ginger_B Publish time 14-1-2014 02:15 PM

kak_sall posted on 14-1-2014 11:07 AM static/image/common/back.gif
masak kambing lauk beriani
tak lalu makan terasa hamis
apakah menu utama hari ini


jangan bekerja sambil lewa
ada mata2 sedang melingas
kangkung goreng belacan menu istimewa
makan bersama nasi panas-panashttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/67.gif

***************************

naik motor bersama mutu
nak pergi ke tempat kerja
sedap sungguh menu istimewa tu
buat ginger terliur saja..:drool3::lol:

ginger_B Publish time 14-1-2014 02:23 PM

kak_sall posted on 14-1-2014 11:42 AM static/image/common/back.gif
nakal sungguh anak cik nyonya
bila bergaduh selalu nak menang
kata-kata kak_sall banyak betulnya ...

banyakkan beramal kumpul pahala
jangan lakukan kerja sia-sia
pantun seloka hiburan dahulu kala
zaman sekarang tak kurang peranannya http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

*****************************

dari pahang hendak ke melaka
singgah sebentar bermandi manda
saya suka berpantun seloka
sebab boleh mengasah minda..:loveliness:

ginger_B Publish time 14-1-2014 02:28 PM

kak_sall posted on 14-1-2014 12:15 PM static/image/common/back.gif
cantik sungguh si bunga melati
harum seperti bau setanggi
Insya Allah itulah hajat dihati


masa hadapan sukar dijangka
senang ke susah derita atau gembira
kalau hati dah sama suka
mudahkan sahaja buatlah segera http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/pompom.gif

**************************
cantik sungguh pandangan di bukit banjar
sinar mentari sangatlah redup
saya perlu banyak belajar
untuk kebahagiaan sepanjang hidup..

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 02:34 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 02:11 PM static/image/common/back.gif
berhenti sekejap di stesyen meranti
berehat sekejap sebelum sambung perjalanan
nak buat macam ma ...

orang cantik ramai yang memikat
tapi jangan terlalu perasan
mod nay orang penting dalam syarikat
mestilah banyak tugasan..

***********************

rasa sakit tulang belikat
akibat badan jatuh tercampak
kalau saya orang penting syarikat
gaji dan elaun mesti gempak {:1_567:}

ginger_B Publish time 14-1-2014 02:44 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 12:53 PM static/image/common/back.gif
cantik sungguh si bunga melati
harum seperti bau setanggi
Insya Allah itulah hajat dihati


sana sini kangkung cerita
tak sangka pulak dapat sambutan
kalau begitu khabar berita
jangan di lupa kad jemputan http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif

*********************

gosip panas keluar di media
geram sangat rasa nak rotan
bila semua sudah bersedia
tunggulah saja kad jemputan :$

ginger_B Publish time 14-1-2014 02:48 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 02:34 PM static/image/common/back.gif
orang cantik ramai yang memikat
tapi jangan terlalu perasan
mod nay orang penting dalam syarikat ...

rasa sakit tulang belikat
akibat badan jatuh tercampak
kalau saya orang penting syarikat
gaji dan elaun mesti gempak http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/indifferent0001.gif


***********************

kakak pakai baju warna biru
warna kuning pula untuk saya
sekarang dah masuk tahun baru
cubalah minta moga berjaya..{:1_545:}

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 03:16 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 02:44 PM static/image/common/back.gif
sana sini kangkung cerita
tak sangka pulak dapat sambutan
kalau begitu khabar berita


gosip panas keluar di media
geram sangat rasa nak rotan
bila semua sudah bersedia
tunggulah saja kad jemputan http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif

*******************************

kejar tacang moyan ngn gigih
menunggu hasil terkumpul banyak
janji ginger akan di tagih
tak sabar nak makan nasi minyak :$:lol:

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 03:21 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 02:48 PM static/image/common/back.gif
rasa sakit tulang belikat
akibat badan jatuh tercampak
kalau saya orang penting syarikat


kakak pakai baju warna biru
warna kuning pula untuk saya
sekarang dah masuk tahun baru
cubalah minta moga berjaya..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/innocent0001.gif


*****************************

cantik bergaya berbaju baharu
di pilih pulak warna merah
apa lah erti tahun baru
dah lah kedekut lagi cekik darah :huffy


ginger_B Publish time 14-1-2014 03:22 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 03:16 PM static/image/common/back.gif
gosip panas keluar di media
geram sangat rasa nak rotan
bila semua sudah bersedia


kejar tacang moyan ngn gigih
menunggu hasil terkumpul banyak
janji ginger akan di tagih
tak sabar nak makan nasi minyak http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gifhttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif

************************

buat tapai gunakan ragi
tapi dah habis malas nak ke pasar
tunggu saja dua tahun lagi
tapi jangan lupa bawa hadiah besar..:lol:

ginger_B Publish time 14-1-2014 03:34 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 03:21 PM static/image/common/back.gif
kakak pakai baju warna biru
warna kuning pula untuk saya
sekarang dah masuk tahun baru


cantik bergaya berbaju baharu
di pilih pulak warna merah
apa lah erti tahun baru
dah lah kedekut lagi cekik darah http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/huffy.gif

************************

berdenyut-denyut sakitnya mata
nampak lebam makin membiru
kalau begitu bagai dikata
mod nay carilah kerja baru {:thumbo

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 03:55 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 03:22 PM static/image/common/back.gif
kejar tacang moyan ngn gigih
menunggu hasil terkumpul banyak
janji ginger akan di tagih

buat tapai gunakan ragi
tapi dah habis malas nak ke pasar
tunggu saja dua tahun lagi
tapi jangan lupa bawa hadiah besar..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif


**********************************

dekat kampung guna perigi
sejuknya air tidak terkata
dua tahun berlalu pergi
harap ginger lupa apa di minta :lol:

ginger_B Publish time 14-1-2014 04:15 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 03:55 PM static/image/common/back.gif
buat tapai gunakan ragi
tapi dah habis malas nak ke pasar
tunggu saja dua tahun lagi


dekat kampung guna perigi
sejuknya air tidak terkata
dua tahun berlalu pergi
harap ginger lupa apa di minta http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif

**********************

berjalan-jalan ditanah rata
sekali sekala berlari-lari
gin tak lupa apa diminta
sebab dah tulis dalam dairi..:lol:

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 04:31 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 03:34 PM static/image/common/back.gif
cantik bergaya berbaju baharu
di pilih pulak warna merah
apa lah erti tahun baru


berdenyut-denyut sakitnya mata
nampak lebam makin membiru
kalau begitu bagai dikata
mod nay carilah kerja baru http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/onion/thumb.gif

****************************

Daulat Tuanku irama di raja
menjadi sebutan ahli majlis tertinggi
sekarang susah nak cari kerja
apatah lagi saya tidak berkelulusan tinggi

ginger_B Publish time 14-1-2014 04:39 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 04:31 PM static/image/common/back.gif
berdenyut-denyut sakitnya mata
nampak lebam makin membiru
kalau begitu bagai dikata


Daulat Tuanku irama di raja
menjadi sebutan ahli majlis tertinggi
sekarang susah nak cari kerja
apatah lagi saya tidak berkelulusan tinggi

***************************

sungguh indah bulan di awan
terasa nyaman hingga ke hati
jangan di gusar dan jangan di rawan
sebab rezeki tuhan yang beri..:loveliness:

NaylaArisha Publish time 14-1-2014 04:51 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 04:15 PM static/image/common/back.gif
dekat kampung guna perigi
sejuknya air tidak terkata
dua tahun berlalu pergi


berjalan-jalan ditanah rata
sekali sekala berlari-lari
gin tak lupa apa diminta
sebab dah tulis dalam dairi..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif



****************************

wahai cik abang berkaca mata
nampak handsome lagi menawan
kalau begitu bagai di minta
cermin bilik mandi saya hadiahkan ;P

ginger_B Publish time 14-1-2014 04:59 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 04:51 PM static/image/common/back.gif
berjalan-jalan ditanah rata
sekali sekala berlari-lari
gin tak lupa apa diminta


wahai cik abang berkaca mata
nampak handsome lagi menawan
kalau begitu bagai di minta
cermin bilik mandi saya hadiahkan http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif

*************************

bulan puasa makan kurma
kalau tak makan terasa rugi
cermin bilik mandi pun saya terima
asalkan mod nay yang bagi;P

kak_sall Publish time 14-1-2014 06:22 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 02:28 PM static/image/common/back.gif
masa hadapan sukar dijangka
senang ke susah derita atau gembira
kalau hati dah sama suka


cantik sungguh pandangan di bukit banjar
sinar mentari sangatlah redup
saya perlu banyak belajar
untuk kebahagiaan sepanjang hidup

******************************

jangan makan sambil berdiri
orang tua2 selalu berpesan
belajar lah dari pengalaman sendiri
itu lah pengajaran yang paling berkesan :loveliness:

kak_sall Publish time 14-1-2014 06:29 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 02:23 PM static/image/common/back.gif
banyakkan beramal kumpul pahala
jangan lakukan kerja sia-sia
pantun seloka hiburan dahulu kala


dari pahang hendak ke melaka
singgah sebentar bermandi manda
saya suka berpantun seloka
sebab boleh mengasah minda

****************************

kandang dibuka terus diterkam
bersiap-sedialah bersama parang
asahlah sampai tajam menikam
moga tak mudah dibuli orang :flex3:

kak_sall Publish time 14-1-2014 06:33 PM

ginger_B posted on 14-1-2014 02:15 PM static/image/common/back.gif
jangan bekerja sambil lewa
ada mata2 sedang melingas
kangkung goreng belacan menu istimewa


naik motor bersama mutu
nak pergi ke tempat kerja
sedap sungguh menu istimewa tu
buat ginger terliur saja

**************************

hati dah panas jangan cari pasal
bila mengamuk bagaikan ribut taufan
jemputlah datang ke teratak kak sall
menu kangkung sentiasa jadi santapan ;P

kak_sall Publish time 14-1-2014 06:38 PM

NaylaArisha posted on 14-1-2014 01:31 PM static/image/common/back.gif
hati dah panas siapa berani
susah nak sejuk berhari-hari
orang kuat syarikat memang begini


kerja banyak makin sibuk
kampeni pulak makin membesar
saya cuma kerani cabuk http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/shy.gif
tidak sepenting pengurus besar

*****************************

kerja disukai sukar dicari
pada yang dapat syukurlah padaNya
tak perlu lah adik nay merendah diri
kerani dan pengurus sama pentingnya :flex3:
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT