ginger_B Publish time 14-1-2014 12:08 AM

NaylaArisha posted on 13-1-2014 05:47 PM static/image/common/back.gif
seronoknya esok kita bercuti
boleh mengutip si biji saga
jauh dimata dekat dihati


letak kunci atas peti
takut tercapai si gadis sunti
untungnya ginger dapat bercuti
sedangkan saya tak dapat cuti http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/cry.gif

************************

melintas jalan di atas jeti
sambil memimpin si dara sunti
rasa kesian di dalam hati
sebab mod nay tak dapat cuti..:'(

kak_sall Publish time 14-1-2014 10:46 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 12:08 AM static/image/common/back.gif
letak kunci atas peti
takut tercapai si gadis sunti
untungnya ginger dapat bercuti


melintas jalan di atas jeti
sambil memimpin si dara sunti
rasa kesian di dalam hati
sebab mod nay tak dapat cuti

*******************************

pergi kedai naik kereta
pergi makan orang belanja
beginilah nasib kerja swasta
cuti ke kerja ikut suka bos saja...:'(

ginger_B Publish time 14-1-2014 10:52 AM

kak_sall posted on 14-1-2014 10:46 AM static/image/common/back.gif
melintas jalan di atas jeti
sambil memimpin si dara sunti
rasa kesian di dalam hati


pergi kedai naik kereta
pergi makan orang belanja
beginilah nasib kerja swasta
cuti ke kerja ikut suka bos saja...http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/cry.gif

************************

pagi hari makan roti
makan roti tepi bangsal
kak_sall juga tak bercuti
kesian dekat kak_sall..:'(


kak_sall Publish time 14-1-2014 10:52 AM

ginger_B posted on 13-1-2014 10:55 PM static/image/common/back.gif
pakai baju berwarna merah
sambil duduk mencangkung
harga kangkung sudah murah


pakai baju berwarna merah
sambil duduk mencangkung
harga kangkung sudah murah
bolehlah esok masak kangkung

********************************

terpekik terlolong orang berniaga
ke pasar borang membawa raga
kangkung memang kegemaran keluarga
terimakasih kerajaan turunkan harga ;P



ginger_B Publish time 14-1-2014 10:58 AM

kak_sall posted on 14-1-2014 10:52 AM static/image/common/back.gif
pakai baju berwarna merah
sambil duduk mencangkung
harga kangkung sudah murah


terpekik terlolong orang berniaga
ke pasar borang membawa raga
kangkung memang kegemaran keluarga
terimakasih kerajaan turunkan harga http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

****************************
masak kambing lauk beriani
tak lalu makan terasa hamis
apakah menu utama hari ini
adakah kangkung tumis?..;P

kak_sall Publish time 14-1-2014 10:59 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 10:52 AM static/image/common/back.gif
pergi kedai naik kereta
pergi makan orang belanja
beginilah nasib kerja swasta


pagi hari makan roti
makan roti tepi bangsal
kak_sall juga tak bercuti
kesian dekat kak_sall

***************************

wajah yang ayu bersopan santun
itulah warisan gadis Pulau Pinang
kak sall kerja sambil berpantun :lol:
tiada gangguan hati pun tenang

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 10:59 AM

ginger_B posted on 13-1-2014 10:52 PM static/image/common/back.gif
Semalam pergi kenduri izwin
barang hantaran keluaran Malaysia
nampak sangat tak sabar nak kahwi ...

naik kereta ke sungai ramal
untuk membeli sebiji roti
sebagai gadis yang normal
memang itulah impian dihati..

*****************************

kalau sudah ada pilihan hati
jangan tunggu lama-lama
kalau sudah berkenan di hati
pergilan naik pelamin bersama-sama

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 11:02 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 12:08 AM static/image/common/back.gif
letak kunci atas peti
takut tercapai si gadis sunti
untungnya ginger dapat bercuti


melintas jalan di atas jeti
sambil memimpin si dara sunti
rasa kesian di dalam hati
sebab mod nay tak dapat cuti..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/cry.gif

*************************

berhenti sekejap di stesyen meranti
berehat sekejap sebelum sambung perjalanan
nak buat macam mana kampeni tak bagi cuti
kerana katanya tugas saya banyak peranan {:1_507:}

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 11:05 AM

sfhzuraz posted on 13-1-2014 10:25 PM static/image/common/back.gif
off topic sat:   takde pantun pasal kangkung ker... arini kan ari kangkung semesia...sana sini...

terkejut sungguh nampak jerangkung
badan kejung rasa berejam
untunglah kerajaan murahkan kangkung
tak lah nampak sangat kejam {:1_563:}

kak_sall Publish time 14-1-2014 11:07 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 10:58 AM static/image/common/back.gif
terpekik terlolong orang berniaga
ke pasar borang membawa raga
kangkung memang kegemaran keluarg ...

masak kambing lauk beriani
tak lalu makan terasa hamis
apakah menu utama hari ini
adakah kangkung tumis

***************************

jangan bekerja sambil lewa
ada mata2 sedang melingas
kangkung goreng belacan menu istimewa
makan bersama nasi panas-panas{:1_551:}

ginger_B Publish time 14-1-2014 11:09 AM

kak_sall posted on 14-1-2014 10:59 AM static/image/common/back.gif
pagi hari makan roti
makan roti tepi bangsal
kak_sall juga tak bercuti


wajah yang ayu bersopan santun
itulah warisan gadis Pulau Pinang
kak sall kerja sambil berpantun http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif
tiada gangguan hati pun tenang

************************
nakal sungguh anak cik nyonya
bila bergaduh selalu nak menang
kata-kata kak_sall banyak betulnya
berpantun membuat hati tenang:loveliness:

ginger_B Publish time 14-1-2014 11:12 AM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 10:59 AM static/image/common/back.gif
naik kereta ke sungai ramal
untuk membeli sebiji roti
sebagai gadis yang normal

kalau sudah ada pilihan hati
jangan tunggu lama-lama
kalau sudah berkenan di hati
pergilan naik pelamin bersama-sama

*************************

cantik sungguh si bunga melati
harum seperti bau setanggi
Insya Allah itulah hajat dihati
dalam masa dua tahun lagi..:$

kak_sall Publish time 14-1-2014 11:15 AM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 11:05 AM static/image/common/back.gif
terkejut sungguh nampak jerangkung
badan kejung rasa berejam
untunglah kerajaan murahkan kangkun ...
terkejut sungguh nampak jerangkung
badan kejung rasa berejam
untunglah kerajaan murahkan kangkung
tak lah nampak sangat kejam

***********************************

negara berdaulat negara beraja
jangan biadap nanti kena pelangkung
para saintis janganlah duduk saja
cepatlah pelbagaikan kegunaan kangkung :2lol: Last edited by kak_sall on 14-1-2014 12:30 PM

kak_sall Publish time 14-1-2014 11:42 AM

ginger_B posted on 14-1-2014 11:09 AM static/image/common/back.gif
wajah yang ayu bersopan santun
itulah warisan gadis Pulau Pinang
kak sall kerja sambil berpantun ...

nakal sungguh anak cik nyonya
bila bergaduh selalu nak menang
kata-kata kak_sall banyak betulnya
berpantun membuat hati tenang

********************************

banyakkan beramal kumpul pahala
jangan lakukan kerja sia-sia
pantun seloka hiburan dahulu kala
zaman sekarang tak kurang peranannya :loveliness:

kak_sall Publish time 14-1-2014 12:15 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 11:12 AM static/image/common/back.gif
kalau sudah ada pilihan hati
jangan tunggu lama-lama
kalau sudah berkenan di hati


cantik sungguh si bunga melati
harum seperti bau setanggi
Insya Allah itulah hajat dihati
dalam masa dua tahun lagi..

***************************

masa hadapan sukar dijangka
senang ke susah derita atau gembira
kalau hati dah sama suka
mudahkan sahaja buatlah segera {:1_152:}

kak_sall Publish time 14-1-2014 12:28 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 11:02 AM static/image/common/back.gif
melintas jalan di atas jeti
sambil memimpin si dara sunti
rasa kesian di dalam hati


berhenti sekejap di stesyen meranti
berehat sekejap sebelum sambung perjalanan
nak buat macam mana kampeni tak bagi cuti
kerana katanya tugas saya banyak peranan

***********************************

hati dah panas siapa berani
susah nak sejuk berhari-hari
orang kuat syarikat memang begini
tak apa dik nay gaji pun selari... ;P

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 12:53 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 11:12 AM static/image/common/back.gif
kalau sudah ada pilihan hati
jangan tunggu lama-lama
kalau sudah berkenan di hati


cantik sungguh si bunga melati
harum seperti bau setanggi
Insya Allah itulah hajat dihati
dalam masa dua tahun lagi..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif

****************************

sana sini kangkung cerita
tak sangka pulak dapat sambutan
kalau begitu khabar berita
jangan di lupa kad jemputan :lol:

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 01:01 PM

kak_sall posted on 14-1-2014 11:15 AM static/image/common/back.gif
terkejut sungguh nampak jerangkung
badan kejung rasa berejam
untunglah kerajaan murahkan kangkun ...

negara berdaulat negara beraja
jangan biadap nanti kena pelangkung
para saintis janganlah duduk saja
cepatlah pelbagaikan kegunaan kangkung http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/icon_lol.gif

**********************************

Sana sini kisah kangkung
Kangkung murah jadi bahan
Hari ini nak makan kangkung
Sedap di makan bersama belacan

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 01:31 PM

kak_sall posted on 14-1-2014 12:28 PM static/image/common/back.gif
berhenti sekejap di stesyen meranti
berehat sekejap sebelum sambung perjalanan
nak buat macam ma ...

hati dah panas siapa berani
susah nak sejuk berhari-hari
orang kuat syarikat memang begini
tak apa dik nay gaji pun selari... http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

******************************

kerja banyak makin sibuk
kampeni pulak makin membesar
saya cuma kerani cabuk :$
tidak sepenting pengurus besar


ginger_B Publish time 14-1-2014 02:11 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 11:02 AM static/image/common/back.gif
melintas jalan di atas jeti
sambil memimpin si dara sunti
rasa kesian di dalam hati


berhenti sekejap di stesyen meranti
berehat sekejap sebelum sambung perjalanan
nak buat macam mana kampeni tak bagi cuti
kerana katanya tugas saya banyak peranan http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/sad26.gif

*********************************
orang cantik ramai yang memikat
tapi jangan terlalu perasan
mod nay orang penting dalam syarikat
mestilah banyak tugasan..

Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT