CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noki Harap Tubuh Kekar Beri Inspirasi

8-10-2021 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5209| Komen: 6

Description: Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki tidak ralat biarpun perkongsian gambar dia tidak berbaju di media sosial mengundang pelbagai reaksi.
Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki tidak ralat biarpun perkongsian gambar dia tidak berbaju di media sosial mengundang pelbagai reaksi.

Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, 27, berkata, setiap individu mempunyai pendapat sendiri.



Kredit foto: IG Noki

Katanya, dia mengambil positif mengenai kehendak wataknya yang memerlukannya untuk menayangkan badan dalam drama Oh My Bodyguard arahan Suhaimi Lua.

"Terpulang kepada semua pihak untuk membuat tafsiran mengenai perkara itu. Jika diikutkan, saya tidak memuat naik gambar yang terlalu menayang badan.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh tersebar gambar-gambar di lokasi penggambaran itu. Ada yang dimuat naik oleh orang luar, ada juga dalam kalangan kru produksi sendiri.

"Saya sendiri bekerja keras untuk mendapatkan tubuh begini. Saya berharap secara tidak langsung memberi inspirasi kepada mereka di luar sana. Saya melakukan senaman dan mengawal pemakanan selama 10 bulan untuk mendapatkan bentuk badan begitu.


"Jika ada yang memuji, terima kasih saya ucapkan. Jika ada yang merasakan ia keterlaluan, saya minta maaf," katanya.


Kredit foto: IG Noki

Dalam drama itu, Noki membawa watak sebagai Mail yang ingin berkahwin dengan kekasihnya, Mira lakonan Elisha Sandha.

Noki berkata, menjalani penggambaran yang kadang-kadang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam memberi banyak pengalaman buatnya.



"Contohnya dari segi komunikasi, kini saya lebih bijak berinteraksi dengan orang ramai. Malah, menerusi lakonan juga saya belajar untuk membina keyakinan diri. Mungkin ramai tidak tahu, saya sebenarnya pemalu dan berlakon membantu saya untuk lebih ke depan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 9-10-2021 12:02 AM
Sedehnyaaa ko nokkk
Baru sekarang iol reply kisah sendu uolz
Quote laksmanabentan 9-10-2021 10:24 AM
huntonglah suhaimi lua tuh...
Quote kiah_mai_pulak 9-10-2021 10:55 AM
tuju tu kau tak nak buat badan mcm noki ni ke?? untung2 suhaimi lua amik jadi pelakon
Quote lovelytouch 9-10-2021 11:49 AM
Mujurlah... apa ada pada rupa kalau x buat badan tu kheennnn
Quote trexxxxxi 9-10-2021 11:50 AM
Thread kan dah ada
Eeee depa niii

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1275235&mobile=2
Quote slyfynx 9-10-2021 01:42 PM
Wartawan cari ni buat thread byk2 mende yang smaa sbb nk cukupkan kuota ke hape ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.052770 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top