CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Di Temui Berseluar Pendek Dan Berbaju Putih

4-8-2014 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7621| Komen: 21

Description: Dalam Kejadian Kira Kira Jam 7.43 Pagi Itu, Mangsa Yang Dipercayai Warga Asing Ditemui Terbaring Dalam Keadaan Kedua Tangannya Diikat Dengan Menggunakan Wayar.
NIBONG TEBAL - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan perut terburai di kawasan tanah lapang berhampiran dengan pencawang elektrik di Tasik Chempedak, Simpang Ampat di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira kira jam 7.43 pagi itu, mangsa yang dipercayai warga asing ditemui terbaring dalam keadaan kedua tangannya diikat dengan menggunakan wayar.

Menurut sumber, mangsa yang berpakaian seluar pendek dan baju kemeja-t putih dipercayai mati akibat ditikam menggunakan senjata tajam.

“Mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan di bahagian perut, betis kanan dan pipi kiri,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis di tempat kejadian menemui kesan tompokan darah atas jalan sekitar 20 meter daripada tempat mayat ditemui.

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mangsa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pualau Pinang, Senior Asisten Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Polis tidak menemui objek mahupun senjata pembunuhan di sekitar kawasan kejadian. Siasatan masih di teruskan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

5

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nape?Tak caye? 3-8-2014 12:22 PM
pa nak jadi dengan negara ku ini
Quote enchikfitz 3-8-2014 12:36 PM
Sedihnya cara dia mati. Ngeri
Quote mattzzx 3-8-2014 12:53 PM
Hari hari kita disajikan dengan berita sedemikian oleh akhbar dan media elektronik....
Quote Innrukia 3-8-2014 12:55 PM
Area nibong tebal, simpang 4, bkt tgh, permatang tinggi, juru mmg tpt panas
Quote crazecousa 3-8-2014 01:31 PM
dah ajal dia...
Quote Artemesiaa 3-8-2014 01:56 PM
Makin banyak pulak jenayah bunuh sekarang ni
Quote alieyrina 3-8-2014 02:07 PM
Area tempat aku lagii ....haaa nak pindah mana ni  
Quote d_alighieri 3-8-2014 09:50 PM
Innrukia posted on 3-8-2014 12:55 PM
Area nibong tebal, simpang 4, bkt tgh, permatang tinggi, juru mmg tpt panas

Panas dengan apa? Gangster ka?
Quote cmf_rambutan 3-8-2014 09:53 PM
Artemesiaa posted on 3-8-2014 01:56 PM
Makin banyak pulak jenayah bunuh sekarang ni

budak2 kecik sampah masyarakat dulu2 kini dah membesar ....
Quote mikasa 3-8-2014 09:58 PM
Makin ramai pendatang ngan izin atau tanpa izin....makin teruk jenayah
Quote Innrukia 3-8-2014 10:00 PM
d_alighieri posted on 3-8-2014 09:50 PM
Panas dengan apa? Gangster ka?

Semua ada....situ bleh kata hari2 ada kes bunuh...
Quote cowey 3-8-2014 10:00 PM
bunuh.. bunuh..

senang nye bt undang2 sendiri..

bnyk keje polis skrg..

Quote munchkin 3-8-2014 10:02 PM
astaga... apa nak jadi ni???
Quote lady_bonia 4-8-2014 10:47 AM
Negara ni da xselamat...huhu..
Quote Cik_Andak 4-8-2014 11:11 AM
Erkkkkkk................ngerinya...
Quote pedet 4-8-2014 11:28 AM
mesti pembunuh ni pon kengkawan dia gak
Quote damian_lee 4-8-2014 11:31 AM
apa nak jadi la .... sana sini jenayah "EXTREME" .....
Quote cikatilia 4-8-2014 11:35 AM
alahai kesiannya dia
Quote deanswify 4-8-2014 12:11 PM
banyak ke orang asing dekat area tu? kes jealous lagi ka?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.115614 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top