CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puluhan Pelarian Rohingya Di Pantai Teluk Bahang

21-4-2015 11:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13261| Komen: 142

Description: Bagi Membolehkan Kesemuanya Menaiki Bot Berkenaan, Mereka Perlu Membayar Lebih Kurang 100,000 Kyats Bersamaan Rm400 Tidak Termasuk Kanak-Kanak.
Puluhan pelarian Rohingya di pantai




TELUK BAHANG - Penduduk sekitar kawasan ini terkejut apabila melihat puluhan manusia di Pantai Teluk Bahang, dekat sini kira-kira jam 1 pagi semalam.

Penduduk, Zakiyamani Yamani, 40, berkata, dia bersama rakannya melalui jalan berdekatan pantai tersebut setelah pulang dari Batu Ferringhi.

"Tiba-tiba kami nampak begitu ramai orang di tepi pantai. Kami tak pernah tengok orang seramai itu berhimpun di pantai pada waktu sebegitu.

"Tidak lama kemudian baru kami tahu rupa-rupanya mereka adalah pelarian Rohingya dari Myanmar yang baru saja tiba di sini," katanya.

Menurutnya, difahamkan kesemua pelarian tersebut dibawa ke Balai Polis Teluk Bahang.

"Lebih menyedihkan bila tengok ada antara mereka adalah bayi, kanak-kanak, wanita dan warga emas.

"Kami juga sempat membelikan mereka makanan dan minuman," katanya.

Difahamkan, tangkapan dilakukan di Hujung Batu, Telok Bahang ketika anggota polis sedang menjalankan tugas.

Siasatan awal mengesahkan kesemua pelarian bertolak dari Myanmar pada 8 April lalu dan sampai di Malaysia awal pagi semalam.

Bagi membolehkan kesemuanya menaiki bot berkenaan, mereka perlu membayar lebih kurang 100,000 Kyats bersamaan RM400 tidak termasuk kanak-kanak.

Kesemuanya tidak fasih bahasa Melayu dan setakat ini tiada penglibatan tangkapan tekong atau orang yang menyeludup migran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Menurutnya, seramai 78 pelarian Rohingya ditahan pada jam 3 pagi semalam terdiri daripada 34 lelaki dewasa, 19 wanita, 15 kanak-kanak perempuan dan 10 kanak-kanak lelaki.

“Kesemuanya berumur di antara dua bulan hingga 68 tahun dan kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Balik Pulau.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) di bawah Akta Imigresen kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan setakat ini kami akan menjalankan siasatan terlebih dahulu,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/ed ... -di-pantai-1.381893

21

Bagus
38

Marah
22

Terkejut
12

Sedih
45

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 21-4-2015 10:53 AM
Pendatang nokharam
Klu aku pm aku dah suh tntera serang. Apsal xmndarat kt serambi mekah acheh?

Sial punya kaum ni
Quote EJALTI 21-4-2015 10:55 AM
AbukRokok replied at 21-4-2015 10:53 AM
Pendatang nokharam
Klu aku pm aku dah suh tntera serang. Apsal xmndarat kt serambi mekah acheh?

Kalau case macam nih, apa gomen 1Malaysia akan buat kat pelarian2 nih?
Quote AbukRokok 21-4-2015 10:57 AM
EJALTI replied at 21-4-2015 10:55 AM
Kalau case macam nih, apa gomen 1Malaysia akan buat kat pelarian2 nih?

Let see bukit malut lgkawi... Sabah indon sulu

U muslim sure got one mykad for sure
Lpas tu tiap2 tahun bakar rumah tiap2 tahun dpt rmah baru.... Babi x?
Quote cak! 21-4-2015 10:58 AM
kesian mereka saudara se islam kita yg tersepit antara kekejaman penganut buddha
Quote bluehedgehog 21-4-2015 11:00 AM
baik mati dlm laut je...
bangla sendiri pun x mau depa
Quote Cyempaka 21-4-2015 11:03 AM
yeaaaaahhhh...msia bertambah majmuk..

syukurrr....

Quote CrowneGlory 21-4-2015 11:05 AM
Edited by CrowneGlory at 21-4-2015 11:07 AM

Setiap Tahun, Tahun Pati Melawat Malaysia... Welcome more to come..

senangnya bolos perairan Malaysia..sampai dh boleh mendarat... Patutla sulu boleh serang, yindon lg la sesuka hati bole dtg..apa yg jaga perairan msia ni tidor memanjang ke apa
Quote ida88 21-4-2015 11:10 AM
Kaka @xAthenax mesti trauma kan dgn puakk ni
Quote nordayu 21-4-2015 11:12 AM
pasni gomen bleh la wat kan umah Pprt dgn sekolah utk penduduk ROhingya.

ummah sejagat alam maya


http://mforum.cari.com.my/forum. ... ght=sekolah%2Bindon
Quote Madel 21-4-2015 11:15 AM
Sampai Msia jadi pengemis...
Quote sabar_sabariah 21-4-2015 11:16 AM
dorang ni muslim kan
sbb dorang muslim, negara dorang pun xterima dorang
kesian..
sedih pun ada
Quote nononcrux 21-4-2015 11:19 AM
baut lah tindakan cepat . . semak lah malaysia nh dah mcm mcm org masuk
Quote manehnya 21-4-2015 11:19 AM
siann.. mmg kesian kt budak, apa motip depa mai sini? nk cari keja?
Quote abas8888 21-4-2015 11:23 AM
mencari kehidupan di bumi sini.. di bumi sana dok hadap penganiayaan dan kematian je tiap2 hari...bertabahlah...
Quote chinta89 21-4-2015 11:24 AM
CrowneGlory replied at 21-4-2015 11:05 AM
Setiap Tahun, Tahun Pati Melawat Malaysia... Welcome more to come..

senangnya bolos perairan Mala ...

harap ade porumer yg boleh jawab soalan uols.. tertanya2 jugak ni.
Quote rospinki 21-4-2015 11:25 AM
tengok..mai je org dh bagi makan..betapa baiknya org malaysia..tk sngup biarkan..sedngkan binatang pun kita tk smpi hati ni kan
Quote BigPanther 21-4-2015 11:27 AM
AbukRokok replied at 21-4-2015 10:57 AM
Let see bukit malut lgkawi... Sabah indon sulu

U muslim sure got one mykad for sure

i can attest to this
fark em. perabih duit kerajaan.

Quote Cyempaka 21-4-2015 11:28 AM
walopun disana ditindas, dianiaya,dibunuh,hidup dalam kemiskinan,ketakutan blablabla..tp baby tetap ada..
Quote lipans 21-4-2015 11:28 AM
depa mai sini sebab myanmar duk bunuh diorang.

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064637 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top