View: 5102|Reply: 10
|
'Selangor Tak Ada Air' Jadi BahanJenaka Artis Di Instagram
[Copy link]
|
|
Isu ketiadaan air di Selangor bermula hari ini turut dirasakan golongan artis dan sejak semalam, beberapa selebriti tanah air memuat naik hantaran mencuit hati mengenai isu ini.
Antaranya, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera yang memuat naik simpanan air di dalam periuk besar di rumahnya.
 Foto: IG
"Laki (suami) aku pakai periuk ya. Kami ada periuk besar sebab selalu kenduri. Selamat datang ke dunia tak ada air sampai Sabtu. Katanya, pukul 9 malam, baru buka (air) Sabtu itu. Mulai hari ini lah ya?" tulisnya di Instagram.
Selain Shiera, pelakon, Puan Sri Tiara Jacquelina turut berkongsi hantaran mencuit hati memaparkan satu babak dalam filem Puteri Gunung Ledang lakonannya bersama Datuk M Nasir.
"Kanda. Tunggu Selangor dah ada air dulu, baru rentas negeri jumpa dinda ya," tulisnya dalam ruangan keterangan.
Dalam gambar yang dimuat naik Tiara, turut disertakan dialog lucu perbualan antara watak Puteri Gunung Ledang dengan Laksamana Hang Tuah.
"Tuan hamba tak mandi ke?" tanya Puteri Gunung Ledang.
"Tak. Hamba tinggal di Selangor," jawab Hang Tuah.
Sejak beberapa hari lalu, diumumkan mengenai ketiadaan air di Selangor yang akan menjelaskan 998 kawasan sekitar Lembah Klang selama empat hari bermula hari ini.
Wilayah yang terkesan adalah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam ikan terdampar la takda air 24/7.
Boleh pindah bod seram dah benang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu porumer mana ntah panggil puteri gunung kemban.. Rasa lawak pulak {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor memang selalu bawak lawak
Terutama bab air
Semua terkesan dengan lawak nya |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan la.
Netizen terhibur tu.
/s
Ntah hape2 thread skrg ni?
Netizen kagum la, teruja la, terhibur la.
Gosip netizen je la name board ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dimanakah gosipnya?
Adakah reput cari kelas tersendiri asalkan bukak thread? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukannya tiba2 xde air..dah bgtau berbulan awal kot..tutup skejap for maintenance..#rakyatselangorokje |
|
|
|
|
|
|
|
air selangor buat maintenance utk kebaikan rakyat jugak kan....karang air tiba2 keruh, kotor, berkarat apa rakyat jugak yang bising kan |
|
|
|
|
|
|
|
i tak faham kenapa nak buat lawak pasal tkde air skrg ni
sbb ni kan scheduled maintenance, untuk naik taraf kemudahan air, maksudnya utk faedah kita jugak.
kalau air tetiba terputus sbb pencemaran ke, aku pun marah jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|