CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perempuan Ditemui Mati Berbogel Bersama Kekasih

6-1-2014 11:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21412| Komen: 136

Description: Ipoh: Seorang Lelaki Ditemui Mati Dalam Keadaan Bogel Bersama Seorang Wanita Dipercayai Kekasihnya Dalam Sebuah Kereta Di Premis Kedai Bandar Cyber Belakang Sebuah Hotel Bajet, Di Sini, Kira-Kira 9 Ma ...


IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar Cyber belakang sebuah hotel bajet, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Mangsa berusia 58 tahun manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak kira-kira 6 petang, kelmarin.
  
"Berikutan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada kira-kira 7.55 petang  sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.

"Isteri mangsa kemudian melihat kepulan asap keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis tersebut.
"Dia kemudian mendapati kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kenderaan masih hidup," katanya pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati lelaki terbabit adalah ahli perniagaan," katanya.

Paramasivam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada terdapat unsur jenayah atau mati mengejut.

"Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya. 

6

Bagus
3

Marah
12

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 4-1-2014 07:21 AM
dabel posting...sori...




Last edited by tongkatwaran75 on 4-1-2014 07:22 AM

Quote tongkatwaran75 4-1-2014 07:21 AM


POLIS mengangkat satu daripada mayat pasangan kekasih yang ditemui mati dalam keadaan bogel dalam kereta di premis rumah kedai di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber, dekat Ipoh. FOTO Ikhwan Munir
Quote Innrukia 4-1-2014 07:23 AM
Apa depa buat sampai berbogel dlm kete yer
Dan ketika itu Malaikat Maut pun 'join' skali.....the END.
Quote mak_wa95 4-1-2014 07:27 AM
patutnya dalam usia begini berqiamullail di masjid..tapi mereka pilih jalan ni..sangat mengaibkan mati dengan cara macam ni..
Quote siputsedut 4-1-2014 07:28 AM
Sakit jantung ke?

tp x kan sakit jantung serentak kut
Quote Kassim_Patalon 4-1-2014 07:29 AM
malaikatul mawwut pun suka threesome
Quote BurningTimes 4-1-2014 07:31 AM
selayaknyalah Elohim rancang supaya beliau mampos begini, belum akhirat pun dah mampos dik.
Quote ultra78 4-1-2014 07:39 AM
mcm mana harian metro boleh tahu mereka tu pasangan kekasih?
Quote gogo2 4-1-2014 07:41 AM
Saya rasa cerita pasangan UMNO yg tembak bunuh diri dlm kereta lagi syiok
Quote degil81 4-1-2014 07:43 AM
mak_wa95 posted on 4-1-2014 07:27 AM
patutnya dalam usia begini berqiamullail di masjid..tapi mereka pilih jalan ni..sangat mengaibkan ma ...

diorang ni orang islam ka... kat artikel tu xde bagitau bangsa apa pun
Quote shiro82 4-1-2014 07:47 AM
Lepas bersedapan kita mati bersama2....habis cerita.
Quote qronaldo7 4-1-2014 07:48 AM
2-2 dah tua. cmne la rupe tgh b*gel itew
Quote rospinki 4-1-2014 07:54 AM
Mungkin meninggal masa tertido lepas ehem2 tu kan...dua2 penat..ekon on mati akibat tu kot.

Apapun takziah kt keluarga mangsa moga kita smua dan keluarga sentiasa dijauhi benda camni.
Quote genUmi 4-1-2014 07:57 AM
ni keracunan karbon monoksida kot, terlelap lepas @#!#$

kemudian malaikat maut pun sampai
Quote gogo2 4-1-2014 07:58 AM
degil81 posted on 4-1-2014 07:43 AM
diorang ni orang islam ka... kat artikel tu xde bagitau bangsa apa pun

Iyer. Knp ko was was lagik?
Quote mak_wa95 4-1-2014 08:09 AM
degil81 posted on 4-1-2014 07:43 AM
diorang ni orang islam ka... kat artikel tu xde bagitau bangsa apa pun

ya betul....kalau mereka ni islam la..kalau bukan islam tak de la qiamullail..cuma berjaga malam je la...
tapi selalu buat kerja pprt ni xtahu lah bagsa apa agama apa..
ahli perniagaan..bersedap-sedapan dengan kekasih dalam kete je kah...
Quote clarizsa 4-1-2014 08:24 AM
mati ketika berskandal... hmmmm... padan muka.... ^(oo)^
Quote harimau76 4-1-2014 08:26 AM
Cerita bini pun ada bau2 ikan jugak.. Kunun dia pegi opis laki dia tgk asap berkepul- kepul then umpil pintu then tgk laki dia ngan gf.. Then call polis ...
Quote najib888 4-1-2014 08:30 AM
Ooo.. Dah mati.. Ni melayu ke, cina, india? Atau lain2?

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.236912 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top