish time 10-1-2014 01:29 PM

NaylaArisha posted on 9-1-2014 02:28 PM static/image/common/back.gif
tak baik makan sambil berdiri
adab yang baik kita amalkan
janganlah dik nay pergi sendiri


pergi kedai beli buah berangan
di teman oleh anak majikan
terima kasih ksall kecik tapak tangan
Stadium Bukit Jalil saya tadahkan

***********************************

jauhnya tempat parking kereta
tak larat berjalan kena dipapah
Stadium Bukit Jalil ksall tak minta
belanja lah melancong sebagai upah :P

kak_sall Publish time 10-1-2014 01:32 PM

NaylaArisha posted on 9-1-2014 02:26 PM static/image/common/back.gif
hati gelisah rindukan siapa
termenung sana termenung sini
tak kisahlah dik nay pukul berapa


bukak tv astro Prima
ariel tv sudah bengkok
nasib baik ksall terima
kalau tidak rasa kekok

***********************

sayup terdengar ayam berkokok
tengok jam dah pukul berapa
kenapa perlu merasa kekok
bukankah kita sering bersapa:)

ginger_B Publish time 10-1-2014 01:40 PM

NaylaArisha posted on 8-1-2014 03:30 PM static/image/common/back.gif
putus cinta hatinya remuk
gara-gara sidia bermuka-muka
kalau takut dia mengamuk


Hang Tuah pahlawan terbilang
menjadi igauan Puteri Gunung Ledang
dia suka ikan sembilang
saya benci kerana baunya tak hilang

**************************
tikar di anyam bersilang-silang
buat jualan di pasar pagi
kalau bau dia tak hilang
minta saja dia belikan minyak wangi..:$

NaylaArisha Publish time 10-1-2014 03:23 PM

ginger_B posted on 10-1-2014 01:40 PM static/image/common/back.gif
Hang Tuah pahlawan terbilang
menjadi igauan Puteri Gunung Ledang
dia suk ...

tikar di anyam bersilang-silang
buat jualan di pasar pagi
kalau bau dia tak hilang
minta saja dia belikan minyak wangi..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif

******************************

Hanyirnya bau ikan sembilang
Di tenyeh asam tetap sama
dah hatinya suka tak kan nak halang
saya turutkan demi kebaikan besama :$

NaylaArisha Publish time 10-1-2014 03:28 PM

kak_sall posted on 10-1-2014 01:26 PM static/image/common/back.gif
pergi ke pulau nak jumpa Nadea
perjalanan pulak berbatu-batu
heheh terima kasih untuk idea


pergi ke sungai memancing ikan
nasib tak dapat hanya berserah
kalau bercerita pasal makan
idea pun datang mencurah-curah http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

******************************
mudik ke hulu mencari lokan
kaki terjatuh luka parah
rupanya ksall minat makan
sebab tu idea mencurah-curah ;P

NaylaArisha Publish time 10-1-2014 03:30 PM

kak_sall posted on 10-1-2014 01:29 PM static/image/common/back.gif
pergi kedai beli buah berangan
di teman oleh anak majikan
terima kasih ksall kecik tapak tangan...

jauhnya tempat parking kereta
tak larat berjalan kena dipapah
Stadium Bukit Jalil ksall tak minta
belanja lah melancong sebagai upah http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/tongue.gif

**********************************

ayu si gadis buat terpana
memikat hati anak si Leman
sebut kan saja negeri mana
nayla sudi jadi peneman :lol:

NaylaArisha Publish time 10-1-2014 03:35 PM

kak_sall posted on 10-1-2014 01:32 PM static/image/common/back.gif
bukak tv astro Prima
ariel tv sudah bengkok
nasib baik ksall terima


sayup terdengar ayam berkokok
tengok jam dah pukul berapa
kenapa perlu merasa kekok
bukankah kita sering bersapahttp://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/smile.gif

*****************************


masuk gua hendak bertapa
bertapa dengan dato bendahara
memang kita sering bersapa
pantun seloka jadi perantara {:1_149:}


ginger_B Publish time 11-1-2014 01:51 AM

NaylaArisha posted on 10-1-2014 03:23 PM static/image/common/back.gif
tikar di anyam bersilang-silang
buat jualan di pasar pagi
kalau bau dia tak hilang

Hanyirnya bau ikan sembilang
Di tenyeh asam tetap sama
dah hatinya suka tak kan nak halang
saya turutkan demi kebaikan besama

***************************

semai bunga ditaburi baja
bila dah kembang di jual di pekan
bukan demi kebaikan bersama saja
tapi demi sayang mod nay turutkan...;P
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT