NaylaArisha Publish time 22-1-2014 04:13 PM

ginger_B posted on 20-1-2014 02:13 PM static/image/common/back.gif
angin menyapai sepoi-sepoi bahasa
rasa hati tidak terlayan
3 hari hampir nak putus asa


cantik ukiran kayu-kayan
senang sangat di curi pantang lepa
kenapa mod nay tak dapat meroyan
cubalah cerita kat ginger kenapa?..http://mforum2.cari.com.my/static/image/smiley/default/shocked.gif

*****************************

sudah lama nak makan doyan
menunggu doyan di belanja @tari
macam mana hendak meroyan
sebab sudah di rantai jari

kak_sall Publish time 22-1-2014 05:39 PM

wwannurr posted on 22-1-2014 11:28 AM static/image/common/back.gif
kelat dimakan buah peria
silap resepi jadi begini
menunggu bonus tertanya-tanya


kerja pejabat dah berkurun
kalau tak habis hati walang
kalau nak bonus ini tahun
Doa banyak pada TUHAN

*************************

servis si kancil dekat perodoa
nak jalan jauh sempena raya cina
bukan hanya setakat doa
solat hajat dan yasin turut dibaca ;P

kak_sall Publish time 22-1-2014 05:48 PM

NaylaArisha posted on 22-1-2014 04:08 PM static/image/common/back.gif
ksall memang suka berahsia
yang baru kenal janganlah marah
tak perlu menu 1 Malaysia


Pagi tadi termimpi jerangkung
Datang pulak bersama darah
Semalam Nay makan kangkung
Sebab kangkung kan sudah murah

****************************

sayur kangkung dibuat pecal
sedap nya makan resepi cik Norma
ayam mahal ikan pun mahal
jadikan sayuran menu utama :P

kak_sall Publish time 22-1-2014 06:01 PM

NaylaArisha posted on 22-1-2014 04:06 PM static/image/common/back.gif
mata bulat kaku di situ
kaki lekat di mana berada
baguslah dik nay kalau begitu


Pagi tadi makan biskut
makan bersama dengan cin Cinta
Ada ilmu tak boleh kedekut
Harus di beri tanpa di minta

*****************************

Pulau Pinang terkenal dengan buah pala
jeruk pala mai lah pekena
sebarkan ilmu dapat pahala
jariah kita bekalan di 'sana' :loveliness:


kak_sall Publish time 22-1-2014 06:06 PM

NaylaArisha posted on 22-1-2014 04:04 PM static/image/common/back.gif
tak cukup duit emas dipajak
ada duit nanti tebus kembali
harini rezeki tak perlu memasak


Meroboh rumah dengan jentolak
Jentolak dipandu oleh Pak Zahi
Sudah rezeki jangan di tolak
Bila di jemput harus di ziarahi

*******************************

makan tradisional susah dicari
kadang terjumpa di pasar pagi
ksall di sini membilang hari
jemputan dik nay bila lagi? :lol:

tari Publish time 24-1-2014 09:22 AM

novelloverzz posted on 20-1-2014 10:34 AM static/image/common/back.gif
bila berporem selalu leka
sampai ibu jadi hairan
tepat sekali bagai dite ...

anak ikan berenang-renang
berenang dalam kolam mek siti
perut kenyang hati senang
tari makan apa pagi iniassalam pembuka kata
di pagi jumaat yang ceria
buka tv tengok berita
pagi ini makan kuih keria

tari Publish time 24-1-2014 09:28 AM

kak_sall posted on 20-1-2014 12:38 PM static/image/common/back.gif
bahu gatal sebelah kiri
tolong digaru oleh papa
hari sudah tengahari


Cik Tari orangnya sangatlah ramah
bertuah badan menjadi rakan
memang susah menjadi surirumah
pening memikirkan menu masakan
pergi berjalan bersama rakan
berbaju tebal cuaca sejuk
bila pening memikir menu masakan
masak saja yang ada di peti sejuk

tari Publish time 24-1-2014 09:34 AM

ginger_B posted on 19-1-2014 10:57 PM static/image/common/back.gif
perut kenyang hati gembila
makan berlauk rendang daging
memang sedap roti canai segera



menanam bunga letak baja
bila berbunga gembira sakan
tari buat saya teringin saja
esok sarapan saya nak makan
pipi bengkak sakit gigi
pergi klinik doktor Ghani
hai ginger selamat pagi
apa khabar hari ini :loveliness:

wwannurr Publish time 25-1-2014 10:12 PM

wwannurr posted on 22-1-2014 11:28 AM static/image/common/back.gif
kelat dimakan buah peria
silap resepi jadi begini
menunggu bonus tertanya-tanya


erkk.....????

hahhaa tak prasan.. soli:bye:

jusoren12 Publish time 26-1-2014 11:31 AM

nk tunggu siaran astro ria
sambil minum air dlm cawan
hari minggu cuaca ceria
langit biru tiada awan

wwannurr Publish time 27-1-2014 03:24 PM

Pagi tadi termimpi jerangkung
Datang pulak bersama darah
Semalam Nay makan kangkung
Sebab kangkung kan sudah murah

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

pasaraya adalah jualan murah
duduk di bangku kiranya wang
kangkung tak turun sedia dah murah
harga petrol kenapa tak di kurang

tari Publish time 28-1-2014 03:07 PM

pasaraya adalah jualan murah
duduk di bangku kiranya wang
kangkung tak turun sedia dah murah
harga petrol kenapa tak di kurang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

depan rumah pokok ceri
ada pulak burung kedidi
bila ditanya jawapan diberi
harga petrol sudah bersubsidi

kak_sall Publish time 29-1-2014 12:27 PM

wwannurr posted on 27-1-2014 03:24 PM static/image/common/back.gif
Pagi tadi termimpi jerangkung
Datang pulak bersama darah
Semalam Nay makan kangkung


pasaraya adalah jualan murah
duduk di bangku kiranya wang
kangkung tak turun sedia dah murah
harga petrol kenapa tak di kurang

********************************

Jemputan datanng dari Encik Shahrol
selesai majlis bergegas pulang
bukan cuma sekadar petrol
semua barang melambung sekarang :'(


kak_sall Publish time 29-1-2014 12:30 PM

tari posted on 28-1-2014 03:07 PM static/image/common/back.gif
pasaraya adalah jualan murah
duduk di bangku kiranya wang
kangkung tak tur ...

depan rumah pokok ceri
ada pulak burung kedidi
bila ditanya jawapan diberi
harga petrol sudah bersubsidi

*****************************

rumah bersepah macam nak perang
pinggan tak basuh bertimbun kain
subsidi kerajaan makin berkurang
kesannya pada barangan yang lain {:1_546:}

wwannurr Publish time 29-1-2014 02:18 PM

depan rumah pokok ceri
ada pulak burung kedidi
bila ditanya jawapan diberi
harga petrol sudah bersubsidi

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$   --------> tanda duit lagiii :mad::mad:

harga petrol sudah bersubsidi
dah subsidi harga biarlah puas hati
weiiii apa sudah jadi
dengan anak cuti kita nanti??


wwannurr Publish time 29-1-2014 09:12 PM

kak_sall posted on 29-1-2014 12:30 PM static/image/common/back.gif
depan rumah pokok ceri
ada pulak burung kedidi
bila ditanya jawapan diberi


rumah bersepah macam nak perang
pinggan tak basuh bertimbun kain
subsidi kerajaan makin berkurang
kesannya pada barangan yang lain

:tembak::tembak:

pegi kedai nak beli benang
jumpa pulakabe wan
patutnya kita yang senang
bila subsidimakin berkurang


wwannurr Publish time 30-1-2014 12:28 PM

juraaaa........hahahha
sebutan oghe timur

tari Publish time 31-1-2014 09:18 AM

jambatan runtuh baru dibina
letak bunga tujuh kuntum
malam tadi tidur tidak lena
bunyi mercun berdentam dentum

anniez08 Publish time 1-2-2014 10:47 AM

ginger_B posted on 16-1-2014 10:35 AM static/image/common/back.gif
Bunga mawar berbau harum
Petik sekuntum letak di peti
Sudah lama tidak berforum


makan sate bersama roti
lepas makan terus selsema
kalau rindu melanda di hati
marilah kita berforum bersama..http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/loveliness.gif

***********************

berehat sebentar di pohon jati
sambil makan buah kuini
sebab rindu melanda di hati
hari ini juga N masuk ke sini :loveliness:

anniez08 Publish time 1-2-2014 10:50 AM

tari posted on 16-1-2014 11:00 AM static/image/common/back.gif
Bunga mawar berbau harum
Petik sekuntum letak di peti
Sudah lama tidak berforum

muka selamba tersenyum sinis
penat duduk baik berdiri
wahai anniez yang manis
kemana menghilang membawa diri

************************

masak gulai ikan tenggiri
di campur pula ulam raja
N tak hilang membawa diri
cuma bercuti sebentar saja:loveliness:
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20 21 22
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT