CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sam Bunkface Kenalkan Anak Hasil Perkahwinan Kedua

11-10-2021 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14617| Komen: 67

Description: Vokalis kumpulan Bunkface, Sam buat pertama kalinya mendedahkan wajah dan nama anak keduanya iaitu Idris hasil perkahwinan keduanya bersama isteri, Puteri Eifa Ezrin Mohd. Kushairi.
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam buat pertama kalinya mendedahkan wajah dan nama anak keduanya iaitu Idris hasil perkahwinan keduanya bersama isteri, Puteri Eifa Ezrin Mohd. Kushairi.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Sam atau nama lengkapnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom,34, berkongsi foto dirinya bersama isteri serta wajah comel anaknya, Idris.


Foto: IG

“Katakan hello kepada Idris bin Shamsul Annuar. Alhamdulillah,” tulisnya dalam Instagram.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya dalam Instagram turut menitipkan ucapan tahniah dan doa kepada Sam atas kelahiran cahaya mata lelaki itu.



“Alhamdulillah. Tahniah,” ujar seorang pengikutnya.

“Keluarga yang cantik. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan untuk awak dan keluarga. Amin,” komen seorang lagi pengikutnya.



Sekadar info, Sam yang juga abang kepada pelakon, Siti Saleha itu sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq yang kini berusia empat tahun. Namun, pasangan ini bercerai sekitar Januari 2019.

Sam kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi pada 10 Disember 2020. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 11-10-2021 08:32 AM
comell.. mcm anak mat salleh
Quote beta_carotene 11-10-2021 08:47 AM

bapak nya ke anak nye

bapaknya mmg anak minah saleh
Quote yaa1231 11-10-2021 08:52 AM
seriess aku memang minat sam ni dari dulu.. apahall laa dia tak bercinta dengan aku ehhhh..
Quote redz85 11-10-2021 08:54 AM
geram nya tengok baby
Quote Hoola 11-10-2021 09:03 AM
Edited by Hoola at 11-10-2021 09:06 AM

Chomelllllllllll bullllaaatt nya diaaaaaa
Achik sukaaaaaaa
Achik hoola mngucpkan 'hola'!!!utk Idris..gitewww
Quote SedihPedih 11-10-2021 09:05 AM
comelnya ....
Quote diggerr 11-10-2021 09:07 AM
Tahniahhhhh
Quote lasagna 11-10-2021 09:21 AM
ohh wife dia dah bertudung ya? ke mmg dah brtudung lps kawen?
alhamdulillah sihat baby dia.. bulat n comel.
Quote lotionmilo 11-10-2021 09:25 AM
Comelllllll
Quote OyaTonggek 11-10-2021 09:29 AM
comel nya lahai
Quote musangbodoh 11-10-2021 09:30 AM
yaa1231 replied at 11-10-2021 08:52 AM
seriess aku memang minat sam ni dari dulu.. apahall laa dia tak bercinta dengan aku ehhhh..

ye...dia mmg hensem giler
Quote bambimo 11-10-2021 09:33 AM
Geram tgk...baby bambam bulat nk gomoi...
Lagi dia rimas lg aku suka nk kaco..
Tahniah Sam dan wife...
Quote Cassieopeia 11-10-2021 09:34 AM
bulat mukanya comel..
Quote bakingsoda 11-10-2021 09:40 AM
ada darah kokesen tapi nama shamsul anuar, siti saleha
Quote azie5zoe 11-10-2021 10:02 AM

Pernah sekali terserempak Sam dekat RNR Tapah. Kami park kereta sebelah-sebelah, terpana sekejap bila dia keluar kereta, dia jauh lagi hensem bila nampak face to face dari muka kat dalam tv.

Quote babyshun 11-10-2021 10:14 AM
comel sgt baby Idris.
Quote Suchi 11-10-2021 11:02 AM
Comel sam eh baby eh sam pun comel muka mix kan
Quote ezacbee 11-10-2021 11:08 AM
Hensem apaknya, tapi selalu serabai.
Quote dewi_rina 11-10-2021 11:12 AM
Shamsul - Sam
Saleha - Sally

Tetap okay sebab muka memang mat salleh okay!

p/s: Lainnya muka bini dia masa atas pelamin tu dan selepas dapat anak
Macam bini nazrief tu jugak, lain sangat

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.262139 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top