CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengemis 'Berani Mati',

6-12-2013 10:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6797| Komen: 35

Description: Selain Membahayakan Nyawa Sendiri, Tindakan Peminta Sedekah Itu Turut Menjejaskan Keselamatan Pengguna Lain Termasuk Penunggang Motosikal Yang Berkemungkinan Tidak Menyedari Kehadiran Mereka.



GOMBAK - Dua wanita warga asing berusia lewat 50-an sanggup berpanas dan bergadai nyawa semata-mata untuk menjadi peminta sedekah di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Sri Gombak.
        
Aktiviti salah seorang wanita itu dilihat terganggu apabila dia bertindak memalingkan mukanya dan berselindung di sebalik lori yang berhenti di lampu isyarat merah selepas menyedari tindakan wartawan cuba mengambil gambarnya.
        
Sementara seorang lagi rakannya dilihat sedang berjalan menghampiri lampu isyarat selepas kenderaan mulai kosong di persimpangan itu.
        
Persimpangan itu telah dijadikan mata pencarian peminta sedekah berkenaan sejak beberapa tahun lalu malah pernah beberapa kali bertukar lokasi di persimpangan lampu isyarat berhampiran kuil Batu Caves dan sekitar Selayang.
        
Perkara tersebut pernah dilaporkan media sebelum ini, namun tidak langsung menjejaskan aktiviti mereka.
        
Selain membahayakan nyawa sendiri, tindakan peminta sedekah itu turut menjejaskan keselamatan pengguna lain termasuk penunggang motosikal yang berkemungkinan tidak menyedari kehadiran mereka.
        
Singgah dari kereta ke kereta
        
Keadaan sama dapat dilihat di kawasan lain sekitar ibu kota antaranya Jalan Tun Razak, Jalan Abdullah dan Jalan Bangsar.
        
Mereka pergi dari satu kereta ke kereta lain menagih simpati menggunakan isyarat memerlukan duit untuk makan.
        
Senario itu dilihat ‘dimonopoli’ pengemis dipercayai warga asing yang kini menggunakan pendekatan berbeza bagi memperolehi wang dengan mudah.
        
Sebelum ini mereka menjadikan jejantas sebagai tempat meraih simpati juga kedai makan dan kini di tepi jalan yang dipenuhi pengguna kenderaan pula.
        
Walaupun dilihat bukan menjadi masalah besar tetapi jika dibiarkan berterusan akan menjadi perkara yang sukar dibendung pada masa akan datang.
        
Seorang pekerja swasta, Asmarizan Jusoh, 26, berkata, peminta sedekah mengganggu konsentrasi pemandu selepas mereka mengetuk cermin kereta sewaktu memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat.
        
“Keadaan akan menimbulkan kemarahan terutamanya ketika waktu sesak selain perlu berhati-hati dengan penunggang motosikal yang gemar menyelit dalam masa sama mengelak peminta sedekah yang berjalan di antara kenderaan.
        
“Pihak berkuasa diminta memantau dan mengawal lalu lintas di kawasan tersebut sekurang-kurang menakutkan peminta sedekah untuk meneruskan aktiviti mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
        
Prihatin tidak bertempat
        
Fara Nurul Amirah Mustafa, 26, pula berkata, sama ada aktiviti itu berselindung di sebalik sindiket atau sebaliknya tidak menjadi keutamaan, tetapi sikap masyarakat kita yang prihatin tidak bertempat dipersoalkan.
        
“Aktiviti tersebut berterusan sehingga kini disebabkan disokong oleh pengguna yang memberikan wang sehingga ia diambil kesempatan oleh pihak luar.
        
"Sekiranya ingin memberikan bantuan berilah melalui saluran yang betul supaya bantuan dapat diberikan kepada individu yang benar-benar memerlukan,” katanya.
        
Nur Hazwani Aziz, 27, berkata, kehadiran peminta sedekah menimbulkan persoalan, mengganggu pemandu sehingga membolehkan mereka hilang fokus selepas tindakan memaksa segelintir daripada mereka.
        
“Saya amat memohon supaya pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan tidak memandang remeh permasalahan ini kerana dibimbangi boleh merebak ke kawasan lain.
        
“Aktiviti tersebut jika tidak dibendung bukan hanya mencemar imej negara tetapi turut menyamai situasi di Indonesia apabila kawasan jalanan dijadikan tempat untuk meminta sedekah,” katanya.

13

Bagus
20

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
16

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eniliana 6-12-2013 09:25 AM
bagi kat saluran yg betul tu pun menyakitkan ati... ntah tersalur ntah tidak..
Quote Peterpan17 6-12-2013 09:31 AM
eniliana posted on 6-12-2013 09:25 AM
bagi kat saluran yg betul tu pun menyakitkan ati... ntah tersalur ntah tidak..

Soalan yg patut ditanya mcm mana pengemis warga asing blh landing di msia. Sepatutnya kita import warga asing dgn kemahiran yg blh membantu majukan negara bukan import pengemis depa
Quote jengkoil 6-12-2013 09:33 AM
Mitak sedekah dari kereta ke kereta ni asal dari negara kelas ketiga...
negara kelas pertama..letak topi atas jalan...main gitar ke main kastonet ke?
Quote Peterpan17 6-12-2013 09:35 AM
jengkoil posted on 6-12-2013 09:33 AM
Mitak sedekah dari kereta ke kereta ni asal dari negara kelas ketiga...
negara kelas pertama..letak ...

Itu buskerlah bro. Seniman jalanan
Quote bluemenx 6-12-2013 09:48 AM
percaya la cakap aku, lama2 jadi macam kat indon .. tak boleh buat apa2 pasal makin ramai, makin ramai
Quote the_killer 6-12-2013 09:50 AM
gombak pon ramai pendatang minangkabau nenek moyang dari sumatera ..cer pegi greenwood
Quote arsasa 6-12-2013 09:51 AM
kat trafic light depan giant tuh pun diorang minta sedekah...dah cam muka diorang laki bini.
harituh masa aku beli barang kat DIY taman sri gombak..sampai kat kaunter ada ke patut seorang makcik Myanmar @ Nepal yg selalu dok minta sedekah nie suruh aku bayarkan barang dia beli. Walaupun barang tuh harga rm5.00 jer. Aku wat tak dengar jerk.
Quote akik 6-12-2013 09:55 AM
kat traffic light taman equine pun ada..2 orang perempuan tua kulit gelap pakai tudung labuh.
nampak macam rohingya..
Quote anishacute 6-12-2013 09:57 AM
Patut la ai nampak 2 org makcik mengetuk pintu kete time trafik light lampu merah area2 greenwood tu..
Quote gujiwa 6-12-2013 10:01 AM
Huhu makcik pakai tudung labuh dapat duit terus masuk dlm beg bawah tudung dia...tahu sgt..
Quote Maideen. 6-12-2013 10:10 AM
Adakah tempat ini dekat dengan tempat bas express dimana geng gedebe turun berbondong bondong? Jika benar, tak menghairankan banyak masalah sosial berlaku.

Harap pihak yang berkuasa melakukan sesuatu untuk mengekang kebanjiran pendatang ini.....
Quote carly_lah 6-12-2013 10:17 AM
pernah ternampak kat gombak... mmg terus terdetik.. makin ramai la pengemis kat malaysia nie... dgn penyangak nyer... adoi la...
Quote solstice 6-12-2013 10:19 AM
Banyak income depa ni
Quote ell768 6-12-2013 10:23 AM
ritu aku nampak kat jusco equine...perrghhh meriah dpt kutip duit..
Quote Maideen. 6-12-2013 10:27 AM
Memang scarylah bila kita berada ditempat ramai pendatang nih..... Kadang kadang kita meluat pon ada.

Kekadang depa buat perjumpaan pulak tuh.... Siap buat kain rentang bagai......

Quote gaara_X 6-12-2013 10:33 AM
Pihak berwajib kena amik serius aktiviti ini.....
Quote bluemenx 6-12-2013 10:34 AM
percaya la ckp aku... makin lama makin bertambah jadi macam kat indon hehe ..korang ingat penguasa nak duduk sampai malam tunggu dorang ke ? mula2 1 org mintak sedekah kat traficlight.. lama2 jadi macam kat bawah ni

[youtube]2mCYT092il0[/youtube]
Quote mambang 6-12-2013 11:12 AM
eniliana posted on 6-12-2013 09:25 AM
bagi kat saluran yg betul tu pun menyakitkan ati... ntah tersalur ntah tidak..

saluran mcm mane tu?dah pernah cube ke?nak jgak tau
Quote zeed 6-12-2013 11:26 AM
gombak ni pon banyak pendatang aceh nsumatera berkampung..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061927 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top