CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Selangor Tak Ada Air' Jadi BahanJenaka Artis Di Instagram

13-10-2021 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5586| Komen: 10

Description: Isu ketiadaan air di Selangor bermula hari ini turut dirasakan golongan artis dan sejak semalam, beberapa selebriti tanah air memuat naik hantaran mencuit hati mengenai isu ini.
Isu ketiadaan air di Selangor bermula hari ini turut dirasakan golongan artis dan sejak semalam, beberapa selebriti tanah air memuat naik hantaran mencuit hati mengenai isu ini.


Antaranya, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera yang memuat naik simpanan air di dalam periuk besar di rumahnya.


Foto: IG

"Laki (suami) aku pakai periuk ya. Kami ada periuk besar sebab selalu kenduri. Selamat datang ke dunia tak ada air sampai Sabtu. Katanya, pukul 9 malam, baru buka (air) Sabtu itu. Mulai hari ini lah ya?" tulisnya di Instagram.



Selain Shiera, pelakon, Puan Sri Tiara Jacquelina turut berkongsi hantaran mencuit hati memaparkan satu babak dalam filem Puteri Gunung Ledang lakonannya bersama Datuk M Nasir.

"Kanda. Tunggu Selangor dah ada air dulu, baru rentas negeri jumpa dinda ya," tulisnya dalam ruangan keterangan.

Dalam gambar yang dimuat naik Tiara, turut disertakan dialog lucu perbualan antara watak Puteri Gunung Ledang dengan Laksamana Hang Tuah.


"Tuan hamba tak mandi ke?" tanya Puteri Gunung Ledang.

"Tak. Hamba tinggal di Selangor," jawab Hang Tuah.

Sejak beberapa hari lalu, diumumkan mengenai ketiadaan air di Selangor yang akan menjelaskan 998 kawasan sekitar Lembah Klang selama empat hari bermula hari ini.

Wilayah yang terkesan adalah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 13-10-2021 01:32 PM
hahha iols terhibur
Quote KIM.K 13-10-2021 01:45 PM
Macam ikan terdampar la takda air 24/7.
Boleh pindah bod seram dah benang ni
Quote makneng 13-10-2021 01:53 PM
Hari tu porumer mana ntah panggil puteri gunung kemban.. Rasa lawak pulak {:smile
Quote kiah_mai_pulak 13-10-2021 06:32 PM
apa yg lawak?
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 06:54 PM
Selangor memang selalu bawak lawak
Terutama bab air
Semua terkesan dengan lawak nya
Quote slyfynx 13-10-2021 07:14 PM

Jangan la.
Netizen terhibur tu.
/s

Ntah hape2 thread skrg ni?
Netizen kagum la, teruja la, terhibur la.
Gosip netizen je la name board ni
Quote trexxxxxi 14-10-2021 08:48 AM
Dimanakah gosipnya?
Adakah reput cari kelas tersendiri asalkan bukak thread?
Quote chekacheku 14-10-2021 08:51 AM
Bukannya tiba2 xde air..dah bgtau berbulan awal kot..tutup skejap for maintenance..#rakyatselangorokje
Quote shiraloveyou 14-10-2021 09:04 AM
air selangor buat maintenance utk kebaikan rakyat jugak kan....karang air tiba2 keruh, kotor, berkarat apa rakyat jugak yang bising kan
Quote helicornia 14-10-2021 09:53 AM
i tak faham kenapa nak buat lawak pasal tkde air skrg ni
sbb ni kan scheduled maintenance, untuk naik taraf kemudahan air, maksudnya utk faedah kita jugak.
kalau air tetiba terputus sbb pencemaran ke, aku pun marah jugak

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.050062 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top