CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemerintah Dubai Guna Spyware Israel Godam Telefon Bekas Isteri

8-10-2021 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3729| Komen: 4

Description: Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum didakwa menggunakan perisian pengintipan bagi menggodam telefon bimbit milik bekas isterinya, lapor AFP.
Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum didakwa menggunakan perisian pengintipan bagi menggodam telefon bimbit milik bekas isterinya, lapor AFP.

Mahkamah Tinggi Britain memaklumkan telefon bimbit milik Puteri Haya Al-Hussein, 47, termasuk milik peguam dan individu lain digodam menggunakan perisian pengintipan Pegasus keluaran firma teknologi Israel, NSO Group semasa perbicaraan kes hak penjagaan anak selepas pasangan itu bercerai.

Sheikh Mohammed Rashid, 74, yang merupakan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberikan ‘kuasa tersurat atau tersirat’ miliknya agar telefon tersebut digodam dengan perisian bernilai jutaan pound yang hanya tersedia untuk pemerintah negara.


Kredit foto: BBC


Hakim Andrew McFarlane menyimpulkan Sheikh Mohammed Rashid menggunakan apa sahaja kemudahan negara bagi melaksanakan apa yang dirasakan betul.

Sebanyak enam telefon bimbit dilaporkan cuba digodam menggunakan perisian yang mampu menjejak lokasi individu serta membaca mesej dan e-mel.

“Beliau melakukan penganiayaan dan intimidasi sejak bekas isterinya berlepas ke England,” katanya.

Pasukan perundangan Puteri Haya memberitahu mahkamah, wanita itu hidup dalam ketakutan selain bimbang tentang keselamatan anak-anaknya sejak meninggalkan Dubai.

Wanita itu terpaksa melarikan diri ke London pada 2019 bersama dua anaknya, Al-Jalila, 13, dan Zayed, sembilan.

Selepas Sheikh Mohammed Rashid memohon dua anaknya dipulangkan ke negara Teluk itu, Puteri Haya yang merupakan bekas isteri keenam memohon perlindungan mahkamah.

Bilionair UAE itu menafikan sebarang dakwaan penggodaman tersebut dan peguamnya memaklumkan negara lain bertanggungjawab memalukan dirinya.

Beliau sebelum ini tegas membantah tuntutan yang dibuat oleh bekas isterinya mengenai kebajikan anak-anak mereka di mahkamah. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 8-10-2021 05:11 PM
Ex wife jatuh cinta dengan bodigad english

Berani mati woooo lari bawa anak
Quote addved 9-10-2021 03:51 PM
Tak heran pon kalau betul
Quote edayildiz 9-10-2021 04:07 PM
nobody is safe from a dictator not even his own daughter...euww muka dia sho scary lah..kaya pun i tamo la muka bengis gini..scaryy
Quote sukacactus 9-10-2021 04:36 PM
Ni kan bapak princess latifa yg try nak lari tp kena tangkap tu kan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.042143 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top